Friday, April 22, 2011

sumber kekuatan

Lama rasanya tak ke masjid untuk Solat Jumaat.Kalau dulu sangat teruja untuk ke Masjid tiap kali Solat Jumaat,mungkin juga kerana budaya wanita Arab Mesir yang sememangnya menghidupkan suasana Solat Jumaat.Saya tak tahu kenapa,tapi hari ni terasa sangat mahu berada di Masjid,mengambil sedikit pengajaran untuk melembutkan hati dan mengembalikan ruh jiddiyyah yang semakin pudar.

Memang takkan lari daripada hakikat bahawasanya iman manusia biasa bertambah dan berkurang.Tapi,Maha Penyayangnya Allah tak dibiarkan kita mengharungi hidup ni selamanya muram,sedih,lemah...Kenapa?Kerana Dia bekalkan kita Al-Quran sebagai pandu arah ketika kita rasa tersalah mengambil sesuatu jalan keputusan, Al-Quran membuatkan kita tersenyum puas dengan penjelasan matlamat dan tujuan hidup kita di dunia ini.Al-Quran menerangkan hakikat bahawasanya kehidupan kita ni memang tak kan lari dari LETIH,PENAT...tapi semuanya akan diganjari Allah kelak.Allah!

Al-Quran banyak merangsang kita yang lemah dan penat ni dengan gambaran-gambaran indah tentang nikmat syurga.SubhanalLah.Nikmat yang satu yang tak pernah didengar oleh telinga,tak terlihat oleh mata,bahkan tak terlintas pun dalam hati kita tentang hakikat keindahannya!Allah.Allah.Allah

Alkisah hari ni hati saya tergerak untuk ke Masjid Raba'ah Adawiyyah,yang jaraknya memakan masa 20 minit sekiranya berjalan kaki daripada rumah saya.Sampai saja di ruang solat wanita saya ternampak dua barisan wanita Arab berpakaian hitam duduk di atas kerusi.Salah seorang daripadanya mak cik tua kelihatan menangis dengan esak perlahan. Pasti ada seseorang yang meninggal.Ya,tekaan saya tepat.Sejurus selesai Solat Jumaat, Imam menyeru jemaah solat untuk tunggu sebentar menunaikan Solat Jenazah.

Alhamdulillah,saya kira itu muhasabah yang Allah ingin berikan pada saya.Untuk kembali merenungi 22 tahun lampau apa yang telah saya lakukan untuk islah diri,apa yang telah saya infaq kan pada jalan dakwah yang saya harapkan untuk saya terus berada di situ.Akhirnya saya tenang di Masjid.Rumah Allah.sumber inspirasi,sumber kekuatan di kala terasa letih dan payah dengan urusan dunia yang tak sudah-sudah.

Teruslah beramal hatta sekecil zarrah,kerana kelak Allah akan menilainya,kelak dalam buku amalan kita Allah akan huraikan dengan terperinci setiap apa yang kita lakukan.Teruslah beramal selagi mana pintu taubat masih terbuka.

No comments: