Wednesday, November 28, 2012

Diari : Untuk Menjadi Seseorang

Sebelum saya mulakan,saya teringat status facebook Al-Fadhil Al-Ustaz Hasrizal.Ketika kita berkongsi pengalaman sama ada kita rasa kita lah yang paling betul atau kita mahu orang ambil manfaat daripadanya.Semoga Allah menjadikan bait-bait kalimah di sini sebagai pengajaran untuk saya dan kalian yang membaca.

Semenjak dulu lagi,dari sekolah rendah,saya bukanlah termasuk dalam kategori yang cemerlang akademiknya begitu juga ketika peperiksaan SPM.Tak pernah saya naik pentas di akhir tahun disebabkan keputusan akademik yang cemerlang.bahkan dalam jangkaan senarai calon peperiksaan besar,urutan nama saya bukanlah top 10.tak tahu kenapa masa tu tak semangat langsung nak dapat rekod yang best2. Ketika menghadapi peperiksaan besar di peringkat sekolah rendah,masih ingat lagi,ayah saya akan pantau saya.saya jadi orang paling takut bila ayah panggil saya untuk belajar Matematik.kalau tak dapat jawab kena marah.setiap kali dipanggil saya akan menangis dulu.kalau tak dapat jawab soalan masa ditanya,menangis lah depan ayah saya.nak buat macam mana. Tapi Alhamdulillah,seiring pertambahan usia,pemahaman juga bertambah.

Ketika saya mengambil peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) seolah-olah ada booster yang buatkan saya nak juga dapat rekod yang cemerlang.dan ketika itu mindset saya kecemerlangan dalam akademik juga salah satu sumbangan untuk islam dan ummah. Macam2 saya buat masa tu termasuklah bangun di tengah malam,dan buku study saya,saya letak kan sekali di hujung kepala sejadah sementara saya tahajjud.sebab saya pernah dengar salah seorang tokoh antara Muhammmad Al-Fateh atau Solahuddin al-Ayyubi ketika hendak membuka kawasan jajahan,peta kawasan jajahan tu akan diletakkan sekali bersamanya ketika mereka solat di sepertiga malam.supaya hajat yang dipohon dalam tahajjud lebih khusus pada Allah.apa yang dimahukan.

Untuk menjadi seseorang tak cukup dengan belaian manja dan kata-kata semangat 24jam.Tak cukup dengan kita mengharap orang akan memahami keadaan kita selalu.Takkan pernah cukup.kerana kehendak itu perlu dari dalaman kita.dan Allah takkan mengubah keadaan seseorang sehinggalah dia sendiri punya kehendak untuk berubah. Alhamdulillah saya banyak belajar tentang itu.tentang apa?untuk menjadi seseorang. Dalam perjalanan untuk menjadi seseorang itu, banyak sekali rasa terluka,rasa kecewa,rasa malu.Tapi saya yakin itu semua kerana mahu menjadikan saya seseorang.

Saya pasti kalian yang satu generasi saya,semenjak sekolah rendah dah kenal erti pembaris besi di telapak tangan,dah kenal berdiri atas kerusi dah kenal cubitan cekgu.tak berhenti di situ.sampailah ke universiti kita belajar untuk menjadi seseorang tu tak mudah.

Ketika di tahun pertama universiti,saya terkesan dengan cara seorang pensyarah lelaki yang mengajar kami subjek Feqah.Bunyi tapak kasutnya saja cukup buat kami takut. suaranya kuat dan bertenaga seperti bunyi petir,boleh dengar sampai kelas sebelah.sudah berumur.kepala separuh botak.tapi jalan masih kuat.mashaAllah.bila tengok wajahnya perasaan jihad dalam jiwa membara.cara mengajarnya juga pelbagai.ada masa kami akan diminta menulis jawapan mengikut pemahaman kami.memang masa tu tunggang terbalik laah ayat Arab kami.Kalau salah memang kena la ayat yang tak best didengar.(tapi tak lah sampai merapu dan mencarut!)tapi bila jawapan kita best mesti pensyarah akan cakap Bravo (baca:caya laa).pastu minta student2 yang lain tengok jawapan kita.Alhamdulillah saya sempat juga rasa dimarah dan dipuji oleh pensyarah ni.tak tahu kenapa.memang perwatakannya tampak garang,tapi bila buat kelakar pecah perut kami ketawa.tapi saya cabar juga diri saya untuk tak takut.biarlah salah jawapan.yang penting kita tahu apa yang betul.Alhamdulillah apa yang diajar jadi mudah.

Ketika di akhir-akhir tahun pengajian,saya masih lagi belajar dan mahu mengambil manfaat daripada mereka.Ketika di tahun ketiga universiti,saya ingat lagi ketika dipanggil ke depan kelas untuk menjawab beberapa soalan seorang pensyarah perempuan yang mengajar kami Feqh Lughah dan ditakdirkan ketika itu soalan yang ditanya pada saya sedikit susah pada tanggapan saya!(padahal saya tak buat revision pun sebenarnya.sebenarnya tak kisahlah kan soalan tu macam mana.yang penting kalau kita faham konsepnya semua soalan kita boleh jawab :D)nak dipendekkan cerita saya tak dapat jawab soalan pensyarah tu.Akhirnya saya diminta untuk mengulang dan menulis kembali konsep asal di papan putih.Alhamdulillah saya dapat jawab konsep asal yang menjadi asas untuk menjawab soalan tersebut.Dan muka pensyarah kesayangan saya tak dapat nak digambarkan kesedihannya.Beliau menegur sikap malas&cuai saya.Dan keluarlah perkataan daripada beliau menyatakan kesedihannya pada saya yang tak buat revision.mashaAllah.betapa malu dan sedihnya saya waktu tu.Saya kira kalau lah saya tak diterapkan nilai-nilai islami melalui sistem tarbiyyah tentu lah saya akan memberontak dan kembali menyalahkan pensyarah tadi.Tapi Alhamdulillah saya dapat rasional pada waktu tu dan kembali muhasabah diri saya.ketika itu saya belajar jangan menyalahkan orang lain disebabkan kecuaian kita.masa kena marah mula lah gelabah pastu rasa bestnya kalau ada cekgu yang faham juga kerja-kerja dakwah&tarbiyyah ni.bila keputusan peperiksaan tak ok mula lah,malas lah aku nak buat kerja-kerja dakwah,tarbiyyah ni.sedangkan kesalahan tu dari kecuaian kita.

Di Al-Azhar saya menyerap semua perasaan.Sedih,gembira,rajin,malas,semangat,lemah dan lain-lain.Tapi adab dengan guru perlu dijaga.Saya masih ingat bagaimana Imam as-Syafie ketika menyelak helaian buku tak nak bagi sampai tok guru mendengar.betapa halusnya akhlak mereka.

Nak jadi seseorang memang kene ada himmah ‘aliyyah.semangat dan kefahaman yang tinggi.Jangan pernah ada takut untuk buat salah.salah seorang pensyarah kami pernah tegur “Apa yang kamu nak takut salah.Dalam kelas ni memang kamu akan salah punya lah.tak payah nak berlagak sangat.biar lah kamu salah dalam kelas ada orang boleh tengokkan salah dan betulkan.tapi esok-esok bila kau bercakap kat minbar atau kelas pengajian umum dan engkau salah siapa yang nak betulkan.biar salah sekarang daripada salah kemudian hari".

Untuk menjadi seseorang biarlah selalu salah atau jatuh tersembam berjuta kali atau infinity times yang penting kita tak cepat rasa lemah dan ada semangat untuk jadi lebih baik dan perbaiki sikap kita.our attitude.Ini adalah sedikit cebisan yang saya dapat selama berada di bumi albanna,bumi anbiya',bumi ulama' :

1.jangan segan bertanya kalau tak faham walaupun satu perkataan.boleh jadi ada saja orang yang dapat ambil manfaat daripada soalan kita tu tadi.kalau malu bertanya secara lisan,gunakan uslub lain tulis kat kertas ke tak pun jumpa doktor secara privasi

2.jangan segan untuk duduk di bahagian depan sekali dalam kelas

3.positif.kalau rasa subjek tu susah,sebelum pensyarah mula kan kelas doa banyak-banyak moga Allah mudahkan kita untuk faham

4.bila belajar rasakan mood pensyarah yang nak mengajar.mereka sangat bersungguh nak fahamkan kita.perhatikan cara mereka mengajar.turun naik nada suara.lawak jenaka yang mereka buat.senyuman ikhlas mereka.keihlasan mereka.perhatikan semua.


yang kurang dan lemah dari saya.yang baik dan lebih itu dari Allah.ambil yang jernih dan bermanfaat buang yang keruh dan memberi mudharat kepada dunia dan akhirat anda.Selamat Beramal!

No comments: