Friday, November 26, 2010

jangan khuatir mengimpikan

Pernah kita impikan ketika bertemu dengan orang non-muslim,kita ucapkan padanya sepatah kata

يآ أهل الكتاب تعالوا إلى كلمة سواء بيننا وبينكم

Pernah kita impikan ketika berpapasan dengan saudara semuslim kita di tengah jalan,kita ucapkan sepatah kalimah yang baik sebagai pesanan mahupun peringatan

Pernah kita impikan untuk menghadiahkan senyuman dan memberikan salam pada muslim-muslim yang kita jumpa di jalanan hatta kita tidak pernah mengenalinya sebelum ini

Apa yang kita fikirkan ketika melihat non-muslim membuat kebajikan yang banyak

Pernah kita tanyakan diri apa yang telah diri buat ketika melihat jiran-jiran non-muslim kita pergi tak kembali meninggal kan dunia ini

Apa yang kita fikirkan ketika melihat sahabat-sahabat semuslim kita di luar sana ketika masing-masing mula hilang identiti islamnya

Silaplah kita sekirannya kita merasakan mereka sangat teruk,sedang apa yang cuba kita perbuat pada mereka

Hidup ketika dunia hampir ke hujug usianya,banyak dugaannya,banyak cabarannya

Al-Quran,as-Sunnah dan pemahaman Ulama’ terhadap agama ini sangat kita perlukan

Ketika kita mengejar hadaf yang kita tetapkan untuk diri sendiri
Pasti ada sesuatu perkara kecil yang kita terleka kan

Jangan takut…
Kerana itulah yang namanya manusia
Ada kelemahannya

Satu hari,Allah beri peluang bersembang-sembang dengan seorang Mak Cik
Yang jalannya tidak segagah orang muda,tak tegak berdirinya dan tak cepat langkahnya
Tapi kelihatan dibuat-buat kuat
Juga sudah kelihatan kedut-kedut di bahagian tepi matanya
Tapi,subhanalLah nur di mukanya sangat menenangkan
Barangkali beliau mendapatkan tarbiyyah madrasah malam
Barangkali beliau mendapatkan tarbiyyah kesabaran sepanjang bekerja
Pesan beliau ketika terdengar riak-riak kerisauan pada nada suara saya ketika berbual

“Nadhirah,jangan takut andai satu hari nanti engkau akan ditangkap
kami di sini sudah biasa ditangkap ahli keluarganya,satu-satu mereka ambil daripada kami
jangan takut andai satu hari nanti ada orang bercakap dengan kamu
Saya tahu kamu jumpa siapa pada hari sekian-sekian
Saya tahu apa yang kamu bincangkan pada hari sekian-sekian
mereka semua hanya mahu menjerat
jangan takut pada manusia,takutlah kamu hanya pada Allah dan kita kene sentiasa bersedia.bersedialah dengan segala persediaan”

Mak Cik ni,pelik tapi,mashaAllah seperti tahu apa yang saya sedang fikirkan
Terima Kasih saya pada Allah tak terkira yang mengilhamkan kekuatan buat saya
melalui Mak Cik ini

Tenang,Puas barangkali itu yang saya rasa
Entah bila ketemu Mak Cik ni lagi
Ya kita berkongsi rasa yang sama
Moga Allah pertemukan lagi pertemuan yang membahkan benih-benih kekuatan
Akhir perbualan yang tak dijangka pertemuannya Mak Cik hadiahkan satu senyuman
Senyuman orang yang puas dengan apa yang telah beliau lalui sepanjang hidupnya
Barangkali itu senyuman terakhir.Allah!

Sahabat,jangan takut untuk menjadi seorang da’ie…Kita Duta Kecil untuk agama Allah yang mulia & suci ini.

Moga Allah golongkan kita dalam golongan mereka yang ikhlas bekerja untuk agamaNya

Satu lagi pengalaman yang saya kira Allah mahu saya renungkan dan ambil pengajaran
Satu hari saya memanjangkan langkah ke Sayyeda Zainab
Memandangkan laluan tak sesesak seperti hari kerja biasa,saya memilih untuk menaiki METRO dari stesen Damardesh,

Sambil menunggu saya duduk di bangku yang kosong yang kebetulan di hujung sebelah kiri saya
ada seorang perempuan muda dan saya kira dia lebih muda dariada saya tapi tampak matang dan dewasa,mungkin disebabkan persekitaran hidupnya yang banyak mengajarnya.Sempat dia menghadiahkan saya senyuman.Berhajat untuk berbual tapi saya malu.Pada masa yang sama METRO pun sampai.

Alhamdulillah seperti yang saya jangka METRO pada hari tu tak sesesak seperti hari-hari biasa.Saya memilih untuk berdiri di tepi palang besi di hujung pintu sambil membelek helaian muka surat Al-Quran yang saya bawa.

Tiba-tiba kelibat perempuan muda tadi menjamah mata saya ketika dia menghulurkan kepingan syiling pada pak cik penyapu sampah beberapa saat sebelum pintu METRO tertutup…Ooh,ini satu pengajaran yang baik untuk saya yang sedikit tak percaya pada orang-orang susah seperti itu.

Sejurus METRO bergerak perempuan tadi berdiri di tempat duduknya sambil bercakap

‘Ya Gamaah…Hani’ra ad-du’a…Ha’ra’ awwalan ba’din kullukum hayi’ra’u ma’ana’

(“semua orang,kita akan baca do’a menaiki kenderaan,aku akan baca dulu kemudian kamu semua ikut”)

Ya semua orang mendegarkan katanya dan mengikut dia membaca do’a.Sebelum dia kembali duduk sempat dia berpesan untuk perbanyakkan istighfar dan selawat di hari yang mulia tu.

Terkedu sekali lagi.Hingga saat ini masih saya tafsirkan pengajaran yang Allah telah ilhamkan dan cuba untuk diterjemahkan melalui perbuatan.Berani kan dia.Saya admire perempuan muda tadi.Habis kecoh saya bercerita dengan sahabat-sahabat saya.

Hakikatnya banyak pengalaman-pengalaman yang memberi pengajaran di sini.Yang buat saya tak lupa pada pesan seorang guru bahasa arab saya tentang bumi Mesir ni

‘sana memang bumi anbiya,pusat tawadhuk diri,ustazah pun takut kat san, bukan takut apa,takut sebab itu bumi anbiya tanah boleh makbul doa jika bersungguh,bila kita menyampah/tak suka dengan sesuatu tu memang kita tak dapatlah dan kalau kita suka dan semangat dan usaha bagus, mesti kita dapat bila kita minta pada Allah,yg penting,bila kita dapat sesuatu kejayaan itu, ingat, itu tidak kekal lama.jauhkan dari takabur.itu lah bumi anbiya’

7 comments:

atiqahmki said...

mashaAllah perempuan muda tu. dan perempuan tua itu juga. hu.

syaimaa' said...

salam.

wah.
kuatnya iman dia!
dia boleh mengubah dengan tangan.

Mak Cik tu macam bukan calang2 orang jek nad. huhu.

oohh bumi anbiya'
begitu rupanya ye..
mmm
sugoi~

nadhirah razak said...

atiqah&syaimaa' : rahsia kejayaan sabar yg banyak2 barangkali.mak cik berusia tu buat nad btl2 terasa betapa keyakinan kita pada Allah perlu solid.perempuan muda tu buat nad rasa tak patut kita putus asa pada jalan pjg ini ^___^ alaa syem,di mana saja kita berada pasti ada 'ibrahnya yg unik&tersendiri yg Allah nak tunjuk hatta kat Msia.tpulang pada hati kita utk tadabbur.nad xberniat nak agungkan Mesir ye.byk je keburukan kat sini.he3.xcaya tanya amki.persis dia pasti lebih hargai nikmat iman,islam&tarbiah di tengah masyarakat yg bukan sepenuhnya muslim.ayo terus do'a dan usaha yea.

utrujah said...

subhanallah. a very precious one!

utrujah said...

eh, copy paste ye. he. jzkk

utrujah said...

eh, copy paste ye. he. jzkk

Anonymous said...

Assalamualaikum k nad...rindu bibit tarbiyyah dari k nad....

suka perkataan duta kecil Islam tu...
jzkk atas ingatan !