Sunday, December 30, 2012

harganya di masa akan datang

Bismillah





Macam mana kita nak cerita pada orang lain, manisnya tawakkal setelah kita pulun berusaha kalau kita sendiri tak merasakan kemanisannya tawakkal dan usaha yang bersungguh

Macam mana kita nak kongsi dengan orang lain, manisnya mujahadah melawan hawwa nafsu untuk bangun tahajjud kalau kita tak pernah langsung bermujahadah untuk itu

Macam mana kita nak beritahu pada orang lain, menangis ketika tadabbur ayat-ayat Allah memberikan kepuasan dalam jiwa kalau kita tak pernah sekali pun menitiskan air mata untuk itu

Macam mana kita nak cerita pada orang lain, betapa dakwah itu satu jalan yang panjang dan sangat memerlukan kesabaran yang sangat tinggi kalau ujian dan cabaran depan mata datang, kita mengeluh dan cepat berputus asa

Kita masih seorang basyar (baca : manusia) yang padanya pasti lah tercatat kelemahan yang banyak.namun, jangan sekali-kali menyerah kalah

Ketika cinta dari langit mahu kita sebarkan, haruslah kita bertahan sehingga ke akhirnya.

Setiap pengalaman dan cabaran yang datang pada kita ada harganya di masa akan datang.

Sunday, December 2, 2012

sejarah yang diputar belit

Bismillah

Sedang membelek nota conteng subjek Adab&Nusus sewaktu dalam kelas.Nota conteng tu dalam proses nak dikemaskini untuk dikongsi.Sebab pensyarah nak buat kuiz carry marks untuk final exam.Sambil-sambil baca memang terfikir banyak perkara lah kan.dan tak sangka sejarah Mesir juga ada yang diputar belit.Sebagai contoh :

-Nama Mohd Najib tidak disebut sebagai salah seorang Pemimpin Mesir yang berjaya membuat revolusi kebangkitan Mesir sebaliknya nama Jamal Abdul Nasir yang disebut-sebut sebagai hero yang berjaya membuat revolusi Mesir.padahal tak pun.bahkan selepas memegang tampuk pemerintahan Jamal Abdul Nasir menjadi sangat buas dan zalim.

-Nama Sa'ad Zaghloul tak disebut sebagai sohib musibah 'uzma (orang yang buat malapetaka besar) di Mesir kerana beliau lah yang berjaya membuat kan perempuan-perempuan di Mesir semuanya sama ada yang muslim&bukan muslim menanggalkan jilbab (baca : tudung) mereka.kerana dahulu kala, masyarakat perempuan Mesir baik muslim mahupun Masihi menutup aurat dengan sempurna sehinggakan mereka memakai burqa' (baca : purdah)

~Bila yang namanya perjuangan membawa mesej islam, pasti di sana akan ada tentangan.itu memang sunnatullah di atas jalan dakwah~

~Banyak je lagi peristiwa-peristiwa yang diseleweng.kita tahu sikit-sikit dulu ea.tengah nak ambil mood untuk rasa seronok belajar subjek Adab&Nusus nie.sebabnya tema dan topik subjek ni banyak pada sejarah dan kesusasteraan Arab :)~