Sunday, March 3, 2013

Tapisan Allah

"Argh..." keluh Hanif

Malam itu Hanif sangat sukar melelapkan matanya Jam di atas meja belajarnya menunjukkan pukul 1.46pagi. Fikirannya masih menerawang jauh tentang masa depan dakwah ini. Masih terngiang-ngiang soalan yang Syuraih tujukan kepada Ustaz Muthanna sebentar tadi

"Ustaz, ibu dan ayah saya satu ketika dahulu pernah mengikuti jalan dakwah&tarbiyyah.tapi sekarang ni mereka dah tak turut bersama.tapi, alhamdulillah kami adik beradik diberi kefahaman yang sama seperti mana yang saya dapat sekarang ni.mereka didik kami seperti mana fahamnya mereka tentang gagasan AsSyahid AlBanna.Adakah mereka ini dikira sudah ditapis oleh Allah untuk tidak berada di atas jalan dakwah ini?"

zaaassss!

Seakan terberhenti seketika denyutan jantung Hanif.Soalan daripada Syuraih itu benar-benar buatkan kepalanya terhantuk ke dinding dan hatinya bagai disiat-siat.Hanif sangat teruja menantikan jawapan Ustaz Muthanna, naqib yang mereka sangat kagumi.Sudah lanjut usianya tapi semangatnya mengalahkan orang muda. Kedutan-kedutan di keliling mata tampak jelas tapi wajahnya bersih dan mendamaikan ketika ditatap. Ustaz Muthanna tersenyum lebar dan tak cepat melatah menjawab soalan. Dengan nada lembut, beliau bertutur

"Anakandaku Syuraih, sangat bagus soalan kamu tu. Buatkan ustaz teringat kisah-kisah muda ustaz dulu. Ustaz juga pernah mengalami fatrah itu.Fatrah di mana ustaz terleka seketika dengan kerjaya yang sangat banyak. Akhirnya jadilah ustaz insan yang terlalu mementingkan kerjaya dibandingkan kerja-kerja dakwah.sehinggalah Allah mentaqdirkan untuk ustaz kembali bersama pak cik-pak cik"

Ustaz Muthanna berhenti seketika sambil melihat kesemua wajah anak-anak muda di hadapannya

"Tapi Syuraih dan anak-anak sekalian. Kita tak punya kuasa menghukum manusia. Percayalah, ibu dan ayah Syuraih sedang berada dalam satu fatrah penyesuaian. Mereka tak pernah sekali berniat untuk meninggalkan jalan dan kerja yang mulia ni.Kenapa ustaz cakap begitu? Kerana Syuraih sudah pun mendapat sentuhan yang sangat baik daripada mereka. Mereka memastikan anak-anak mereka mendapat celupan islam yang betul.Jadi peranan Syuraih sekarang, banyakkan menyebut nama mereka dalam solat dan doa Syuraih agar Allah buka kan kembali hati-hati mereka untuk bersama-sama kembali membuat kerja-kerja yang mulia ni. Doakan juga mereka agar diberi kekuatan beramal sehingga Allah menjemput mereka" 

"Siapa lah kita untuk menghukum amal manusia lain. Yang benar-benar dalam tapisan Allah tu haa di akhirat nanti.Syurga atau Neraka.Dan Syuraih teruskanlah bekerja, siapa tahu Syuraih boleh menjadi qudwah kepada mereka dan mengembalikan semangat mereka untuk kembali bersama bekerja" Ustaz Muthanna menghabiskan kalimahnya sekaligus membuatkan bilik kecil itu sunyi.

deringan lagu Jejak yang Hanif pilih untuk alarm ringtone bangun tahajjud kedengaran. lama rupanya sudah Hanif termenung. Hanif bingkas bangun menuju ke bilik air, membersihkan dirinya.

1 comment:

Anonymous said...

hurm,serasa macam ana si hanif tu,

aicehhh