Sunday, May 20, 2012

a short reminder

~Bismillahirrahmanirraheem~

banyakkan hari-hari kita sekarang dengan tahajjud,istighfar,taubat dan do'a.Mohon semua do'akan pilihanraya Presiden Mesir.Moga Allah menangkan Ikhwan Muslimun dan menjaga mereka dari segala kejahatan.

percayalah,kemenangan kepada islam dan ummahnya akan Allah beri sekiranya cukup syarat-syaratnya.seperti mana Allah pesan dalam Al-Quran Allah tak kan ubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya.

ayo teman-teman perbaiki diri kita untuk jadi lebih baik.ikhlas kerana Allah!

p/s 1: "dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar musuhmu,Jika kamu menderita kesakitan,maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan pula sebagaimana kamu rasakan,sedang kamu masih dapat mengHARAPkan dari ALLAH apa yg tak dapat mereka harapkan.Allah Maha Mengetahui Mahabijaksana"(4:104)

p/s 2: saya usahakan untuk berkongsi tulisan Ust Majdi Hilalee tentang syarat-syarat kemenangan islam lepas habis peperiksaan saya inshaAllah

Sunday, April 29, 2012

Diari : ummi dan abi.hingga ke syurga

~Bismillahirrahmanirraheem~


Malam itu masing-masing menceritakan apa yang dirasa.Sampai satu ketika Rayyan memulakan sesi tadabburnya.Lalu dimintalah sahabat-sahabatnya membuka lembaran suci itu. Setelah kedua-dua ayat tersebut ditadabbur selama 5 minit terdengar esakan kecil daripada Rayyan yang baru kehilangan ibunya beberapa bulan yang lepas.

“Balik nanti ucapkanlah terima kasih pada mak ayah kalian sebab melahirkan kalian, mendidik kalian dalam suasana yang islami,yang baik.Sambil tu tolong doakan mak Rayyan,moga mak Rayyan tenang di sana.Untuk yang lain,walaupun ada dalam kalangan mak ayah kita yang tak ada basis agama sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk mendidik kita dalam lingkungan islami.kita hari ni adalah hasil didikan mak ayah kita.”

Balik ke rumah Rumaisaa' termangu di tepi tingkap.Cepat dicapai smartphone nya menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi Whatssapp kepada umminya di Mekah.Tiba-tiba rindu yang mencengkam dan menyesakkan dadanya membuatkan jari-jemarinya laju menghantar mesej kepada ummi dan abi bertanya khabar dan berita mereka di sana.

"Alhamdulillah.semua dah selesai.Waktu kat sana tak sempat online.Ni tengah transit kat Abu Dhabi.Dah sampai nanti kita skype ye"

Respon yang cepat dari ummi buat Rumaisaa' tersenyum puas.Bunyi bising daripada kedai makan sebelah rumahnya tak diendahkan langsung.Mindanya teringatkan memori silamnya bersama ummi dan abi.

Rumaisaa' teringat waktu sekolah rendah dulu,abi suka sangat ajak solat bersama-sama setiap kali Maghrib.Lepas tu masing2 buat bulatan baca Quran sama-sama.Lepas tu semua orang tak sabar-sabar nak dengar apa lah yang abi nak cakap malam ni.ke ada orang yang kene marah sebab main kat luar sampai Maghrib.

Rupanya Malam tu abi tak marah pun.Abi ceritakan keadaan semua manusia kat akhirat nanti macam mana

“Allah sebuat dalam surah ‘abasa.Maka apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala kedua),pada hari itu manusia lari saudaranya,dan dari ibu dan bapaknya dan dari isteri dan anak-anaknya.Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya”

“esok kat padang mahsyar,Rumaisaa',Aliah,Nusaibah,Salman,Abi,Ummi dah tak kenal siapa-siapa dah.Kita semua sibuk dengan urusan kita.semua sibuk memikirkan amalan masing-masing”

“Habis tu kita tak jumpa lah ea abi kat hari akhirat nanti.Sedihnnya”

sayu suara Rumaisaa' ketika tu.tertunduk Rumaisaa' seketika dek nak menyembunyikan air matanya dari tumpah.Tapi abi bijak membaca keadaan.abi senyum je.ummi pun sempat ketawa kecil.

“InshaAllah.kalau kita buat baik selalu Allah akan kumpulkan kita kat syurga.Kita pun kene do’a lah supaya kita semua dapat masuk syurga sama-sama dan berkumpul lagi”


Itu kisah 10 tahun yang lepas.Kenangan yang Rumaisaa' masih simpan dan teringat-ingat sehingga hari ni.

Banyak lagi babak2 Rumaisaa' bersama ummi dan abi yang tak dapat Rumaisaa' lupa kan. Masa Rumaisaa' kat asrama ada satu hari tu telefon ummi dan abi.Masa tu Rumaisaa' hanya mampu menangis tak mampu nak cakap apa-apa.ummi pun pujuk Rumaisaa'

"Nanti hujung minggu ummi dengan abi datang ziarah Rumaisaa'.Jangan tension-tension.Masalah kecil jek.Manja juga Rumaisaa' ni rupanya"

Hujung minggu tu ummi dengan abi bawak Rumaisaa' pergi jalan-jalan,makan tengah hari di luar dan masa tu hanya kami bertiga sahaja sebab ummi dengan abi nak bagi privasi untuk Rumaisaa'

Sebelum ummi dengan abi balik semula ke rumah,sempat lagi abi sembang-sembang kat bangku kayu bawah pokok rambutan

“Malaysia ni Nampak je aman Rumaisaa'.Tapi tak mustahil untuk kene perang juga macam kat Palestin.Cuba Rumaisaa' bayangkan kalau Malaysia perang.Agak-agak Rumaisaa' buat ape?takut tak?ni abi nak pesan siap-siap.Jangan takut Rumaisaa'.Kita semua akhirnya akan mati.akan jumpa Allah.tapi mesti kita nak pilih cara mati yang terbaik kan.Jadi Rumaisaa' selalu lah niat mati syahid ”

Bila Rumaisaa' tingkatan 4,Rumaisaa' tak sekolah asrama dah.sebab ummi dengan abi dah beli rumah dekat dengan sekolah Rumaisaa'.Waktu petang lepas balik sekolah biasanya abi rajin ajak Rumaisaa' dengan adik-adik keluar jogging.kadang-kadang kat taman reakrasi kadang-kadang kat sekitar taman perumahan je.Bila nampak David mencangkul kat depan rumah dia atau pun Cik Kristina abi selalu cakap

“kesian mereka Rumaisaa'.mereka baik tapi sayang tak nak terima islam.nanti kat akhirat semua kebaikan mereka sia-sia.Allah tak nak terima.Siapa yang salah.Kita lah Rumaisaa'.Sebab tak usaha nak terangkan islam kat mereka.Nanti bila Rumaysaa' dah besar,Rumaisaa' kene cerita islam kat mereka ni.Kene dakwah kat mereka.Fikir macam mana cara nak ceritakan islam kat mereka semua ni.Nanti boleh masuk syurga sama-sama.kalau tak kesian mereka kat kubur nanti kene siksa”

Memori Rumaisaa' teringat pesan ummi,ketika Rumaisaa' dalam kereta menemani ummi ada perkongsian pengalaman bersama pelajar-pelajar IPT dan waktu tu Rumaisaa' ceritakan kat ummi perihal perjumpaannya dengan Ustazah Salmiah

“Ummi tadi ustazah Salmiah jumpa.Ustazah cakap Rumaisaa' dipilih untuk pergi kursus kepimpinan pembimbing rakan sebaya”

Ummi senyap je mula-mula,fokus pada pemanduannya.Tak lama lepas tu ummi cuma pesan

“Alhamdulillah.Cuma Rumaisaa' kene ingat satu je,perjalanan Rumaisaa' masih jauh lagi.sangat jauh.Rumaisaa' masih muda.kene belajar maintain untuk berada atas jalan dakwah dan tarbiyyah ni"


**************

"weeyh,Rumaisaa'!termenung ea.jauhnya laa hai termenung mak cik sorang ni" sergah Nadiah dari belakangnya

"Nadiah ni.terkejut ruru laa" balas Rumaisaa' sambil melemparkan bantal kura-kuranya ke arah Nadiah

Alhamdulillah Rumaisaa' bersyukur sangat sedari kecil abi dan ummi tak berhenti-henti meniupkan semangat juang dan sayangkan islam.Tinggal Rumaisaa' saja sama ada nak berjuang atau pun tak.

~Terima Kasih ummi dan abi.Moga kita sama-sama dikumpulkan dalam JannahNya nanti~

p/s : moga kita dikumpulkan bersama-sama ahli keluarga kita dan org yg kita sayangi di Jannah nanti.masih tak percaya?tengok lah ayat Allah kat bawah ni banyak2 kali :D






iaitu syurga2 ‘Adnan,mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya,pasangan-pasangannya dan anak cucunya sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu
(13:23)


Dan orang2 yg beriman beserta anak cucu mereka yg mengikuti mereka dalam keimanan,Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga),dan Kami tak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka.Setiap orang terikat dengan apa yg dikerjakannya
(52:21)

Tuesday, April 24, 2012

kebangkitan islam




~Bismillahirrahmanirraheem~

Sejujurnya saya bukanlah orang yang sangat menggemari arena politik bersifat kepartian yang sebenarnya memeningkan kepala dan menaikkan darah.ditambah dengan media yang berat sebelah buatkan saya memilih beberapa suratkhabar untuk dibaca. sempatlah juga saya berangan untuk menceburkan diri dalam bidang kewartawanan.supaya tulisan menjadi lebih telus,dekat dan mendidik masyarakat.

Apa yang bakal saya tulis adalah berdasarkan maklumat yang seciput,tak segah tulisan Dr Maszlee Malik yang saya kira sangat mapan juga tulisan penganalisa-penganalisa lain yang saya kagumi seperti Dr Hafidzi Md Noor dalam soal Politik Dunia,juga bersandarkan jiwa anak muda yang punya hammasah dan masih belum diuji Allah dengan ujian kerjaya dan rumahtangga.ni hanyalah conteng-conteng atas kertas lukisan.bertatih-tatih buat silap untuk belajar menjadi orang yang luar biasa satu hari nanti.

Maaf juga tulisan kali ni agak berat dan panjang.

Semenjak revolusi Timur Tengah hari tu,bertitik tolak dari itu saya merasakan ada sesuatu perkara yang saya harus dan mesti belajar daripada situasi politik yang bersifat kepartian saat ini.Semenjak itu saya merasakan apa yang berlaku sekarang bukanlah perkara yang simple-mimple,tapi saya merasakan Graf Kegemilangan Islam sedang bergerak dan meningkat.

Pawn2 di papan catur sedaya upaya bertahan di posisi masing2 dan menyerang balas pawn2 yang mengganggu gugat kawasannya.Bala tentera seperti bishop,castle,rook,Queen juga semakin ligat bergerak mengalahkan pihak lawan dan mempertahankan ketua mereka.

Di Mesir ini saya merasakan dari hari ke hari islam semakin menghampiri waktu kemenangannya.Bumi Al-Quds juga semakin hampir hari kemerdekaanya begitu juga Syria dan bumi Syam keseluruhannya.

Semestinya keberadaan di Mesir buatkan saya sangat suka bercerita tentang Gerakan Islam yang mula diasakan pada tahun 1928 itu lah Ikhwan Muslimun.Kenapa?Kerana cerita-cerita yang diperdengarkan tentang mereka sangat menyalakan percikan api jihad.dan bukanlah jihad itu terbatas pada qital (baca :mata pedang)semata.kerana sememangnya islam tersebar bukan dengan cara itu pun.

Jihad mereka pada gigihnya mereka menuntut ilmu,gigihnya mereka bekejar ke sana ke mari menyampaikan kelas pengajian percuma,gigihnya mereka membentuk peribadi-peribadi muslim,gigihnya dakwah mereka sehingga ke ceruk kampung,juga kelab-kelab malam.Itu yang membuatkan saya kagum yang teramat dengan mereka kerana mereka satu ketika dahulu pernah mengalami fasa-fasa dakwah yang menggerunkan dan menyayatkan hati. Tokoh-tokoh perempuan tak terlepas daripada dibantai seperti rupanya seorang lelaki. itulah yang termaktub dalam Kisah Hari-hari Dalam Hidupku as-Syaaheedah Zainab Ghazali.

Namun Alhamdulillah al-haq juga akan menang dan terserlah kebenarannya.Dakwah mereka, idea (baca :fikrah) mereka semakin tersebar dengan luasnya tanpa tekanan rejim yang zalim.kerana sunnatullah nya islam sentiasa berada di puncak paling teratas tapi tetap di sana ada pengecualian pada graf peningkatan tu.

Maksudnya?Seperti keadaanya islam pada hari ini.Seperti keadaan ummat islam pada hari ini.Semuanya dalam keadaan lemah dan dipijak-pijak.Tapi itulah caranya bagaimana Allah mahu mengajar bahawasanya islam itu hebat hanya dapat dipikul oleh sohib (baca :orang) yang juga hebat.Macam yang tercatat di status Facebook seorang ukhti

إن الإسلام عظيم،لا يحمله إلا العظماء

Hebat yang macam mana?sudah tentu yang mengikut piawaian kaca mata islam dan piawaian Allah.

Apa yang membuatkan saya kagum dengan Gerakan Ikhwan Muslimun ; Hari ni mereka tampil di tengah-tengah masyarakat dengan cara politik yang bersifat kepartian.Mereka juga akan terlibat sama dalam pilihnanraya kerusi Presiden berdasarkan keputusan perbincangan bersama (baca :syura).Mereka tampil bertanding bukan untuk kuasa,bukan untuk harta tapi setelah mereka jelas bahawasnya dunia ni perlu berada dalam tangan orang yang ‘izzah dengan Islam.

Banyak kali saya dan sahabat-sahabat diingatkan,kita mahu dunia ni.tapi kenapa?supaya islam dapat diamalkan dengan sepenuhnya.supaya orang-orang bukan muslim dapat merasakan erti keadilan.supaya islam menjadi rahmatanlil3alamieen.

kalau kita biarkan dunia ini ditangan-tangan orang yang jahat,kefasadan akan berleluasa tak kira lah kefasadan berbentuk material ataupun spiritual.Seperti yang digambarkan oleh as-Syaheed Syed Qutb ketika beliau menjalankan analisa berkaitan sistem pendidikan di Amerika Syarikat.Beliau menyimpulkan tamadun US punya semua benda kecuali satu perkara ; itulah roh.

Sekali lagi saya kagum dan begitu tertarik dengan gerak kerja Ikhwan Muslimun dalam fasa-fasa kemelut pilihanraya ini,thawabit (baca : perkara tetap) mereka tetap berjalan itulah tarbiyyah dan dakwah. Berdentam dentumlah dewan Parlimen dengan suara-suara lantang Ahli Parlimen TAPI ummahaat nya (baca : ibu-ibu) tetap terus mendidik anak-anaknya,ummahaat nya tetap setia menemani suaminya menyampaikan pengisisan dan diangkut anak-anak pergi bersama.sambil memerhatikan kerja sekolah anak-anak.kerana pada mereka kejayaan anak-anak dalam pelajaran adalah salah satu sumbangan untuk islam.

Setiap kali ada perayaan-perayaan islami,cikgu-cikgu,ibu-ibu akan melatih anak-anak membuat persembahan berkisar tentang Rasulullah saw,Palestin,Syria dan persembahan-persembahan yang menghidupkan roh jihad.yang tak layu.

Di peringkat Universiti pula doktor-doktor sehabis daya akan buka minda pelajar-pelajarnya untuk think out of box,dikaitkan isu-isu semasa dengan silibus pelajaran. banyak kelas-kelas tafaqquh dan kelas persediaan murabbi berkembang seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Alhamdulillah sempat juga bersembang dengan seorang ustaz yang profession asalnya seorang Doktor Perubatan tapi berhijrah ke Bangladesh untuk tujuan dakwah meninggalkan anak-anak dan isteri sementara.Beliau sempat berkongsi dan berkata

"hurriyyah (baca :kebebasan) yang ada sekarang ni digunakan sebaiknya oleh Ikhwan Muslimun untuk membaik pulih sistem pendidikan (baca:tarbiyyah),dan pengislahan individu muslim. sebabnya anak-anak muda yang ada sekarang ni lah nanti yang akan duduk di dewan Parlimen sana nanti.kita tak nak orang yang duduk di Parlimen nanti mereka yang tak menjaga solatnya,tak menjaga lisannya,tak takut pada Allah,tak mengharapkan Allah pada setiap keputusan yang diambil.yang paling penting setiap individu terbentuk dengan jelasnya matlamat penciptaanya atas muka bumi ni.sebab kat akhirat Allah tak tanya berapa nombor keahlian engkau.engkau dari gerakan mana tapi Allah tegaskan dalam" 52:21

...setiap orang akan ditanya dengan apa yang dikerjakannya



Pemerhatian saya,mereka berada di tengah masyarakat dengan cara politik bersifat kepartian selepas dakwah mereka terpasak kukuh di hati penduduk Mesir baik di bandar mahupun ceruk kampung.Dakwah mereka mendapat sambutan kerana dakwah mereka tak bersifat statik dan kaku.Ada kalanya khidmat kepada masyarakat menjadi prioriti.

Tenaga Murabbi mereka daripada yang fokusnya pada tarbiyyah aulad hinggalah soal pentadbiran negara tersusun.Ada reejal nya di setiap penjuru. Masing-masing jelas dengan matlamat perjuangan mereka.Langkah kaki yang mereka ayunkan sama.Laungan ghayah mereka sama.masing-masing mahu islam menjadi ketua.menjadi role model pada dunia. masing-masing menyumbang dalam bidang kepakaran masing-masing untuk islam.masing-masing itqan dan ihsan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Itu juga lah yang saya dapati sama keadannya di Indonesia.Saya masih ingat kekaguman saya terhadap anak-anak muda yang begitu aktif di lapangan Universiti dan sekolah-sekolah.Wakil-wakil pelajar terdiri daripada individu-individu yang jelas misi perjuangannya.yang jelas tujuan penciptaannya sebagai 'abeed dan khalifah.yang jelas misi dakwah dan tarbiyyah nya.yang sangat mementingkan pengislahan diri.Dan dalam masa yang sama pak cik2 dan mak cik2 sangat aktif dalam dewan Parlimen.

Itu juga lah yang sedang berlaku di Malaysia bumi bertuah negara saya.

Dan sebab tu lah mengapa Amerika Syarikat dan Zionis sangat takut dengan gerakan Ikhwan Muslimun. Sebab mereka berpandangan jauh.Mereka bercita-cita tinggi.Tumuhaat mereka tinggi.Mereka mendidik setiap individu agar jelas matlamat hidup sebagai ‘abeed dan khalifah seterusnya mahu membina ustaziatul ‘alam (baca : world order).

Apa yang buat saya terkesan dengan fasa-fasa pilihanraya di Mesir ini,bila mana Murshidul ‘Am gerakan tersebut mengingatkan ahli-ahlinya secara khusus juga kaum muslimun amnya dengan beberapa perkara.Antaranya :

~Percayalah dengan kemenangan dan bantuan yang Allah berikan
~Jagalah hubungan silaturrahmi sesame kamu kerana ia rahsia kekuatan
~Dengarkan pada manusia ayat-ayat Kauniyyah (ayat-ayat penciptaan alam dan sunnatullah)
~Didik dan hidupkan jiwa2 ummah untuk suka dan sayang pada al-Quran
~Didiklah jiwa2 ummah untuk rasa keterikatan dengan masjid
~Jangan lupa bangun di sepertiga malam
~Ingatkan ummah dengan hari-hari kebesaran Allah
~Ketahuilah kekuatan Allah bersamamu semua


يوصى فضيلة المرشد إخوانه فى هذه الأيام بما يلى

ثقوا بنصر الله وتأييده ..
حافظوا على أخوتكم فهى سر قوتكم ..
اعرضوا على الناس آيات الله المبثوثة فى كونه ..
أحيوا هذه الأمة بالقرآن ..
واربطوا الناس بالمسجد ..
لا تنسوا حظكم من قيام الليل ..
ذكروا الناس بأيام الله ..
اعلموا أن الله بقوته معكم


Akhir perkataan saya suka nak petik kata-kata Saidina Umar ketika mengutuskan surat kepada tenteranya yang pada ketika itu berhadapan dengan tentera Parsi

إنكم لا تُنصرون على عدوِّكم بقوة العدة والعتاد، إنما تنصرون عليه بطاعتكم لربكم ومعصيتهم له، فإن تساويتم في المعصية، كانت لهم الغلبة عليكم بقوة العدة والعتاد

"Sesungguhnya engkau semua tak kan dapat mengalahkan musuhmu dengan kekuatan bilangan dan senjata.Sesungguhnya ketaatan engkau terhadap Allah dan kemaksiatan mereka atas Tuhan menjadi sebab kemenangan engkau ke atas musuh.Sekiranya engkau berbuat maksiat pada Allah nescaya mereka akan mengalahkanmu dengan bilangan mereka dan kelengkapan senjata mereka"


Ya.kita semua dapat menyumbang kepada kebangkitan islam dengan cara terus mengislah diri menjadi lebih baik.dengan menanam rasa 'izzah terhadap islam.dengan menjadi 'abeed yang sebenarnya pada Khaliq yang menciptakan kita.kembalilah jiwa-jiwa yang tenang pada Penciptamu.