~Bismillahirrahmanirraheem~
1. Alhamdulillah,Allah beri peluang berkhidmat di sekolah lama,bermu'amalah dengan anak-anak kecil yang hanya tahu nak main jek [pening juga kepala!].Ya,bukan mudah menjadi seorang guru.Tulisan saya sekalipun takkan mampu meluahkannya.Tak terbayang betapa tingginya kesabaran guru-guru saya yang masih bertahan di situ.Tapi,sempat juga tergelak melihat keletah mereka.haha.Sempat saya lahirkan harapan saya pada sebahagian daripada mereka yang sempat saya jumpa,mudah-mudahan mereka tetap lagi di situ...
2. Seorang sahabat yang baru beberapa ketika saya kenali,mula melangkah ke satu anak tangga baru dalam hidupnya.Moga Allah sentiasa berkati kalian berdua,Moga anak tangga yang dilangkahi melajukan lagi langkah-langkah Dakwah kita...
3. Banyak lagi yang nak dipelajari...Buat bekal di Mesir nanti.Mohon doanya sahabat-sahabat sekalian...Moga hati-hati muslimin mampu disatukan dengan doa-doa kita semua