Saturday, September 25, 2010

Skrip Pendek : Cerita Satu



Stn Petronas,Dungun 12 September 2010 3.00pm


Perjalanan ke Terengganu dari Endau-Rompin buatkan Salina rasa tak selesa dan kekejangan di bahagian kaki.Salina meminta ayahnya untuk berhenti di mana-mana stesen minyak yang menyediakan khidmat tandas.Tak jauh selepas itu,ayahnya berhenti di satu stesen Petronas untuk mengisi tangki minyak yang hampir kosong.

Salina meluru ke pintu tandas bahagian perempuan.Tapi,kebiasaan pada hari raya,ramai juga orang menunggu giliran masuk ke tandas.Terpaksa Salina tunggu hingga akhirnya tiba gilirannya.



"Ya Allah,apa yang bau busuk (baca : hancing) sangat tandas ni.Patutlah,ada tisu dalam mangkuk tandas!"rungut Salina dalam hati.



Lalu Salina panjangkan paip air dan memasukkannya ke dalam mangkuk tandas untuk menarik keluar tisu yang dah pun mencemarkan bau wangi tandas.Seterusnya,pam air ditarik dan lantai bilik air dijirus banyak kali.



"Alhamdulillah,moga orang-orang selepas ni selesa nak gunakan tandas."




*******************************



Stn Petronas,Dungun 12 September 2010 3.05pm


Zarul dan adiknya singgah sebentar di mini market untuk membeli makanan & minuman ringan.Zarul pergi ke bahagian minuman ringan untuk mengambil setin air gas sementelah adiknya pergi ke bahagian makanan ringan untuk membeli kacang-kacang dan snack.Habis membeli,Zarul dan adiknya pergi ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran.

Tiba-tiba mereka ternampak seorang budak lelaki berumur dalam lingkunga 5-6 tahun mengambil aiskrim dan terus beredar keluar meninggalkan kawannya di kaunter tanpa membuat bayaran.



"Eh,peliknya adik ni.pulak tu tak de siapa perasan ye..." bisik Zarul dengan adiknya lalu mengekori adik lelaki tadi.




"Dik..." sapa Zarul




"Adik dah bayar aiskrim tu?" tanya Zarul sambil melemparkan senyuman




"Erk..." adik tersebut seakan-akan terkejut




"Jom,abang belanja adik ye." pelawa Zarul memancing adik lelaki tersebut.



Adik lelaki itu terus mengekori belakang Zarul,pergi membuat bayaran di kaunter tanpa ada yang mengesyaki.



"Lain kali jangan buat macam ni lagi ye dik.Tak baik." pesan Zarul sebelum meninggalkan adik lelaki tersebut




"Baik abang.Terima kasih belanja saya ye" balasnya sambil tersenyum manis

Thursday, September 23, 2010

titik kelemahan

~Bismillahirrahmanirraheem~


Allah sentiasa tahu kelemahan hambanya :)
dan setiap kali itu peluang kita untuk berubah juga masih banyak kan.


Saya masih lagi boros ketika menguruskan duit biasiswa saya,selagi tu Allah akan uji itu,

Saya masih lagi tak mahu bercakap di khalayak ramai ketika diundang & diberi peluang,selagi itu Allah datangkan peluang sebanyak-banyaknya

Saya masih lagi beralasan itu dan ini ketika...

Saya masih lagi...

Dan ketika ini saya teringat tinta yang pernah ditulis oleh almarhum Ust Rahmat Abdullah (nanti kalau jumpa sumber sebenar saya lampirkan di sini)


"Di ketika kita merasa lemah,di situlah Allah memberikan ujian sehingga kita berjaya melepasinya.Ujian itu di TITIK KELEMAHAN kita"


p/s:saya tak terasa nak balik Mesir lagi

Sunday, September 19, 2010

kita mahu hebat

~Bismillahirrahmanirraheem~

Satu ketika dahulu sahabat saya pernah menulis satu posting tentang hebat.Betul bukan,siapa tak mahu jadi hebat,siapa yang tak mahu punya teman hidup yang hebat,siapa yang tak mahu punya anak yang hebat...semuanya mahu...

Tapi,jangan di lupa hebat yang adanya pada manusia,tetap manusia itu ada kekurangannya. Jadi,jangan rasa rendah diri ketika saudara merasakan saudara kurang sesuatu jika dibandingkan dengan orang lain...



==============
==============


teringat perbualan saya dengan seorang sahabat ketika walimah seorang sahabat lain di Seri Kembangan baru-baru ni


Sahabat : Seronoknya,dapat teman hidup yang hebat.
Saya : [senyum]Memanglah,siapa tak seronok.
Sahabat : Tapi kan,macam susah je dapat teman hidup yang hebat.mesti banyak kurangnya kita
Saya : Allah.Yang namanya manusia,hebat mana pun pasti ada kurangnya.pasti.
Sahabat : [diam,berfikir,senyum]



==============
==============


p/s : kayu ukur hebat itu pada tingginya nilaian Taqwa di sisi Allah,saudara-saudaraku!

Monday, September 6, 2010

Hadith Qudsi : Keluasan Ampunan Allah



~Bismillahirrahmanirraheem~

Saya teringat dialog antara adik kedua terakhir saya dengan ayah saya perihal Lail al-Qadr


adik : Malam ni malam ke berapa ye?
kami : Malam ke 20+
adik : Nanti abi tidur rumah tak?
abi : Malam ni tak.
adik : Oh,abi,abi dah dapat Lail al-Qadr


terkejut saya soalan tu diajukan :D.mungkin sebab pemikiran saya tak seperti dia ketika di usia dia begitu...

abi : (tergelak sipi-sipi).kita tak tahu adik.bukan senang nak dapat.yang penting kita penuhkan malam-malam akhir dengan banyakkan amalan.


Saya di belakang senyum-senyum dan tak terkata.Ya Allah!


==============
==============


Ya,suka atau tidak,Ramadhan pasti akan habis jua.InshaAllah,mudah-mudahan Allah menerima puasa kita,do'a kita,bangun malam kita,sujud-sujud kita.Masih belum terlambat untuk mengisi malam-malam akhir Ramadhan dengan bacaan Al-Quran, & do'a moga Allah mengampunkan khilaf-khilaf kita di masa lalu.

Suka nak kongsi mafhum Hadith ke-42

Daripada Anas r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : Allah Ta'ala berfirman : "Wahai Anak Adam!Selagimana engkau berdoa dan berharap kepadaKu,Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan tanpa Aku menghiraukannya.Wahai Anak Adam!Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu,pasti Aku akan mengampunimu.Wahai Anak Adam!Andaikata engkau datang kepadaku dengan dosamu sepenuh bumi ini,kemudian engkau menemuiKu,padahal engkau tidak menyekutukan akan Aku dengan sesuatuapapun,pasti Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula."
[Riwayat Tarmizi.Beliau menilainya Hasan Sahih]


p/s:tangan menggigil tanda tulisan ni amanah buat saya khususnya

~Selamat Beramal~

Thursday, September 2, 2010

Soal Jawab : 'Ulum Islamiyyah

Bismillah,

**Sekadar berkongsi dengan adik-adik baru mahasiswa/i ‘Ulum Islamiyyah sesi 2010/2011

**maaf,tak banyak yang dikongsikan,boleh juga bertanya pada mereka yang lain-lain.


==================
==================


S : Apa ‘Ulum Islamiyyah tu?
J : Salah satu program baru,hasil idea antara mantan Duta Malaysia di Mesir,Dato’ Zainal Abidin dan pihak tertinggi Universiti Al-Azhar.Memperoleh pengiktirafan secara rasminya daripada pihak Al-Azhar pada awal tahun 2010


S : Apa perbezaan Jurusan 'Ulum Islamiyyah dengan Jurusan Syariah,Usuluddin & Lughah?
J : 1. Pelajar Jurusan 'Ulum Islamiyyah mengambil masa selama lima tahun untuk menghabiskan Ijazah dengan persediaan setahun tamhidi
2. Pelajar Jurusan ini juga,tidak ditempatkan sekali bersama pelajar-pelajar jurusan lain dan pelajar-pelajar Arab,sebaliknya ditempatkan di Hayyu Sadis


S : Tamhidi apa pula?
J : Pra-Universiti.Fokusnya pada kemahiran berbahasa Arab.Pada peringkat Tamhidi pelajar akan dimahirkan dengan kemahiran membaca artikel atau surat khabar dengan teknik tatabahasa yang betul,menulis karangan,bercakap dan mendengar perbualan,dialog dalam bahasa arab


S : Sasaran pelajar?
J : Pelbagai latar belakang.Sebahagian pelajar ditaja oleh pihak Amanah Raya Berhad,sebahagian lain ditaja oleh zakat & yayasan kerajaan negeri dan juga sendiri.


S : Kalau nak tahu lebih lanjut pasal jurusan ni macam mana?
J : Boleh pergi ke site Persatuan Mahasiswa ‘Ulum Islamiyyah


S : Tak susah ke belajar semua subjek dalam Bahasa Arab?
J : Tak ada yang mudah.InshaAllah,Optimis akan jadikan ia mudah :D


Wallahua'alam