Sunday, March 3, 2013

Tapisan Allah

"Argh..." keluh Hanif

Malam itu Hanif sangat sukar melelapkan matanya Jam di atas meja belajarnya menunjukkan pukul 1.46pagi. Fikirannya masih menerawang jauh tentang masa depan dakwah ini. Masih terngiang-ngiang soalan yang Syuraih tujukan kepada Ustaz Muthanna sebentar tadi

"Ustaz, ibu dan ayah saya satu ketika dahulu pernah mengikuti jalan dakwah&tarbiyyah.tapi sekarang ni mereka dah tak turut bersama.tapi, alhamdulillah kami adik beradik diberi kefahaman yang sama seperti mana yang saya dapat sekarang ni.mereka didik kami seperti mana fahamnya mereka tentang gagasan AsSyahid AlBanna.Adakah mereka ini dikira sudah ditapis oleh Allah untuk tidak berada di atas jalan dakwah ini?"

zaaassss!

Seakan terberhenti seketika denyutan jantung Hanif.Soalan daripada Syuraih itu benar-benar buatkan kepalanya terhantuk ke dinding dan hatinya bagai disiat-siat.Hanif sangat teruja menantikan jawapan Ustaz Muthanna, naqib yang mereka sangat kagumi.Sudah lanjut usianya tapi semangatnya mengalahkan orang muda. Kedutan-kedutan di keliling mata tampak jelas tapi wajahnya bersih dan mendamaikan ketika ditatap. Ustaz Muthanna tersenyum lebar dan tak cepat melatah menjawab soalan. Dengan nada lembut, beliau bertutur

"Anakandaku Syuraih, sangat bagus soalan kamu tu. Buatkan ustaz teringat kisah-kisah muda ustaz dulu. Ustaz juga pernah mengalami fatrah itu.Fatrah di mana ustaz terleka seketika dengan kerjaya yang sangat banyak. Akhirnya jadilah ustaz insan yang terlalu mementingkan kerjaya dibandingkan kerja-kerja dakwah.sehinggalah Allah mentaqdirkan untuk ustaz kembali bersama pak cik-pak cik"

Ustaz Muthanna berhenti seketika sambil melihat kesemua wajah anak-anak muda di hadapannya

"Tapi Syuraih dan anak-anak sekalian. Kita tak punya kuasa menghukum manusia. Percayalah, ibu dan ayah Syuraih sedang berada dalam satu fatrah penyesuaian. Mereka tak pernah sekali berniat untuk meninggalkan jalan dan kerja yang mulia ni.Kenapa ustaz cakap begitu? Kerana Syuraih sudah pun mendapat sentuhan yang sangat baik daripada mereka. Mereka memastikan anak-anak mereka mendapat celupan islam yang betul.Jadi peranan Syuraih sekarang, banyakkan menyebut nama mereka dalam solat dan doa Syuraih agar Allah buka kan kembali hati-hati mereka untuk bersama-sama kembali membuat kerja-kerja yang mulia ni. Doakan juga mereka agar diberi kekuatan beramal sehingga Allah menjemput mereka" 

"Siapa lah kita untuk menghukum amal manusia lain. Yang benar-benar dalam tapisan Allah tu haa di akhirat nanti.Syurga atau Neraka.Dan Syuraih teruskanlah bekerja, siapa tahu Syuraih boleh menjadi qudwah kepada mereka dan mengembalikan semangat mereka untuk kembali bersama bekerja" Ustaz Muthanna menghabiskan kalimahnya sekaligus membuatkan bilik kecil itu sunyi.

deringan lagu Jejak yang Hanif pilih untuk alarm ringtone bangun tahajjud kedengaran. lama rupanya sudah Hanif termenung. Hanif bingkas bangun menuju ke bilik air, membersihkan dirinya.

Tuesday, January 22, 2013

sedikit yang memberi kesan

Saya terbaca artikel di sini

Saya teringat dalam beberapa siri kelas terakhir subjek Ekonomi Islam, Dr Yusof Ibrahim salah seorang pensyarah kami, ada menyebutkan tentang nisbah ahli gerakan islam Ikhwan Muslimun hanyalah sekitar 3 juta daripada 81 juta rakyat Mesir.hanya dalam 3 peratus

Doktor mempersoalkan kepada kami, walaupun jumlah mereka sedikit, kenapa parti politik mereka Freedom&Justice Party FJP masih boleh menang?kerana rakyat Mesir sangat mahu kan islam dan mereka nampak gambaran islam yang lengkap dan menyeluruh itu pada FJP.SubhanalLah.terkesima saya sebentar.saya ikut teringat kisah ahli Badar ketika melawan tentera Kuffar.pun begitu.sedikit, tetapi kemenangan tetap berpihak pada mereka dengan kuasa Allah

Mereka, ahli gerakan Ikhwan Muslimun merupakan tulang belakang dalam kalangan masyarakat Mesir.itu lah yang kita mahukan.sedikit tapi mampu memberi kesan.walaupun hakikatnya tak semua mampu menjadi pelopor, akan tetapi kita berusaha ke arah itu dengan sesungguhnya. Dan semoga dengan itu Allah memilih kita sebagai pelopor di atas jalan dakwah ini. in shaa Allah

Wednesday, January 16, 2013

Monolog Seorang Ustazah

Menangis sendirian ketika mengulangkaji subjek pengajian Orientalis
Membuat perhitungan atas diri sendiri
Sejauh mana apa yang sudah dipelajari sudah difahami dan diamalkan

Orientalis tak pernah jemu belajar tentang ilmu dan peradaban islam
Mereka tak pernah jemu dan ketandusan idea untuk memutar belitkan fakta tentang islam
Mereka tak pernah jemu memberikan gambaran buruk tentang islam dan masyarakatnya
Ah, Cemburu aku dengan semangat juang mereka yang tinggi itu
Hasilnya Orientalis - Penjajahan - Kristianisasi semuanya saling berkait

Menangis sendirian lagi dan lagi
Cukuplah tangisan itu disembunyikan dalam lubuk hati terdalam

Allahumma

Kami lah penjaga penjuru dan sughrah sumber agamaMu
Jadikan kami orang yang ikhlas menjaga penjuru ini
Tanpa mahu balasan duniawi dengan nilai setitik nila pun

Allahumma

Kami tidak dapat menolak hakikatnya
Yang nantinya kami akan menjadi rujukan hamba-hambaMu
Jadikan kami orang yang selalu berkata benar
Jadikan kami orang yang mencari hujjah bersandar sumber yang benar

Allahumma

Kami tidak dapat menolak hakikatnya
Tersusun penuh buku-buku rujukan di almari kami
Buku-buku ini bukan untuk tujuan pameran
Tapi menjadi rujukan kami yang tidak sehebat ulama'-ulama' terdahulu
Yang ilmunya bukan di helaian-helaian buku
Tapi terpasak kukuh di dada dan bashirah
Janganlah Engkau silaukan pandangan mata mereka yang memandang dengan pandangan maksum

Allahumma

Campak kan lah ke dalam hati kami
Kecintaan kepadaMu
Perasaan sayang terhadap agamaMu islam yang agung ini
Keberanian agar kami tidak gentar berhadapan dengan hujjah-hujjah musuhMu
Keikhlasan dalam perkataan dan perbuatan

Allahumma

Jadikan lah kami
Ulama' Rabbani yang mengajak semua orang kembali tunduk kepadaMu
Pendokong agamaMu
Juru pemudah cara untuk semua orang memahami dan menghayati islam yang lengkap dan menyeluruh ini
Orang yang tidak menghukum amalan orang lain sesuka hati
Kerana itu urusan mutlakMu
Dengan kekuasaanMu di hari penghakiman dan pengadilan
Engkau yang berkuasa mencampak kan kami sama ada ke syurga atau pun neraka

Allahumma

Satukan hati-hati kaum muslimin
Satukan hati-hati pejuang dan pendokong agamaMu
Satukan barisan-barisan perjuangan kami
Satukan ghayah kami

Allahumma.anta al-ghafur,at-tawwab,al-lathef,al-muhaimen,ar-razzaq.innaka la tukhleefulmi'ad.istajeeb du'aanaa