Friday, December 23, 2011

khilafah islamiah



Bismillah.MashaAllah
SalamulLahi’alaykum Jamiean
~Jumu'ah Mubaarakah~

AllahummaSolliy’alaSayyedenaMuhammad-‘alaihissolatuwassalam-

Umum mengetahui sejarah kejatuhan Sistem Khilafah Islamiah pada 1924…usaha-usaha ke arah pembinaannya dan penegakannya semula juga kelihatan di setiap negara…

Pernah kah kita terfikir ataupun tergambar di minda,bagaimanakah bentuk atau gambaran Sistem Khilafah Islamiah pada alaf ini,zaman ini…

Adakah sama bentuk dan gambarannya seperti yang berlaku ketika zaman ar-Rasul –‘alaihissolatuwassalam-

atau kah seperti di zaman Khulafa’ Rashedeen –ridhwanulLahi’alaihim-

atau kah seperti di zaman kegemilangan islam seperti Abbasiyyah,Uthmaniyyah,Umayyah…

Seposen dua daripada saya ketika soalan ini saya tanyakan pada seorang ustaz dalam kelas Tafseer

Untuk adanya Sistem Khilafah Islamiah ini kembali,tidak perlu tidak,dunia pada hari ini perlu kepada 3 elemen berikut:

1.Perlaksanaan Syariah Islamiah berlandaskan Al-Quran dan as-Sunnah.
2.Menghidupkan amalan Syura
3.Kesatuan Ummah

(akan dihuraikan kemudian inshaAllah)

Nak tahu gambaran sistem khilafah islamiah pada alaf ni?

Cuba perhatikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( الأمم المتحدة - United Nation),perhatikan gerak kerjanya,kekuatan ketenteraannya,kekuatan kewangannya, kekuatan propagandanya…tak mustahil gambaran Sistem Khilafah Islamiah nanti seperti itu kan…

Bagaimana mahu bermula???

Menjadi tanggungjawab ummah untuk melaksanakan Syariah Islamiah sebagai cara hidup di setiap negaranya,maka ianya perlu dimulakan dengan kesedaran daripada dalaman individu akan tanggungjawab ini;mengambil iktibar daripada seerah arRasul –‘alaihissolatuwassalam- yang menitikberatkan proses pembinaan individu muslim,rumahtangga muslim,masyarakat muslim,negara muslim…cara ini juga telah dihidupkan kembali oleh as-Syahid Imam Hassan alBanna

Juga menjadi tanggungjawab ummah untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis,yang mana ianya merupakan ujian terbesar yang Allah pikulkan untuk ummah muslim hari ini…

Tidak perlu tidak,Asleh Nafsak Wad’uu Ghairaak perlu kita semaikan…

Saya tinggalkan dengan kalam Syeikhuna Ibnu Taimiyyah,sengaja tak ditinggalkan sekali terjemahan supaya pembaca dapat bertanya ma’aani kalimah (makna tersirat) daripada syuyukh-syuyukh (guru-guru) pembaca sekalian


: ابن تيمية
:الدين الحق لا بد فيه من أمرين
.الكتاب الهادي
. السيف الناصر وتعني منها قوة حامية للكتاب أي : قوة النظم الإسلامي

Saturday, December 3, 2011

tetap konsisten thabat




Bismillah.MashaAllah

Biasanya anak2 muda ketika ada sharing dengan pak cik2 ataupun mak cik2 ataupun masyayikh tarbiyyah ataupun penggerak2 dakwah pasti takkan terlepas daripada pertanyaan

'macam mana ustazah boleh thabat (tetap) atas jalan dakwah & tarbiyyah ni setelah sekian lama?'

'boleh share sikit pengalaman dan resipi untuk kekal semangat dengan dakwah & tarbiyyah ni?'

susun kata yang berlainan kan?tapi punya maksud yang sama...

sahabat penulis sempat bertanya pada kenalan kami (Yamanee) bagaimana kita mahu tetap thabat di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ni...dengan senyuman yang sangat manis beliau pun berkongsi rasa

"akhawat fillah , ketika mana engkau mengenal Allah akan bertambahlah rasa kecintaan engkau padaNya , ketika engkau mengenal Allah ketika itulah hammasah engkau tinggi , ketika kecintaan engkau pada Allah bertambah ketika itulah engkau akan sanggup buat apa sahaja untuk Allah...untuk Rabb yang engkau cinta...maka , kembalikanlah hati-hati ini pada PenciptaNya...Ketika ma'rifatullah dapat engkau kecapi , ketika kemanisan cinta Allah itu meresap ke seluruh urat nadi kalian , ketika itu lah kalian mampu untuk thabat (tetap) atas jalan dakwah & tarbiyyah ini..."

~Allahuakbar walillahilHamd.Rabbana LakalHamd walaka as-Shukr 'ala hazeehe an-ni'mah!~

cerita subuh

Bismillah.MashaAllah

Pernah tak saudara pembaca mengalami dua situasi ini

1. Bangun awal pagi,beberapa minit sebelum azan Subuh , hanya sempat beristighfar dan azan Subuh berkumandang.Lalu bangun solat sunat sebelum dan Subuh berjemaah.Lepas tu lepas Subuh diisi pula dengan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat.

2. Bangun terlewat Subuh tergesa-gesa menunaikan kewajipan yang satu itu.Lepas tu sambung tidur.Sedar-sedar dah terlewat nak pergi kuliah atau ke tempat kerja.

Antara dua situasi ni mana yang saudara rasa sangat seronok untuk mengalami hari-hari tu...secara logik akalnya mestilah nombor satu...tak caye?cube la...

nak tau kenapa,nanti ye...

p/s : jangan lupa puasa 9,10@10,11@9,10,11Muharram...Mudah2an dosa-dosa kita tahun yg lalu dihapuskan...banyakkan juga kebaikan di bulan ni sebab segala kebaikan akan diganjari 2x ganda sebagaimana kejahatan yg kita buat juga akan digandakan 2x...

Friday, December 2, 2011

kuasai dunia

Bismillah.MashaAllah.

mafhum hadis al-mustafa muhammad saw ('alahissolatuwassalam)

"barangsiapa menguasai Palestin,maka mereka akan menguasai dunia!"

terbukti kan hari ni?mcm mana kuasa veto dunia punya darajat tertinggi di mata dunia.kerana apa?kerana Palestin masih dalam genggaman Zionis laknatullah.

kerana apa?

kerana ummah ini masih belum merasakan 'izzah terhadap islam!

fikirkan saudara pembaca yg dirahmati Allah.moga kita tergolong dalam kalangan mereka yg mendokong dan berjuang untuk islam,agama Allah yg mulia.iAllah

Wednesday, November 30, 2011

'alam tersenyum

Bismillah MashaAllah

Masih menunggu keputusan pilihanraya Mesir.
Melihat suasana pilihanraya mereka baru-baru ni buatkan penulis juga mahu mengundi bersama mereka.haha
'Alakulliyhal,satu perkara yang dapat penulis belajar ketika ditanya kepada mereka siapa yang mereka mahu undi...tak pun jawapan doktor2 di kuliah ketika ditanya di dewan kuliah beberapa hari sebelum hari pengundian,jawapan mereka

"aku mahukan islam...mana-mana parti yang ada agenda islam akan aku undi mereka"

pesan doktor Nuzum Islami (sistem-sistem islam) di kuliah banat yg sempat penulis ikut

"anak-anakku sekalian,jangan lupa mengundi esok.pilih lah mereka yang membawa mesej dan agenda islam...parti yang jelas dengan mesej islamnya parti Hurriyyah wa al-'aadalah dan juga parti Nur...tapi aku sendiri memilih ....." ;D

ya,satu perkara penulis belajar
masyarakat mesir mahukan islam dalam kehidupan mereka
benarlah Kalimatullah Hiya 'Ulya & al-Islam Yaa'luu wala Yu'laa alaih....

satu mesej dan 'ibrah lain
betapa ikhwah & akhawat Ikhwanul Muslimun benar-benar sedikit perkataannya tetapi banyak amalnya hinggakan majoriti masyarakat Mesir memberikan kepercayaan pada mereka

tinggal lagi penulis selaku rakyat marhaen Malaysia untuk punya Tumuhat terhadap negara tercinta...

akan tersenyumlah sekalian 'alam dengan tertegaknya islam!
yang bermula dengan semua manusia kembali pada islam...


Sunday, September 4, 2011

identiti sendiri yg tamayyuz

Bismillah.MashaAllah.

Alhamdulillah malam ni rasa sihat sedikit setelah seharian muntah2 dan tak sedap badan.Moga jadi kafarah dosa.JazakunnalLahuKhairalJaza' pada semua akhawat yg menjadi doktor terbaik untuk saya dan ribuan kemaafan untuk undangan akhawat yg tak dapat saya penuhi.akhawat lain pergi bait maftuh,terpaksa lah saya menahan rasa hati sekejap supaya kembali sihat.

'Eidulfitri saya & akhawat tahun ni sangat istimewa dengan kedatangan akhawat daripada UK dan Jordan.Pelbagai perkongsian disajikan untuk kami.Alhamdulillah tiada perasaan lain yg terlahir & dapat diungkapkan melainkan syukur pada Rabb pencipta sekalian makhluk.

yang membuat saya terkesan ketika kami merancang perjalanan dakwah kami di Mesir,bila mana seorang ukhti bertanya "kenapa mesti ikut rentak orang.kalau boleh jadi dalam masa 6 bulan kenapa mesti jadi kan setahun?" daripada situ saya belajar satu perkara.

untuk menjadi seorang pemberi ingatan,seorang da'ie perlu ada identiti dan idea tersendiri tapi tetap tamayyuz daripada yg lain,kreatif dan sentiasa kritis.perlu fokus dan bersungguh.perlu tinggi pengharapan pada Allah.

masakan kalau musuh2 agama Allah bergerak lincah,tak kenal erti lelah,tidur yg hanya sedikit kita yg mengaku da'ie masih mahu main2.ingatlah Islam itu kepunyaan Allah.kemenangan itu pasti,hanyasanya kita yg mahu menyumbang.

seperti penulisan Syed Qutb dalam bukunya Ma'alim Fee Thariq (petunjuk sepanjang jalan) yg bukunya tak dicetak di Mesir dalam versi Arab

"walau bagaimana jauhnya pun jarak antara bangkit semula dgn islam menjadi ustaziatul 'alam,langkah-langkah ke arah bangkit semula mesti dijalankan serta merta dan jangan dilengahkan lagi!"

nah itulah hujah saya untuk mereka yg mempersoalkan perlunya tarbiyyah & dakwah pada ummah dewasa ini...Bismillah,terus melangkah!

Saturday, September 3, 2011

عيد مبارك

السلام عليكم ورحمة الله

عيد مبارك للجميع

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

كل عام وأنتم بخير
وكل عام ونحن الى الله أقرب

إنشاءالله

Sunday, August 21, 2011

tarbiyyah,bina taqwa

Hari ni hari bersejarah untuk saya & juga rakyat Palestin yg masih belum mendapatkan hak kebebasan di negara mereka.Terkilan dalam hati sebenarnya hingga usia 22 tahun ni masih belum mampu menyumbang apa-apa.'alakulliyhal saya teringat kata-kata barangkali
لكل مرحلة رجالها ‏‎
setiap tahap tu ada orang-orang yang memikul bebannya.

*************

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.Masih teringat ketika di awal fasa Ramadhan kebanyakkan tazkirah di masjid-masjid banyak berbicara seputar hal Taqwa,dengan harapan keluarnya kita daripada bulan Ramadhan ni dapat menjadi hamba Allah yang Rabbani dan bertaqwa.

Lalu habis Ramadhan,adakah akan habis Taqwa kita?Adakah harus berkurang amalan-amalan kita?Ketika Ramadhan kita dapat semangat nak beramal demi mendengar ganjaran-ganjaran bernilai tinggi daripada Allah.tapi,habis Ramadhan apa medium terbaik untuk kita refresh iman kita?Di sini saya teringat kata-kata yang terlahir daripada sahabat Rasulullah saw,iaitu Mu'az bin Jabal
اجلس بنا نؤمن ساعة

Daripada kata-kata ni saya semakin yakin dengan keperluan saya & ummat saya hari ni kepada tarbiyyah & dakwah.saya pernah tersilap memahami konsep tarbiyyah & dakwah sebelum ni dok kerana hanya ikut-ikutan.namun Alhamdulillah melalui siri perkongsian dengan ramai orang saya mula mendapatkan kunci permasalahan saya.pemahaman saya sebelum ni,tarbiyyah hanya lah tertumpu pada siri perjumpaan menambah iman,hanya lah tertumpu dengan program-program yang banyak,tapi bukan itu sahaja.

bahkan tarbiyyah & dakwah tu lebih lagi fungsinya pada seseorang.saya mula menghargai tarbiyyah & dakwah kerana ia mendidik saya untuk membina taqwa dalam diri saya hinggalah saya bertemu dengan Tuhan pencipta sekalian makhluk dan alam.tarbiyyah & dakwah mendidik saya bina erti ihsan dalam diri,baik ketika saya di tengah khalayak ramai maupun seorang diri tak ditemani seorang pun.itulah darjat tertinggi yang semua orang idamkan.

seterusnya dakwah perlu saya jadikan karier utama untuk saya layak digelar penyambung risalah Maulana Habibuna ar-Rasul saw.ya,jalan ni panjang,melelahkan dan kadang-kadang menjemukan.sabarlah diri.itulah sunnatullahnya untuk capai erti taqwa dan menundukkan jiwa semua manusia kembali pada Rabb mereka.konsisten lah dalam beramal,mudah-mudahan Allah memberikan kunci penyelesaian untuk kita semua.

اللهم بلغنا ليلة القدر العظيم.اللهم ارزقنا رؤية وجهك الكريم ورسولك -صل الله عليه وسلم- يوم الأخرة

Monday, August 1, 2011

mesej untuk kakak

Handphone kakak berdering menandakan ada mesej baru daripada seseorang.Kakak bergegas mengambil handphone nya yang dicampakkan ke atas katil sejurus balik dari kelas tutorial lepas maghrib tadi.

‘oh,ayah rupanya.ingatkan siapa mesej kakak malam-malam pekat ni.alamak,ni mesti kes kakak dah lama tak telefon ayah tanya khabar.’

Mesej berbunyi :
'Salam kakak,sihat ke?duit cukup?belajar ok?qiam tak malam tadi?'

Kakak membalas mesej ayah :
‘Alhamdulillah sihat.duit ada lagi.cukup inshaAllah,ayah tak yah lah risau.Belajar pun dah semakin faham.baru nak tidur ni,inshaAllah kalau terjaga qiam lah ^__^'

Sejurus mengucapkan selamat malam,kakak teringat satu ketika dahulu,pernah kakak tanya pada ayah,bila kakak tengok patern anak-anak muda sekarang pelik-pelik,terutama kalau latar belakang keluarga yang faham basis agama.

‘Ayah,kakak sedih lah tengok patern anak-anak muda sekarang ni.tapi lagi sedih bila tengok yang datang daripada background family bagus-bagus.’

‘Kakak,tu semua ujian Allah untuk masing-masing.Ada orang Allah nak uji pada anak-anaknya,ada orang Allah nak uji kerjanya yang menimbun,kerjanya selalu dimarahi majikan,kerjanya tak pernah naik pangkat,ada orang Allah nak uji kaya miskin,ada orang Allah nak uji kesihatannya.Tu semua Allah punya kuasa kakak.Macam mana kakak ni,belajar jauh-jauh kat negeri orang Arab,tapi macam tak boleh sabar je ni.'

‘bukanlah,cuma kakak sedih bila orang-orang sekeliling menuding jari selalu kat mak ayah yang ada basis islam,tapi anak-anak tak menjadi.ayah pun tak terlepas kan.’

‘kakak,tu namanya sunnatullah bekerja.tu sebabnya Allah cakap dalam al-Quran peranan dan fungsi sesama kita untuk saling tegur menegur,saling menyokong untuk berbuat baik,selalu mengingatkan bahaya buat perkara yang Allah larang.sebab tu juga Rasulullah saw pesan supaya berbaik-baik dengan jiran.sebab kita kene saling mengingatkan.’

‘sebab tu ayah selalu tanya kakak,dah habis khatam al-Quran sebulan sekali,dah qiam,puasa tak isnin khamis,sebabnya ayah tahu tahap kakak mampu buat semua tu.Kalau ayah tanya kat adik Man,ayah tahu tahap dia macam mana.jadi lain lah yang ayah tanya kat adik Man.’

‘sebab tu ayah pesan,kakak muda lagi,selagi ada peluang belajar,mahirkan bahasa arab betul-betul,fahamkan bahasa arab supaya kakak rasa nak faham islam betul-betul.supaya kakak lepas tu boleh sebar kan fahaman islam yang syumul tu kat ramai orang.kakak muda lagi,boleh baca banyak kitab-kitab arab lagi,komitmen tak banyak lagi,perjalanan jauh lagi,jangan sia-sia kan masa kakak.’

‘kalau pasal anak-anak muda sekarang ni,kita usahakan yang terbaik untuk membimbing mereka,memahamkan mereka.selebihnya kita kene kuat do’a.selebihnya kita serah kat Allah.kan Allah cakap anak-anak,harta,isteri,perhiasan dunia satu ujian untuk manusia.kat situ hikmahnya Allah nak suruh kita kumpul pahala banyak-banyak.'

kakak perasan ada nada memujuk di situ...

p/s : Ramadhan Kareem!

Wednesday, July 13, 2011

Aku Azhariyy

Bismillah.MashaAllah.
Allahummasolli'alasayyidina Muhammad.
Alhamdulillah hari ni bermula secara rasmi Mausim Thaqafee (baca:minggu ilmu&kebudayaan).tak lama,sekitar seminggu.hari ni saya terfikir lagi,selepas mendengar ucapan dalam bahasa Arab daripada Duta Malaysia yg berada di Kaherah.ya beliau berucap dalam bahasa Arab!betapa ramainya Azhariyy di Malaysia!daripada yg kerja di sektor swasta maupun kerajaan.yg bekerja baik dalam bidang pendidikan mahupun korporat.tapi saya masih berfikir,mengapakah Malaysia masih lagi seperti ini.Saya seakan bingung.harus beginikah aku nanti,mengulang peranan yg sama di tengah2 kemelut dunia.Moga Allah membimbing aku&kamu!


p/s : sahabat saya ada kongsikan link drama saya kira berjudul Tahajjud Cinta.seperti ada kejanggalan di situ,buatkan saya teruja menerokai dunia drama&perfileman.'alakulliyhal Allah tahu yg terbaik.

Friday, June 3, 2011

Ya Bunayyati

Bismillah MashaAllah

exam lagi,tak habis penat exam yang lepas datang lagi exam lain.pula tu ada subjek yang banyak sangat nak kene ngapainye.ada yang pelik-pelik pun subjeknya,tak pernah belajar sebelum ni.

memanglah kawan,dah namanya belajar.mestilah benda tu benda baru yang kita baru nak tahu.kalau benda tu kita dah biasa tahu,dah biasa dengar tak lah nama belajar.

hah,lagi satu standard lah bila namanya pelajar memang la akan ada exam.kenapa?takut?apa yang kawan nak takut sangat.Allah kan ada.

Betapa hebatnya Allah,kawan tak yah cakap pun kat Allah,Allah dah tahu dah kawan tengah takut.tapi sebagai hamba kita mestilah nak mengadu dengan Allah walaupun Allah dah tahu.sebab?kita kan sayang Allah ^___^

kawan,jangan takut.cuba jadikan exam tu sebagai cara untuk kau ukur pemahaman kau terhadap sesuatu subjek tu.sebab nanti kau nak kene sampaikan kat orang lain pula.kalau nanti kita dapat keputusan tak seronok pun,sekurangnya kita tahu kelemahan kita dan kat mana kita perlu baiki dan pada siapa kita boleh rujuk.

lagi satu kawan,aku nak kongsi nasihat daripada doktor yang mengajar aku Al-Quran.best kawan bila dia nasihat.Aku bila dengar rasa macam nak menangis.

**************
Beliau penuh dengan uslub tarbawi dan da'wi ketika mengajar.setiap kali masa beliau pasti beliau akan selitkan kata-kata nasihat yang memukau,yang buat saya dan sahabat-sahabat sentiasa refleksi diri.Pernah satu masa beliau bertanya kami nisbah perempuan di Malaysia berbanding lelaki berapa.Kami katakan nisbah perempuan lebih ramai.Nak tahu apa beliau balas jawapan kami?

Ya Bunayyati (wahai anak perempuan ku) sesungguhnya di bahumu tergalas tanggungjawab yang maha berat.Engkau nanti balik ke negara masing-masing akan memikul risalah,akan kembali mendidik masyarakat.Jadi gunakan masamu di Mesir ni baik-baik.Jangan leka.Kau musafir jauh dari Malaysia,ibu dan ayah kau sedang menahan rasa sedih berjauhan denganmu,jangan hampakan harapan mereka.

Dan sempat beliau titipkan nasihat di hari terakhir kelas kami bersama beliau.Ya mungkin untuk kali terakhirnya,kerana beliau akan musafir ke Doha (kiranya tiada pertemuan kami di dunia lagi,moga Allah temukan di syurga nanti.ameen)

Nasihatnya meruntun jiwa saya dengan nada suara yang lembut mengeluarkan bait-bait nasihatnya umpama seorang ayah menasihati anak perempuannya,seorang murabbi menasihati mutarabbinya,seorang syeikh mengajar anak muridnya,seorang sahabat menasihati sahabatnya

Ya Bunayyati,Quumee al-Lail illa Qaleela.Leanna al-mukmineen seemahum fee wujuheheem meen athari as-sujud

(wahai anak perempuanku bangunlah malam untuk tahajjud walaupun sebentar cuma.kerana orang mukmin tu terpancar tanda mukminnya daripada kesan-kesan sujudnya)

Engkau sedang dalam madrasah persediaan untuk membentuk thaqafah engkau,untuk membentuk kekuatan rohani dan dalaman engkau,untuk membentuk kekuatan jasad dan fizikal untuk engkau pikul beban tanggungjawab yang banyak dan berat.

Bangunlah malam kerana di pagi harinya engkau akan rasakan keinginan yang membuak-buak melalui hari-hari hidupmu anugerah daripada Allah buatmu.Kau akan jelas dengan matlamat perjuangan kau di muka bumi ni.Kau akan kuat dan tak cepat putus asa.

Ya Bunayyati,peganglah Al-Quran di saat orang lain tak lagi mengendahkannya.Kerna ianya harta paling berharga daripada Allah untuk hambanNya.Peganglah ia,hadamlah ia agar mampu kau kongsikan kegembiraan itu dengan orang lain,agar kau mampu memahamkan orang lain juga.

**************

Ya Allah jadikan kami daripada golongan
mereka yang mengingatimu di dua pertiga malam

Thursday, April 28, 2011

tak ada yang mudah

1.Saya teringat masa saya di Tingkatan 4,saya menangis masa buat Add Math.Duduk di meja study sampai lewat malam,beberapa malam cuba belajar dengan ummi saya semata-mata nak fahamkan cara kerja Add Math.Terkejut barangkali dengan cara kerja Add Math yang nak kene panjang-panjang tulisnya.

2.Saya ingat ketika saya sangat lewat memasuki sesi pembelajaran untuk STAM,saya menangis sebab tak faham langsung baca buku Arab.Saya pun conteng lah buku-buku teks pinjaman tu dengan perkataan-perkataan Melayu.Segan juga sebenarnya bila banyak contengan kat buku,nampak sangat saya tak reti.tapi takpe,yang penting saya dapat manfaatnya.

3.Ketika datang ke Mesir juga saya menangis sebab nak fahamkan lecture pensyarah-pensyarah saya.6 bulan pertama memang saya blur,tapi alhamdulillah dengan sokongan sahabat-sahabat saya cekalkan rasa hati

Teruk kan asyik menangis je.Pada saya tak salah pun.Menangis tu lah kunci untuk kita memahami sesuatu.Sebab,masa tu lah kita akan rasa rendah diri sangat-sangat.Kita akan rasa miliklah Allah lah segala apa yang ada di bumi dan di langit,sangat sedikitlah pengetahuan kita nak dibandingkan dengan 'ilmu Allah,dari situ akan datang rasa kebergantungan total pada Allah.InshaAllah bila berdo'a pasti Allah permudahkan.

Posting ni untuk ukhti-ukhti saya juga sahabat-sahabat saya yang merasa lemah dan hampir putus asa untuk menguasai sesuatu bahan dan menguasai pembelajaran.

Friday, April 22, 2011

sumber kekuatan

Lama rasanya tak ke masjid untuk Solat Jumaat.Kalau dulu sangat teruja untuk ke Masjid tiap kali Solat Jumaat,mungkin juga kerana budaya wanita Arab Mesir yang sememangnya menghidupkan suasana Solat Jumaat.Saya tak tahu kenapa,tapi hari ni terasa sangat mahu berada di Masjid,mengambil sedikit pengajaran untuk melembutkan hati dan mengembalikan ruh jiddiyyah yang semakin pudar.

Memang takkan lari daripada hakikat bahawasanya iman manusia biasa bertambah dan berkurang.Tapi,Maha Penyayangnya Allah tak dibiarkan kita mengharungi hidup ni selamanya muram,sedih,lemah...Kenapa?Kerana Dia bekalkan kita Al-Quran sebagai pandu arah ketika kita rasa tersalah mengambil sesuatu jalan keputusan, Al-Quran membuatkan kita tersenyum puas dengan penjelasan matlamat dan tujuan hidup kita di dunia ini.Al-Quran menerangkan hakikat bahawasanya kehidupan kita ni memang tak kan lari dari LETIH,PENAT...tapi semuanya akan diganjari Allah kelak.Allah!

Al-Quran banyak merangsang kita yang lemah dan penat ni dengan gambaran-gambaran indah tentang nikmat syurga.SubhanalLah.Nikmat yang satu yang tak pernah didengar oleh telinga,tak terlihat oleh mata,bahkan tak terlintas pun dalam hati kita tentang hakikat keindahannya!Allah.Allah.Allah

Alkisah hari ni hati saya tergerak untuk ke Masjid Raba'ah Adawiyyah,yang jaraknya memakan masa 20 minit sekiranya berjalan kaki daripada rumah saya.Sampai saja di ruang solat wanita saya ternampak dua barisan wanita Arab berpakaian hitam duduk di atas kerusi.Salah seorang daripadanya mak cik tua kelihatan menangis dengan esak perlahan. Pasti ada seseorang yang meninggal.Ya,tekaan saya tepat.Sejurus selesai Solat Jumaat, Imam menyeru jemaah solat untuk tunggu sebentar menunaikan Solat Jenazah.

Alhamdulillah,saya kira itu muhasabah yang Allah ingin berikan pada saya.Untuk kembali merenungi 22 tahun lampau apa yang telah saya lakukan untuk islah diri,apa yang telah saya infaq kan pada jalan dakwah yang saya harapkan untuk saya terus berada di situ.Akhirnya saya tenang di Masjid.Rumah Allah.sumber inspirasi,sumber kekuatan di kala terasa letih dan payah dengan urusan dunia yang tak sudah-sudah.

Teruslah beramal hatta sekecil zarrah,kerana kelak Allah akan menilainya,kelak dalam buku amalan kita Allah akan huraikan dengan terperinci setiap apa yang kita lakukan.Teruslah beramal selagi mana pintu taubat masih terbuka.

Tuesday, April 12, 2011

lepaskan rasa itu

kadang-kadang kita risau bila teringatkan keluarga yang jauh di Malaysia
kadang-kadang kita sedih bila kita keseorangan tanpa kawan,teman mahupun sahabat
kadang-kadang kita takut untuk kehilangan semua kepunyaan kita yang kita suka

jadi di mana kita letak pengharapan kita sebenarnya?
kepada siapa kita sandarkan harapan kita sebenarnya?

ibu bapa?
pensarah-pensyarah?
bos di tempat kerja?
kawan-kawan?

apa mudharat dan manfaat yang dapat mereka berikan pada kita?

lepaskan lah rasa-rasa itu semuanya kerana Allah bersama tiap individu daripada kita.

p/s : pesan seorang teman,jangan sampai bila kita 'laju' kita terlepas pandang ibtida' kita.Moga dijauhkan.

Friday, April 1, 2011

update ringkas

Bismillah.MashaAllah.Alhamdulillah udara segar bumi anbiya',bumi albanna masih lagi dapat dihirup.susah juga rupanya ya bila tiada akaun facebook ni.tak pe.sekadar update ringkas melalui Nokia E66 (jgn contohi sikap saya yg tak boikot ni).saya baru berpeluang menyaksikan kawasan persekitaran Cairo International Airport.saya belum temui apa2 yg di luar kebiasaan.dalam perjalanan ke rumah pengingapan saya juga belum saya temui apa2 yg di luar kebiasaan.nantilah,selepas habis mengemas rumah,saya berkehendak untuk merasai aroma baru mesir.saya tinggal dulu.

Wednesday, March 30, 2011

muhasabah penulisan



Subhaanallah!cantik sungguh cuaca hari ni.Cahaya matahari tak berapa terik pancarannya,jadi bahangnya kurang terasa.Hall rumah ni terasa damai dan sejuk sekali atau barangkali perasaan saya saja.al-maklum tinggal beberapa jam sahaja sebelum kembali ke Ardhu al-Banna.

moga-moga saya berusaha untuk menulis dari masa ke masa pabila saya berada di sana. Kesibukan belajar tak sepatutnya menjadi alasan saya yang mengaku untuk menjadi seorang da'ei.InshaAllah dengan optimis dan tawakkal pada Allah,pasti akan ada jalannya.

Beberapa fenomena yg cuba saya perhatikan dan simpulkan sejak saya menjinakkan diri dengan dunia blogger ni.

Sekadar analisa ringkas berdasarkan penulisan saya

1.Saya bermula dengan menulis secara santai di blog saya bernama 'musafirperjalanan' dan pada masa tu saya tidak meletakkan apa-apa objektif pun.untuk apa saya menulis,apa yang mahu saya tuliskan,ke mana mahu saya bawa minda pembaca,siapa sasaran saya.mungkin kerana pemikiran saya masih mentah untuk memikirkan itu semua

2.Saya mula mendapat cara fikir yang lebih kemas menerusi siri-siri perjumpaan berkala dan akhirnya saya mula mencorakkan sedikit penulisan saya dengan pelbagai genre.tapi,itulah saya masih ragu-ragu untuk meletakkan objektif dan sasaran pembaca

3.Saya buat link blog yang baru sebab dapat satu semangat lain.tapi akhirnya tak konsisten juga.haish

4.Mudah-mudahan lepas ni saya berusaha untuk konsisten di laman baru ni.saya letakkan namanya mulawwanah kerana ianya simbolik tentang kehidupan yang saya fahami.Dalam dunia ni,pelbagai ragam manusia kita jumpa kan,pelbagai ciptaan Allah yang kita nampakkan.dan sengaja saya tak mendedahkan identiti diri saya.untuk memberikan kekuatan pada penulisan saya.

Ya menulis juga perlukan konsisten dan perangkaan yang serius untuknya.Menulis juga memerlukan sinergi dan momentum yang tinggi supaya idea menulis kita tak berhenti sekerat jalan.

Solusi ringkas untuk saya

1. Set kan niat untuk menulis.Objektif yang jelas dan lebih fokus perlu saya perhatikan dari masa ke masa.Selalu perbaharui niat setiap kali menulis

2.Menulis dengan ikhlas untuk memperbaiki diri sendiri dulu kemudian untuk tatapan perkongsian.

3.Menulis untuk memahami setiap pelajaran yang saya peroleh dan lebih menghargai sekolah kehidupan yang sedang saya lalui.Yea,waktu itu kehidupan sister!

4.Lebih banyakkan masa untuk membaca,supaya lebih banyak dapatkan solusi-solusi yang belum diterokai

Apa yg saya dapat daripada rakan bloggers yg lain

1.Memperbaiki tulisan saya untuk sesuatu yg boleh dimanfaat semua orang

2.Mempamerkan sedikit penghargaan pada insan-insan tersayang dalam laman saya

3.Berkongsi idea untuk sesuatu masalah.Terlalu banyak aspek yang perlu diperhatikan. Antaranya,bagaimana mahu meningkatkan kemajuan ekonomi muslimin (ni melalui siri kuliah saya di Azhar dan perbincangan dengan yang lain),bagaimana mahu dijelaskan konsep perbankan islam,apa solusi yg telah Allah gariskan untuk masalah sosial yg melanda,isu media yang sentiasa berat sebelah,filem islamik yang masih boleh diperbaiki jalan ceritanya dan macam-macam lagi

4.Sentiasa luangkan masa untuk sentiasa update laman saya,dan masukkan ianya salah satu elemen penting dalam mutabaah saya.inshaAllah

Terima Kasih buat kawan-kawan bloggers saya semuanya.Moga usaha kecil kita ini Allah pandangnya dan Allah redha.Ya,mudah-mudahan inshaAllah!

(Ya Allah,bantu kami memahami ad-DeenMu dengan fahaman yang jelas dan benar)

coloursoflife
3.35pm
skudai,jb

Tuesday, March 29, 2011

hargai ia

Selesai membaca email daripada sahabat saya juga sempat membaca update terbaru daripadanya.Saya masih ingat kejadianyang Allah takdirkan untuknya.Kami daripada Johor berpakat dengan sahabat-sahabat daripada Kuantan untuk sama-sama pergi ke satu program Wacana tentang revolusi di Timur Tengah.

Selepas saya menunaikan fardhu Magrib saya tertanya-tanya rombongan daripada Kuantan,sudah sampai mana kah mereka.Saya tergerak untuk menelefon mereka.dua orang saya telefon tapi tak dijawab.akhirnya saya cuba lagi telefon sahabat yang lain

Assalamu'alaikum n***** kat mana dah?
Wa'alaikumussalam n***** kat hospital ni.dia accident dengan kawan-kawan yg lain.(suara lelaki menjawab)

Ya saya tergamam!peristiwa malam tu saya akhirkan di sini.dan demi membaca update terbaru di blognya,atas nasihat doktor sahabat saya perlu menangguhkan satu semester.Allah.bertuah sungguh beliau.Allah pilih beliau untuk ujian ni.bukan mudah sebenarnya untuk menangguhkan satu semester bererti sahabat saya akan tamat pengajiannya setahun kemudian daripada tarikh yg sepatutnya.

Saya malu pada beliau.biarpun begitu beliau tetap cergas,kuat & semangat meneruskan rutin harian.Yalah walaupun menangis itu lumrahnya.siapa tak menangis bukan bila menerima sesuatu kecelakaan.Maulana Habibuna ar-Rasul saw juga sedih dengan pemergian putera-putera baginda.Allah.

HasbunalLahwani'malWakeelni'malMaulanwani'manNaseer...

Saya malu,saya yg sihat dan masih sempurna nikmat anggota badan & pancaindera sepatutnya mengambil pengajaran daripada beliau.Saya harus berusaha semaksimum mungkin untuk baki 2 tahun setengah lagi saya di sana.InshaAllah.

Saudari yg dirahmati Allah

sama-samalah kita hargailah nikmat mata yang Allah kurniakan pada kita untuk kita tatap ciptaan Allah yang Maha Sempurna,untuk kita gunakan untuk tadabbur kalam-kalam suci daripadaNya

sama-samalah kita hargai masa kita untuk kita gunakan sebaik-baiknya
Moga Allah sentiasa bersama kita

Monday, March 28, 2011

wangi serai


Wangi kan serai?

Biasa kalau ibu-ibu,kakak-kakak masak,mesti letak serai kat dalam masakan.sebab baunya wangi.naik aroma kat dapur tu.biasanya orang masukkan serai ni bila masak

tom yam

lemak cili api

singgang ikan

ayam merah

rendang ayam

dan macam-macam lagi.Macam tu juga dengan hidup ni kan.kita nak yang baik menang ke atas yang jahat.yang Haq mengatasi yang Bathil.tapi tentu ada caranya kan bila kita nak semua tu?


^____^

Sunday, March 27, 2011

Untuk Kesekian Kalinya



Bismillah

Alhamdulillah,saya terasa semangat baru mengalir dalam tubuh saya demi mendengar kejayaan adik-adik junior sekolah saya dalam Sijil Pelajaran Tinggi (SPM).Ya sesungguhnya mereka benar-benar hebat!Mudah-mudahan Allah membukakan pintu-pintu rezeki yang kita sendiri terkadang tidak menyedarinya.Mudah-mudahan semangat yang saya dapat rasai daripada mereka untuk lebih tekun menghabiskan Ijazah Sarjana Muda tidaklah hangat-hangat tahi ayam.Saya perlu segera menanamkan dalam diri,tujuan berkelana mencari ilmu. ^___^

Untuk kesekian kalinya saya menukar link blog dan dengan hati yang pasti saya mulakan basmalah untuk membuang akaun Facebook saya.Kepada sahabat-sahabat yang berjaya menemukan blog ini nanti Ahlan Wasahlan.Sekiranya mahu berhubungan langsung dengan saya boleh lah bertanya di Formspring.Moga perubahan yang saya tekadkan ini membawa impak dan kesan dalam diri saya.InshaAllah

Wednesday, March 9, 2011

pilih lah & tawakkal lah

sempat bersembang-sembang dengan seorang adik...

1.pilihlah yang terbaik,jangan tak pilih langsung
(istikharah&perbincangan)

2.bila dah pilih,sedia buka hati kita sebesar-besarnya untuk terima segala kelemahan yang kita nampak

3.bila dah nampak kelemahan tanamkan azam untuk buat sesuatu yang lebih baik,kita lah yang akan mencantikkannya dengan ilham daripada Allah

4.tawakkal 'alalLah