Wednesday, March 30, 2011

muhasabah penulisan



Subhaanallah!cantik sungguh cuaca hari ni.Cahaya matahari tak berapa terik pancarannya,jadi bahangnya kurang terasa.Hall rumah ni terasa damai dan sejuk sekali atau barangkali perasaan saya saja.al-maklum tinggal beberapa jam sahaja sebelum kembali ke Ardhu al-Banna.

moga-moga saya berusaha untuk menulis dari masa ke masa pabila saya berada di sana. Kesibukan belajar tak sepatutnya menjadi alasan saya yang mengaku untuk menjadi seorang da'ei.InshaAllah dengan optimis dan tawakkal pada Allah,pasti akan ada jalannya.

Beberapa fenomena yg cuba saya perhatikan dan simpulkan sejak saya menjinakkan diri dengan dunia blogger ni.

Sekadar analisa ringkas berdasarkan penulisan saya

1.Saya bermula dengan menulis secara santai di blog saya bernama 'musafirperjalanan' dan pada masa tu saya tidak meletakkan apa-apa objektif pun.untuk apa saya menulis,apa yang mahu saya tuliskan,ke mana mahu saya bawa minda pembaca,siapa sasaran saya.mungkin kerana pemikiran saya masih mentah untuk memikirkan itu semua

2.Saya mula mendapat cara fikir yang lebih kemas menerusi siri-siri perjumpaan berkala dan akhirnya saya mula mencorakkan sedikit penulisan saya dengan pelbagai genre.tapi,itulah saya masih ragu-ragu untuk meletakkan objektif dan sasaran pembaca

3.Saya buat link blog yang baru sebab dapat satu semangat lain.tapi akhirnya tak konsisten juga.haish

4.Mudah-mudahan lepas ni saya berusaha untuk konsisten di laman baru ni.saya letakkan namanya mulawwanah kerana ianya simbolik tentang kehidupan yang saya fahami.Dalam dunia ni,pelbagai ragam manusia kita jumpa kan,pelbagai ciptaan Allah yang kita nampakkan.dan sengaja saya tak mendedahkan identiti diri saya.untuk memberikan kekuatan pada penulisan saya.

Ya menulis juga perlukan konsisten dan perangkaan yang serius untuknya.Menulis juga memerlukan sinergi dan momentum yang tinggi supaya idea menulis kita tak berhenti sekerat jalan.

Solusi ringkas untuk saya

1. Set kan niat untuk menulis.Objektif yang jelas dan lebih fokus perlu saya perhatikan dari masa ke masa.Selalu perbaharui niat setiap kali menulis

2.Menulis dengan ikhlas untuk memperbaiki diri sendiri dulu kemudian untuk tatapan perkongsian.

3.Menulis untuk memahami setiap pelajaran yang saya peroleh dan lebih menghargai sekolah kehidupan yang sedang saya lalui.Yea,waktu itu kehidupan sister!

4.Lebih banyakkan masa untuk membaca,supaya lebih banyak dapatkan solusi-solusi yang belum diterokai

Apa yg saya dapat daripada rakan bloggers yg lain

1.Memperbaiki tulisan saya untuk sesuatu yg boleh dimanfaat semua orang

2.Mempamerkan sedikit penghargaan pada insan-insan tersayang dalam laman saya

3.Berkongsi idea untuk sesuatu masalah.Terlalu banyak aspek yang perlu diperhatikan. Antaranya,bagaimana mahu meningkatkan kemajuan ekonomi muslimin (ni melalui siri kuliah saya di Azhar dan perbincangan dengan yang lain),bagaimana mahu dijelaskan konsep perbankan islam,apa solusi yg telah Allah gariskan untuk masalah sosial yg melanda,isu media yang sentiasa berat sebelah,filem islamik yang masih boleh diperbaiki jalan ceritanya dan macam-macam lagi

4.Sentiasa luangkan masa untuk sentiasa update laman saya,dan masukkan ianya salah satu elemen penting dalam mutabaah saya.inshaAllah

Terima Kasih buat kawan-kawan bloggers saya semuanya.Moga usaha kecil kita ini Allah pandangnya dan Allah redha.Ya,mudah-mudahan inshaAllah!

(Ya Allah,bantu kami memahami ad-DeenMu dengan fahaman yang jelas dan benar)

coloursoflife
3.35pm
skudai,jb

Tuesday, March 29, 2011

hargai ia

Selesai membaca email daripada sahabat saya juga sempat membaca update terbaru daripadanya.Saya masih ingat kejadianyang Allah takdirkan untuknya.Kami daripada Johor berpakat dengan sahabat-sahabat daripada Kuantan untuk sama-sama pergi ke satu program Wacana tentang revolusi di Timur Tengah.

Selepas saya menunaikan fardhu Magrib saya tertanya-tanya rombongan daripada Kuantan,sudah sampai mana kah mereka.Saya tergerak untuk menelefon mereka.dua orang saya telefon tapi tak dijawab.akhirnya saya cuba lagi telefon sahabat yang lain

Assalamu'alaikum n***** kat mana dah?
Wa'alaikumussalam n***** kat hospital ni.dia accident dengan kawan-kawan yg lain.(suara lelaki menjawab)

Ya saya tergamam!peristiwa malam tu saya akhirkan di sini.dan demi membaca update terbaru di blognya,atas nasihat doktor sahabat saya perlu menangguhkan satu semester.Allah.bertuah sungguh beliau.Allah pilih beliau untuk ujian ni.bukan mudah sebenarnya untuk menangguhkan satu semester bererti sahabat saya akan tamat pengajiannya setahun kemudian daripada tarikh yg sepatutnya.

Saya malu pada beliau.biarpun begitu beliau tetap cergas,kuat & semangat meneruskan rutin harian.Yalah walaupun menangis itu lumrahnya.siapa tak menangis bukan bila menerima sesuatu kecelakaan.Maulana Habibuna ar-Rasul saw juga sedih dengan pemergian putera-putera baginda.Allah.

HasbunalLahwani'malWakeelni'malMaulanwani'manNaseer...

Saya malu,saya yg sihat dan masih sempurna nikmat anggota badan & pancaindera sepatutnya mengambil pengajaran daripada beliau.Saya harus berusaha semaksimum mungkin untuk baki 2 tahun setengah lagi saya di sana.InshaAllah.

Saudari yg dirahmati Allah

sama-samalah kita hargailah nikmat mata yang Allah kurniakan pada kita untuk kita tatap ciptaan Allah yang Maha Sempurna,untuk kita gunakan untuk tadabbur kalam-kalam suci daripadaNya

sama-samalah kita hargai masa kita untuk kita gunakan sebaik-baiknya
Moga Allah sentiasa bersama kita

Monday, March 28, 2011

wangi serai


Wangi kan serai?

Biasa kalau ibu-ibu,kakak-kakak masak,mesti letak serai kat dalam masakan.sebab baunya wangi.naik aroma kat dapur tu.biasanya orang masukkan serai ni bila masak

tom yam

lemak cili api

singgang ikan

ayam merah

rendang ayam

dan macam-macam lagi.Macam tu juga dengan hidup ni kan.kita nak yang baik menang ke atas yang jahat.yang Haq mengatasi yang Bathil.tapi tentu ada caranya kan bila kita nak semua tu?


^____^

Sunday, March 27, 2011

Untuk Kesekian Kalinya



Bismillah

Alhamdulillah,saya terasa semangat baru mengalir dalam tubuh saya demi mendengar kejayaan adik-adik junior sekolah saya dalam Sijil Pelajaran Tinggi (SPM).Ya sesungguhnya mereka benar-benar hebat!Mudah-mudahan Allah membukakan pintu-pintu rezeki yang kita sendiri terkadang tidak menyedarinya.Mudah-mudahan semangat yang saya dapat rasai daripada mereka untuk lebih tekun menghabiskan Ijazah Sarjana Muda tidaklah hangat-hangat tahi ayam.Saya perlu segera menanamkan dalam diri,tujuan berkelana mencari ilmu. ^___^

Untuk kesekian kalinya saya menukar link blog dan dengan hati yang pasti saya mulakan basmalah untuk membuang akaun Facebook saya.Kepada sahabat-sahabat yang berjaya menemukan blog ini nanti Ahlan Wasahlan.Sekiranya mahu berhubungan langsung dengan saya boleh lah bertanya di Formspring.Moga perubahan yang saya tekadkan ini membawa impak dan kesan dalam diri saya.InshaAllah

Wednesday, March 9, 2011

pilih lah & tawakkal lah

sempat bersembang-sembang dengan seorang adik...

1.pilihlah yang terbaik,jangan tak pilih langsung
(istikharah&perbincangan)

2.bila dah pilih,sedia buka hati kita sebesar-besarnya untuk terima segala kelemahan yang kita nampak

3.bila dah nampak kelemahan tanamkan azam untuk buat sesuatu yang lebih baik,kita lah yang akan mencantikkannya dengan ilham daripada Allah

4.tawakkal 'alalLah