Monday, August 1, 2011

mesej untuk kakak

Handphone kakak berdering menandakan ada mesej baru daripada seseorang.Kakak bergegas mengambil handphone nya yang dicampakkan ke atas katil sejurus balik dari kelas tutorial lepas maghrib tadi.

‘oh,ayah rupanya.ingatkan siapa mesej kakak malam-malam pekat ni.alamak,ni mesti kes kakak dah lama tak telefon ayah tanya khabar.’

Mesej berbunyi :
'Salam kakak,sihat ke?duit cukup?belajar ok?qiam tak malam tadi?'

Kakak membalas mesej ayah :
‘Alhamdulillah sihat.duit ada lagi.cukup inshaAllah,ayah tak yah lah risau.Belajar pun dah semakin faham.baru nak tidur ni,inshaAllah kalau terjaga qiam lah ^__^'

Sejurus mengucapkan selamat malam,kakak teringat satu ketika dahulu,pernah kakak tanya pada ayah,bila kakak tengok patern anak-anak muda sekarang pelik-pelik,terutama kalau latar belakang keluarga yang faham basis agama.

‘Ayah,kakak sedih lah tengok patern anak-anak muda sekarang ni.tapi lagi sedih bila tengok yang datang daripada background family bagus-bagus.’

‘Kakak,tu semua ujian Allah untuk masing-masing.Ada orang Allah nak uji pada anak-anaknya,ada orang Allah nak uji kerjanya yang menimbun,kerjanya selalu dimarahi majikan,kerjanya tak pernah naik pangkat,ada orang Allah nak uji kaya miskin,ada orang Allah nak uji kesihatannya.Tu semua Allah punya kuasa kakak.Macam mana kakak ni,belajar jauh-jauh kat negeri orang Arab,tapi macam tak boleh sabar je ni.'

‘bukanlah,cuma kakak sedih bila orang-orang sekeliling menuding jari selalu kat mak ayah yang ada basis islam,tapi anak-anak tak menjadi.ayah pun tak terlepas kan.’

‘kakak,tu namanya sunnatullah bekerja.tu sebabnya Allah cakap dalam al-Quran peranan dan fungsi sesama kita untuk saling tegur menegur,saling menyokong untuk berbuat baik,selalu mengingatkan bahaya buat perkara yang Allah larang.sebab tu juga Rasulullah saw pesan supaya berbaik-baik dengan jiran.sebab kita kene saling mengingatkan.’

‘sebab tu ayah selalu tanya kakak,dah habis khatam al-Quran sebulan sekali,dah qiam,puasa tak isnin khamis,sebabnya ayah tahu tahap kakak mampu buat semua tu.Kalau ayah tanya kat adik Man,ayah tahu tahap dia macam mana.jadi lain lah yang ayah tanya kat adik Man.’

‘sebab tu ayah pesan,kakak muda lagi,selagi ada peluang belajar,mahirkan bahasa arab betul-betul,fahamkan bahasa arab supaya kakak rasa nak faham islam betul-betul.supaya kakak lepas tu boleh sebar kan fahaman islam yang syumul tu kat ramai orang.kakak muda lagi,boleh baca banyak kitab-kitab arab lagi,komitmen tak banyak lagi,perjalanan jauh lagi,jangan sia-sia kan masa kakak.’

‘kalau pasal anak-anak muda sekarang ni,kita usahakan yang terbaik untuk membimbing mereka,memahamkan mereka.selebihnya kita kene kuat do’a.selebihnya kita serah kat Allah.kan Allah cakap anak-anak,harta,isteri,perhiasan dunia satu ujian untuk manusia.kat situ hikmahnya Allah nak suruh kita kumpul pahala banyak-banyak.'

kakak perasan ada nada memujuk di situ...

p/s : Ramadhan Kareem!

No comments: