Saturday, September 25, 2010

Skrip Pendek : Cerita Satu



Stn Petronas,Dungun 12 September 2010 3.00pm


Perjalanan ke Terengganu dari Endau-Rompin buatkan Salina rasa tak selesa dan kekejangan di bahagian kaki.Salina meminta ayahnya untuk berhenti di mana-mana stesen minyak yang menyediakan khidmat tandas.Tak jauh selepas itu,ayahnya berhenti di satu stesen Petronas untuk mengisi tangki minyak yang hampir kosong.

Salina meluru ke pintu tandas bahagian perempuan.Tapi,kebiasaan pada hari raya,ramai juga orang menunggu giliran masuk ke tandas.Terpaksa Salina tunggu hingga akhirnya tiba gilirannya.



"Ya Allah,apa yang bau busuk (baca : hancing) sangat tandas ni.Patutlah,ada tisu dalam mangkuk tandas!"rungut Salina dalam hati.



Lalu Salina panjangkan paip air dan memasukkannya ke dalam mangkuk tandas untuk menarik keluar tisu yang dah pun mencemarkan bau wangi tandas.Seterusnya,pam air ditarik dan lantai bilik air dijirus banyak kali.



"Alhamdulillah,moga orang-orang selepas ni selesa nak gunakan tandas."




*******************************



Stn Petronas,Dungun 12 September 2010 3.05pm


Zarul dan adiknya singgah sebentar di mini market untuk membeli makanan & minuman ringan.Zarul pergi ke bahagian minuman ringan untuk mengambil setin air gas sementelah adiknya pergi ke bahagian makanan ringan untuk membeli kacang-kacang dan snack.Habis membeli,Zarul dan adiknya pergi ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran.

Tiba-tiba mereka ternampak seorang budak lelaki berumur dalam lingkunga 5-6 tahun mengambil aiskrim dan terus beredar keluar meninggalkan kawannya di kaunter tanpa membuat bayaran.



"Eh,peliknya adik ni.pulak tu tak de siapa perasan ye..." bisik Zarul dengan adiknya lalu mengekori adik lelaki tadi.




"Dik..." sapa Zarul




"Adik dah bayar aiskrim tu?" tanya Zarul sambil melemparkan senyuman




"Erk..." adik tersebut seakan-akan terkejut




"Jom,abang belanja adik ye." pelawa Zarul memancing adik lelaki tersebut.



Adik lelaki itu terus mengekori belakang Zarul,pergi membuat bayaran di kaunter tanpa ada yang mengesyaki.



"Lain kali jangan buat macam ni lagi ye dik.Tak baik." pesan Zarul sebelum meninggalkan adik lelaki tersebut




"Baik abang.Terima kasih belanja saya ye" balasnya sambil tersenyum manis

3 comments:

syaimaa' said...

salam.

1. oh tetibe rindu dekat karangan BM.
2. kenapa habis cemtu je?? tngah syok baca... aigoo..
3. ni macam pengalaman sendiri je ni. hehe.

wallahua'lam

nadhirah razak said...

wa'alaikumussalam

1.saya dah terasa ni karangan BM.haha
2.sebab tu namanya skrip pendek.mana tahu lepas ni kita boleh tembus layar skrin utk ruang iklan :) Ameen. InshaAllah
3.pengalaman sendiri + org lain yg kita hayati + bacaan yg kita jiwai (mcm yg Habiburrahman pernah cakap,dia menulis dengan jiwa supaya org yg baca pun merasainya )

syukran syaimaa'!

cahayalembut said...

salam,
bila nak ada sambungan? :)

Apapun, salam sayang nad... http://nurlinasolehah.blogspot.com/2010/10/puisi-buat-akhawat.html