Thursday, April 28, 2011

tak ada yang mudah

1.Saya teringat masa saya di Tingkatan 4,saya menangis masa buat Add Math.Duduk di meja study sampai lewat malam,beberapa malam cuba belajar dengan ummi saya semata-mata nak fahamkan cara kerja Add Math.Terkejut barangkali dengan cara kerja Add Math yang nak kene panjang-panjang tulisnya.

2.Saya ingat ketika saya sangat lewat memasuki sesi pembelajaran untuk STAM,saya menangis sebab tak faham langsung baca buku Arab.Saya pun conteng lah buku-buku teks pinjaman tu dengan perkataan-perkataan Melayu.Segan juga sebenarnya bila banyak contengan kat buku,nampak sangat saya tak reti.tapi takpe,yang penting saya dapat manfaatnya.

3.Ketika datang ke Mesir juga saya menangis sebab nak fahamkan lecture pensyarah-pensyarah saya.6 bulan pertama memang saya blur,tapi alhamdulillah dengan sokongan sahabat-sahabat saya cekalkan rasa hati

Teruk kan asyik menangis je.Pada saya tak salah pun.Menangis tu lah kunci untuk kita memahami sesuatu.Sebab,masa tu lah kita akan rasa rendah diri sangat-sangat.Kita akan rasa miliklah Allah lah segala apa yang ada di bumi dan di langit,sangat sedikitlah pengetahuan kita nak dibandingkan dengan 'ilmu Allah,dari situ akan datang rasa kebergantungan total pada Allah.InshaAllah bila berdo'a pasti Allah permudahkan.

Posting ni untuk ukhti-ukhti saya juga sahabat-sahabat saya yang merasa lemah dan hampir putus asa untuk menguasai sesuatu bahan dan menguasai pembelajaran.

Friday, April 22, 2011

sumber kekuatan

Lama rasanya tak ke masjid untuk Solat Jumaat.Kalau dulu sangat teruja untuk ke Masjid tiap kali Solat Jumaat,mungkin juga kerana budaya wanita Arab Mesir yang sememangnya menghidupkan suasana Solat Jumaat.Saya tak tahu kenapa,tapi hari ni terasa sangat mahu berada di Masjid,mengambil sedikit pengajaran untuk melembutkan hati dan mengembalikan ruh jiddiyyah yang semakin pudar.

Memang takkan lari daripada hakikat bahawasanya iman manusia biasa bertambah dan berkurang.Tapi,Maha Penyayangnya Allah tak dibiarkan kita mengharungi hidup ni selamanya muram,sedih,lemah...Kenapa?Kerana Dia bekalkan kita Al-Quran sebagai pandu arah ketika kita rasa tersalah mengambil sesuatu jalan keputusan, Al-Quran membuatkan kita tersenyum puas dengan penjelasan matlamat dan tujuan hidup kita di dunia ini.Al-Quran menerangkan hakikat bahawasanya kehidupan kita ni memang tak kan lari dari LETIH,PENAT...tapi semuanya akan diganjari Allah kelak.Allah!

Al-Quran banyak merangsang kita yang lemah dan penat ni dengan gambaran-gambaran indah tentang nikmat syurga.SubhanalLah.Nikmat yang satu yang tak pernah didengar oleh telinga,tak terlihat oleh mata,bahkan tak terlintas pun dalam hati kita tentang hakikat keindahannya!Allah.Allah.Allah

Alkisah hari ni hati saya tergerak untuk ke Masjid Raba'ah Adawiyyah,yang jaraknya memakan masa 20 minit sekiranya berjalan kaki daripada rumah saya.Sampai saja di ruang solat wanita saya ternampak dua barisan wanita Arab berpakaian hitam duduk di atas kerusi.Salah seorang daripadanya mak cik tua kelihatan menangis dengan esak perlahan. Pasti ada seseorang yang meninggal.Ya,tekaan saya tepat.Sejurus selesai Solat Jumaat, Imam menyeru jemaah solat untuk tunggu sebentar menunaikan Solat Jenazah.

Alhamdulillah,saya kira itu muhasabah yang Allah ingin berikan pada saya.Untuk kembali merenungi 22 tahun lampau apa yang telah saya lakukan untuk islah diri,apa yang telah saya infaq kan pada jalan dakwah yang saya harapkan untuk saya terus berada di situ.Akhirnya saya tenang di Masjid.Rumah Allah.sumber inspirasi,sumber kekuatan di kala terasa letih dan payah dengan urusan dunia yang tak sudah-sudah.

Teruslah beramal hatta sekecil zarrah,kerana kelak Allah akan menilainya,kelak dalam buku amalan kita Allah akan huraikan dengan terperinci setiap apa yang kita lakukan.Teruslah beramal selagi mana pintu taubat masih terbuka.

Tuesday, April 12, 2011

lepaskan rasa itu

kadang-kadang kita risau bila teringatkan keluarga yang jauh di Malaysia
kadang-kadang kita sedih bila kita keseorangan tanpa kawan,teman mahupun sahabat
kadang-kadang kita takut untuk kehilangan semua kepunyaan kita yang kita suka

jadi di mana kita letak pengharapan kita sebenarnya?
kepada siapa kita sandarkan harapan kita sebenarnya?

ibu bapa?
pensarah-pensyarah?
bos di tempat kerja?
kawan-kawan?

apa mudharat dan manfaat yang dapat mereka berikan pada kita?

lepaskan lah rasa-rasa itu semuanya kerana Allah bersama tiap individu daripada kita.

p/s : pesan seorang teman,jangan sampai bila kita 'laju' kita terlepas pandang ibtida' kita.Moga dijauhkan.

Friday, April 1, 2011

update ringkas

Bismillah.MashaAllah.Alhamdulillah udara segar bumi anbiya',bumi albanna masih lagi dapat dihirup.susah juga rupanya ya bila tiada akaun facebook ni.tak pe.sekadar update ringkas melalui Nokia E66 (jgn contohi sikap saya yg tak boikot ni).saya baru berpeluang menyaksikan kawasan persekitaran Cairo International Airport.saya belum temui apa2 yg di luar kebiasaan.dalam perjalanan ke rumah pengingapan saya juga belum saya temui apa2 yg di luar kebiasaan.nantilah,selepas habis mengemas rumah,saya berkehendak untuk merasai aroma baru mesir.saya tinggal dulu.