Tuesday, February 7, 2012

kisah mutarabbi & murabbi





Kisah Satu :

Cuaca pada hari itu redup,kabus-kabus tebal jelas tampak di balik bangunan-bangunan lama.Matahari tersipu-sipu malu untuk menyerlahkan wajahnya tak pula keadaannya angin yang tanpa segan silu beralun dengan ganasnya.Di satu sudut kelihatan pertemuan antara seorang anak muda dan seorang dewasa yang jelas kematangannya dari raut wajahnya.

Duduklah si mutarabbi berhadapan dengan si murabbi dengan pancaran mata yang redup dan penuh tanda tanya,mengadu perihal amal fardinya yang kelihatan sedikit cacat.Lalu diceritakan pada murabbinya

“wahai murabbi ku yang Allah pelihara,sesungguhnya aku ada sedikit persoalan yang mengaibkan,tapi aku harus juga bertanya pada mu"


“subhanallah,benarlah telahan ku padamu hai anak muda.pancaran matamu menceritakan segala kegelisahanmu.kiranya tidak engkau keberatan bicara lah engkau dengan tenang hai anak ku sayang.kiranya Allah mahu mengilhamkan bantuanNya melalui ku inshaAllah aku akan bantu”


“begini murabbi ku,ada kalanya ketika amal da’wi ku di luar,menuntut masa ku melebihi kemampuan ku,kadang-kadang sehingga lewat malam baru ku pulang,kadang-kadang hujung minggu ku menuntut aku musafir 3 jam perjalanan…yang aku risaukan di sini murabbi ku perihal subuh ku…kadang-kadang aku terlewat subuh,matahari sudah terpacak terang…bukan setakat di situ sahaja rasa bersalah ku pada Tuhan ku,kudapati sepanjang hari yang ku lalui serba tak kena,sepanjang minggu ku bersama mutarabbiku juga tak punya roh,kering…apa yang keluar di mulutku sekadar butir bicara yang kosong!bagaimana aku mahu lakukan"


si murabbi mendengar penuh prihatin,membiarkan hon kereta di luar bersahut-sahutan, mengambil sedikit nafas sebelum memulakan bicaranya.


“puteri mutarabbi ku sayang,semoga Allah mengampuni dosa-dosa mu juga dosa-dosa ku.satu hal yang perlu kita renungkan,manusia itu tak kan terlepas daripada melakukan kesalahan,tapi itu tak menjadikan tiket percuma untuk kita berbuat jahat.dan kesalahan itu juga tak sepattnya menjadikan kita rasa putus harap daripada Allah...


jangan sedih anak ku...sememangnya itu lah ujian Allah untuk melihat kesungguhan dan keikhlasan kita dalam mengejar cintaNya...

begini,sebelum engkau tidur berdo’alah pada Allah dengan sungguh-sungguh untuk bangun Subuh esoknya…mengadulah engkau padaNya akan lemahnya kudratmu untuk bangun subuh,dan mohonlah kekuatan padaNya untuk engkau bangkit menunaikan kewajipan itu...

mengadulah padaNya,Ya Allah,sesungguhnya malam ku tak di sia-siakan dengan perkara mungkar,malam ku tak dibazirkan di panggung-panggung wayang,tak dihabiskan bergayut di telefon bersama lelaki,tak dihabiskan dengan bergosip,tak dihabiskan dengan menonton TV,saksikanlah, malam ku ini ku usahakan untuk di penuhkan dengan kerja-kerja agama Mu,ku habiskan malam ku dengan berjumpa ukhti-ukhti ku,ku habis kan dengan kelas pengajian agama ku,aku habiskan dengan ziarah ukhti ku yang sakit,dengan kasih sayangmu berilah aku kekuatan untuk bangun Subuh esok agar rahmat Mu sentiasa meliputiku…iAllah tidur 3 jam akan jadi lebih segar berbanding tidur 6 jam…inshaAllah!


**************


Kisah Dua :

Si mutarabbi bergegas menaiki tingkat ketiga untuk menghadiri perbincangan bersama ukhti-ukhtinya yang lain…dengan keadaannya yang tak berapa sihat dan baru pulang dari musafir yang jauh malam harinya tetap menggagahkan diri berjumpa murabbi…masuk sahaja si mutarabbi kedengaran suara rancak berbincang,lalu si mutarabbi bergegas menuju ke arah seorang ukhti lalu dia ditanya

“bagaimana persiapan daripada pihakmu” suara si ukhti seakan-akan menekan.si mutarabbi kepeningan memikirkan perkara yang baru saja diketahui

“aku tak tahu apa sebenarnya yang sedang kamu bicarakan”

“kenapa ni,kamu selalu cakap tak tahu saja…”suara si ukhti lain menyampuk dan kedengaran menekan lagi

Di satu sudut si murabbi hanya merenung setiap yang berlaku.Sehingga datanglah murabbi duduk berhampiran mutarabbi-mutarabbinya untuk meredakan keadaan…

“anak ku sayang,masih ingat apa yang kita bincangkan minggu lepas”


“sungguh murabbi,aku tak tahu apa yang sedang dibincangkan.dan aku datang sini bersama seorang ukhti ku untuk bertanya lanjut…”


si mutarabbi tak mampu menghabiskan kata-katanya.kedengaran esakan kecil daripada si mutarabbi…lama-kelamaan murabbi menyedarinya,murabbi mengisyaratkan pada ukhti-ukhti yang lain agar menjauhi si mutarabbi, lalu dengan lunak suaranya bertanya pada si mutarabbi


“wahai puteri ku,kamu sihat?kamu sedang marah dengan aku?”


si mutarabbi tak mampu berbicara.esakan semakin kuat beserta sedu-sedan…lalu tangan si mutarabbi ditarik dibawa masuk ke dalam bilik kosong…hanya mereka berdua…sambil itu murabbi memujuk si mutarabbi


“wahai puteri,ini lah dakwah dan tarbiyyah.menuntut masa,tenaga,duit dan perasaan untuk kita kerahkan dan korbankan.dakwah dan tarbiyyah tak diukur pada berapa banyak koleksi buku yang kita ada,tak di ukur pada banyaknya kita membaca buku-buku tapi ianya amal,amal dan terus beramal.tak ada istilah berhenti.tentu engkau ingat ayat Allah dalam surah al-insheerah Fa Izaa faraghta Fansob (ketika engkau sudah habis berbuat sesuatu amal,teruslah beramal untuk amal yg seterusnya)…tuntutan hari ini menuntut engkau untuk terus kuat dan kuat…
Al-Quwwah minal iman (kekuatan tu datangnya daripada iman)


wahai puteri ku sayang,aku bukannya mahu menekan engkau bukan mahu melambakkan kerja yang tak sudah2 di bahumu,cukuplah engkau tahu aku mahu setiap kelebihan yang ada pada diri mu dan ukhti-ukhti mu dikongsi dengan ukhti-ukhti yang lain.


tentu engkau perasan,semua negara di setiap penjuru alam sekarang ni sedang bangkit,islam sudah nampak cahayanya,tak kan engkau mahu berdiam diri.kami perlukan bantuan dan buah fikiran daripadmu duhai anak.pada tahap ini kehidupan kita bukan kehidupan orang biasa-biasa tapi kita hidup dengan kehidupan ‘askaree (tentera),tapi bukan dengan kekerasan…kehidupan ‘askaree yang penuh dengan disiplin,rahmah & mawaddah (kasih sayang),himmah ‘aaliyyah (kesungguhan yang tinggi)…belajar lah itu duhai puteri


wahai puteri ku sayang,aku mahu didik engkau cukup dengan sekali bahasa isyarat engkau dapat memahaminya dan melaksanakannya kerana kita tak punya banyak masa.ingatlah rehat kita di Firdaus al-a’alaa dan jerit payah kita moga Allah melihatnya dan mengganjarinya"


Kemudian esakan si mutarabbi semakin perlahan.tisu dihulur murabbi kepadanya,setelah itu senyuman mutarabbi dilemparkan kepada murabbi dan kemudian mereka beriringan keluar dari bilik kosong itu

Wednesday, February 1, 2012

Diari : Aim High Till Jannah



Bismillah MashaAllah

Alhamdulillah,Alhamdulillah Allah masih memilih saya untuk bersama-sama akhawat dalam Winter Gathering 2012 (WinG ’12).Sememangnya terasa 4 hari yang berlalu sangat sekejap,Allah!Aim High Till Jannah.begitulah temanya. Susunan program saling berkait antara satu sama lain dan sememangnya mengarahkan jiwa kepada mengingati Allah dan lebih serius untuk mengejar Jannah tertinggi darjatnya Firdaus al-‘Aala…-Ya Allah golongkan kami dalam golongan itu-

Sesi pertama bersama Ust Abdul Azim,yang bersama2 rombongan Dr Hafidzi ke Palestin.Beliau menceritakan perkembangan projek2 yg sudah dibangunkan di Palestin.Antara projek yang dibangunkan untuk rakyat Palestin ; kilang roti,roti tu mereka namakan Khubz Maliziyya (roti Malaysia),projek ikan,projek ternak kambing & lembu yang dengannya boleh diperoleh susu,seterusnya keju diproses.Itulah bumi yang Allah berkahi,Palestin juga negara kita.Antara banyak2 cerita yang beliau ceritakan saya terkesan dengan kata-kata beliau yg tak de kaitan langsung dengan Palestin…

Ketika beliau menyentuh ayat “Yaayyuhallazeena aamanuu Quu Anfusakum Wa Ahleekum Naara,Waquuduhannasu wal hijaarah” [at-tahreem :6] (wahai orang-orang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yg bahan bakarnya manusia dan batu).Beliau mengajak kita semua memikirkan tahap lebur batu.Beliau menjelaskan tahap lebur batu lebih tinggi daripada besi,sebab bekas yang digunakan utk meleburkan besi itu sendiri ialah batu…Allah!jadi takat lebur kita seolah-olah tahap lebur batu…

seronok dan terkesan sebab kita boleh interaksi dengan al-Quran seperti ini…dapat faham dan hayati dan serap rasa khauf,raja’ pada Allah…dulu masa belajar Biologi,Fizik,Kimia tak pernah terfikir nak kaitkan ayat-ayat Allah dengan ilmu-ilmu ni.tapi bila dapat sharing yg seseorang tu dapat kaitkan macam tu rasa terharu!

tentunya bila melihat perkembangan dan kemajuan di Ardhu Ribath (bumi penyatuan ; Palestin) kita merasa sayu,pilu,dan bermain soalan2 dalam kepala sudahkah aku tergolong dalam mereka yang bekerja untuk islam?kalau belum adakah aku punya lagi masa untuk turut serta? Allahu Allah!Ketika Palestin bebas dari cengkaman Zionis,Qiamat semakin menghampiri,dan akhirnya kita akan kembali pada Tuhan.tempat tinggal abadi kita sama ada syurga atau neraka!

Seterusnya saya terkesan dengan slot explorace.Di situ muwassofat Qawiyyul Jism benar2 teruji bila diminta jogging dari hujung dunia ke hujung dunia,dan seterusnya berjalan dari satu checkpoint ke satu checkpoint yang jarak antara satu sama lain sangat lah jauh…memang sangat teruji dengan perasaan pessimis,nak mengaku kalah dulu,gara-gara rasa dah tak larat,tapi Alhamdulillah dengan kerjasama anakanda-anakanda yang menceriakan buat saya mendapat kekuatan.Alhamdulillah.

Seterusnya slot sahabat –ridhwanulLahi’alaihim-Saya sangat tersentuh dengan peribadi Thufail Ad-Dausi ; ketika dakwah yang beliau jalankan hanya disambut oleh seorang sahaja pada permulaan sedangkan sebelum islamnya beliau,beliau sangat terkenal dalam kalangan marhaen dan orang2 atasan,dan akhirnya berkat kesabaran beliau satu kampung menyambut baik dakwahnya… Dua lagi kisah sahabat yang juga memberi kesan ; Abu Ubaidah al-Jarrah dan ‘Amru bin al-Ash…Untuk slot ini saya cuba untuk tak menulis apa2 dan cuma mahu gunakan nikmat pendengaran utk mendengar dan menghayati. Alhamdulillah,sangat terkesan,sampai ke hati dan aqal,Alhamdulillah!

Seterusnya tentu yang menjadikan WinG ’12 ni seronok dengan kedatangan Ukhti dari Korea yang saya sendiri tak menyangka kehadirannya,saya banyak bertanya suasana dakwah dia dan ukhti2 Korea di sana serta masalah dan cara mereka menyelesaikan…tak banyak beza rupanya.nak kata memang cabaran dakwah ada di mana-mana!…mereka juga punya masalah untuk DF dalam kalangan masyarakat melayu yang sedikit komunitinya di sana,nak dibandingkan dengan Mesir.

tapi mereka tak mengalah,mereka sasarkan dakwah mereka pada students post graduate (etc : Master,PHD) [betul x istilah ni entah?],video2 yg mereka buat mereka tayangkan pada rakyat Korea sendiri,kadang2 dalam beberapa siri perjumpaan yg mereka buat dengan rakyat Korea ada yg masuk islam…Allah,mana saya tak rasa nak menangis…

Memang kesungguhan dakwah mereka superb OHSEM!walaupun kekurangan tenaga murabbi,kekurangan bahan,kekurangan medan…Allah!saya sendiri malu,dan malu sampai saya tak kongsi pun situasi saya di sini.beliau juga membuatkan saya dan ukhti dirasat yang lain membuka minda dan mula menyusun planner dakwah kami untuk kami melangkah&berfikir dengan lebih jauh dalam arena dakwah.bukanlah sekadar terbatas pada pengislahan diri masyarakat Melayu sahaja,bahkan dakwah islamiyyah tu luas sasarannya ; muslim & non-muslim

Begitulah sedikit sebanyak sharing yg dapat saya kongsikan,kegembiraan ini tak dapat diungkapkan dengan kata-kata,namun biarlah kata-kata yg ringkas ini mengingatkan diri kala senja hari nanti iAllah…