Wednesday, March 30, 2011

muhasabah penulisan



Subhaanallah!cantik sungguh cuaca hari ni.Cahaya matahari tak berapa terik pancarannya,jadi bahangnya kurang terasa.Hall rumah ni terasa damai dan sejuk sekali atau barangkali perasaan saya saja.al-maklum tinggal beberapa jam sahaja sebelum kembali ke Ardhu al-Banna.

moga-moga saya berusaha untuk menulis dari masa ke masa pabila saya berada di sana. Kesibukan belajar tak sepatutnya menjadi alasan saya yang mengaku untuk menjadi seorang da'ei.InshaAllah dengan optimis dan tawakkal pada Allah,pasti akan ada jalannya.

Beberapa fenomena yg cuba saya perhatikan dan simpulkan sejak saya menjinakkan diri dengan dunia blogger ni.

Sekadar analisa ringkas berdasarkan penulisan saya

1.Saya bermula dengan menulis secara santai di blog saya bernama 'musafirperjalanan' dan pada masa tu saya tidak meletakkan apa-apa objektif pun.untuk apa saya menulis,apa yang mahu saya tuliskan,ke mana mahu saya bawa minda pembaca,siapa sasaran saya.mungkin kerana pemikiran saya masih mentah untuk memikirkan itu semua

2.Saya mula mendapat cara fikir yang lebih kemas menerusi siri-siri perjumpaan berkala dan akhirnya saya mula mencorakkan sedikit penulisan saya dengan pelbagai genre.tapi,itulah saya masih ragu-ragu untuk meletakkan objektif dan sasaran pembaca

3.Saya buat link blog yang baru sebab dapat satu semangat lain.tapi akhirnya tak konsisten juga.haish

4.Mudah-mudahan lepas ni saya berusaha untuk konsisten di laman baru ni.saya letakkan namanya mulawwanah kerana ianya simbolik tentang kehidupan yang saya fahami.Dalam dunia ni,pelbagai ragam manusia kita jumpa kan,pelbagai ciptaan Allah yang kita nampakkan.dan sengaja saya tak mendedahkan identiti diri saya.untuk memberikan kekuatan pada penulisan saya.

Ya menulis juga perlukan konsisten dan perangkaan yang serius untuknya.Menulis juga memerlukan sinergi dan momentum yang tinggi supaya idea menulis kita tak berhenti sekerat jalan.

Solusi ringkas untuk saya

1. Set kan niat untuk menulis.Objektif yang jelas dan lebih fokus perlu saya perhatikan dari masa ke masa.Selalu perbaharui niat setiap kali menulis

2.Menulis dengan ikhlas untuk memperbaiki diri sendiri dulu kemudian untuk tatapan perkongsian.

3.Menulis untuk memahami setiap pelajaran yang saya peroleh dan lebih menghargai sekolah kehidupan yang sedang saya lalui.Yea,waktu itu kehidupan sister!

4.Lebih banyakkan masa untuk membaca,supaya lebih banyak dapatkan solusi-solusi yang belum diterokai

Apa yg saya dapat daripada rakan bloggers yg lain

1.Memperbaiki tulisan saya untuk sesuatu yg boleh dimanfaat semua orang

2.Mempamerkan sedikit penghargaan pada insan-insan tersayang dalam laman saya

3.Berkongsi idea untuk sesuatu masalah.Terlalu banyak aspek yang perlu diperhatikan. Antaranya,bagaimana mahu meningkatkan kemajuan ekonomi muslimin (ni melalui siri kuliah saya di Azhar dan perbincangan dengan yang lain),bagaimana mahu dijelaskan konsep perbankan islam,apa solusi yg telah Allah gariskan untuk masalah sosial yg melanda,isu media yang sentiasa berat sebelah,filem islamik yang masih boleh diperbaiki jalan ceritanya dan macam-macam lagi

4.Sentiasa luangkan masa untuk sentiasa update laman saya,dan masukkan ianya salah satu elemen penting dalam mutabaah saya.inshaAllah

Terima Kasih buat kawan-kawan bloggers saya semuanya.Moga usaha kecil kita ini Allah pandangnya dan Allah redha.Ya,mudah-mudahan inshaAllah!

(Ya Allah,bantu kami memahami ad-DeenMu dengan fahaman yang jelas dan benar)

coloursoflife
3.35pm
skudai,jb

6 comments:

~amatullah~ said...

saya pun. selalu.
bila dah tulis2. tak jadi post. sbb rasa tak senang.
tulis2. post. tp mcm nak remove.
kadang2 asyik risau.

orang faham tak aku tulis apa?
apa pendangan orang tentang aku?

semua jadi risau.

saya tanamkan dalam diri. tulisan ini adalah peringatan untuk saya. dan saya kongsikan untuk semua. yang penting untuk ketuk kepala sendiri dulu :)

najah untuk anti. sahabat mulawwanah.

apa warna anda hari ni?

Nadhirah Razak said...

betul.takut bahasa dan pemahaman yang kita nak sampaikan tak difahami semua orang.

bila saya teringat pesan Rasulullah saw yang mafhumnya:
"bercakaplah dengan manusia mengikut kadar pemahaman dan keupayaan aqal mereka"

buatkan dua tiga kali nak cari bahasa.takpe2 sama-sama kita cuba.

saya tak nak lagi dapat nama skeeema,prejudis,dll atas kelemahan saya menyampaikan idea saya ^___^

najah untuk kamu juga amatullah!

warna ceria saya hari ni hijau.ok tak?haha

~amatullah~ said...

dah balik ke kat jb lagi eh?

Nadhirah Razak said...

kat jb lagi.nak ziarah masih boleh kalau amat ada kat jb lah.haha.esok petang dah gerak ke KL inshaAllah.nak kene check in 12 malam esok...

sama-sama bekerja amatullah tak kira di mana kita berada.doakan saya yea ^___^

@tiF said...

neno3... errrr

Nadhirah Razak said...

selamat datang & selamat berkongsi idea @tif