Friday, June 3, 2011

Ya Bunayyati

Bismillah MashaAllah

exam lagi,tak habis penat exam yang lepas datang lagi exam lain.pula tu ada subjek yang banyak sangat nak kene ngapainye.ada yang pelik-pelik pun subjeknya,tak pernah belajar sebelum ni.

memanglah kawan,dah namanya belajar.mestilah benda tu benda baru yang kita baru nak tahu.kalau benda tu kita dah biasa tahu,dah biasa dengar tak lah nama belajar.

hah,lagi satu standard lah bila namanya pelajar memang la akan ada exam.kenapa?takut?apa yang kawan nak takut sangat.Allah kan ada.

Betapa hebatnya Allah,kawan tak yah cakap pun kat Allah,Allah dah tahu dah kawan tengah takut.tapi sebagai hamba kita mestilah nak mengadu dengan Allah walaupun Allah dah tahu.sebab?kita kan sayang Allah ^___^

kawan,jangan takut.cuba jadikan exam tu sebagai cara untuk kau ukur pemahaman kau terhadap sesuatu subjek tu.sebab nanti kau nak kene sampaikan kat orang lain pula.kalau nanti kita dapat keputusan tak seronok pun,sekurangnya kita tahu kelemahan kita dan kat mana kita perlu baiki dan pada siapa kita boleh rujuk.

lagi satu kawan,aku nak kongsi nasihat daripada doktor yang mengajar aku Al-Quran.best kawan bila dia nasihat.Aku bila dengar rasa macam nak menangis.

**************
Beliau penuh dengan uslub tarbawi dan da'wi ketika mengajar.setiap kali masa beliau pasti beliau akan selitkan kata-kata nasihat yang memukau,yang buat saya dan sahabat-sahabat sentiasa refleksi diri.Pernah satu masa beliau bertanya kami nisbah perempuan di Malaysia berbanding lelaki berapa.Kami katakan nisbah perempuan lebih ramai.Nak tahu apa beliau balas jawapan kami?

Ya Bunayyati (wahai anak perempuan ku) sesungguhnya di bahumu tergalas tanggungjawab yang maha berat.Engkau nanti balik ke negara masing-masing akan memikul risalah,akan kembali mendidik masyarakat.Jadi gunakan masamu di Mesir ni baik-baik.Jangan leka.Kau musafir jauh dari Malaysia,ibu dan ayah kau sedang menahan rasa sedih berjauhan denganmu,jangan hampakan harapan mereka.

Dan sempat beliau titipkan nasihat di hari terakhir kelas kami bersama beliau.Ya mungkin untuk kali terakhirnya,kerana beliau akan musafir ke Doha (kiranya tiada pertemuan kami di dunia lagi,moga Allah temukan di syurga nanti.ameen)

Nasihatnya meruntun jiwa saya dengan nada suara yang lembut mengeluarkan bait-bait nasihatnya umpama seorang ayah menasihati anak perempuannya,seorang murabbi menasihati mutarabbinya,seorang syeikh mengajar anak muridnya,seorang sahabat menasihati sahabatnya

Ya Bunayyati,Quumee al-Lail illa Qaleela.Leanna al-mukmineen seemahum fee wujuheheem meen athari as-sujud

(wahai anak perempuanku bangunlah malam untuk tahajjud walaupun sebentar cuma.kerana orang mukmin tu terpancar tanda mukminnya daripada kesan-kesan sujudnya)

Engkau sedang dalam madrasah persediaan untuk membentuk thaqafah engkau,untuk membentuk kekuatan rohani dan dalaman engkau,untuk membentuk kekuatan jasad dan fizikal untuk engkau pikul beban tanggungjawab yang banyak dan berat.

Bangunlah malam kerana di pagi harinya engkau akan rasakan keinginan yang membuak-buak melalui hari-hari hidupmu anugerah daripada Allah buatmu.Kau akan jelas dengan matlamat perjuangan kau di muka bumi ni.Kau akan kuat dan tak cepat putus asa.

Ya Bunayyati,peganglah Al-Quran di saat orang lain tak lagi mengendahkannya.Kerna ianya harta paling berharga daripada Allah untuk hambanNya.Peganglah ia,hadamlah ia agar mampu kau kongsikan kegembiraan itu dengan orang lain,agar kau mampu memahamkan orang lain juga.

**************

Ya Allah jadikan kami daripada golongan
mereka yang mengingatimu di dua pertiga malam