~Bismillah~
Malam itu masing-masing menceritakan apa yang dirasa.Sampai satu ketika Rayyan memulakan sesi tadabburnya.Lalu dimintalah sahabat-sahabatnya membuka lembaran suci itu. Setelah kedua-dua ayat tersebut ditadabbur selama 5 minit terdengar esakan kecil daripada Rayyan yang baru kehilangan ibunya beberapa bulan yang lepas.
“Balik nanti ucapkanlah terima kasih pada mak ayah kalian sebab melahirkan kalian, mendidik kalian dalam suasana yang islami,yang baik.Sambil tu tolong doakan mak Rayyan,moga mak Rayyan tenang di sana.Untuk yang lain,walaupun ada dalam kalangan mak ayah kita yang tak ada basis agama sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk mendidik kita dalam lingkungan islami.kita hari ni adalah hasil didikan mak ayah kita.”
Balik ke rumah Rumaisaa' termangu di tepi tingkap.Cepat dicapai smartphone nya menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp kepada umminya di Mekah.Tiba-tiba rindu yang mencengkam dan menyesakkan dadanya membuatkan jari-jemarinya laju menghantar mesej kepada ummi dan abi bertanya khabar dan berita mereka di sana.
"Alhamdulillah.semua dah selesai.Waktu kat sana tak sempat online.Ni tengah transit kat Abu Dhabi.Dah sampai nanti kita skype ye"
Respon yang cepat dari ummi buat Rumaisaa' tersenyum puas.Bunyi bising daripada kedai makan sebelah rumahnya tak diendahkan langsung.Mindanya teringatkan memori silamnya bersama ummi dan abi.
Rumaisaa' teringat waktu sekolah rendah dulu,abi suka sangat ajak solat bersama-sama setiap kali Maghrib.Lepas tu masing-masing buat bulatan baca Al-Quran sama-sama.Lepas tu semua orang tak sabar-sabar nak dengar apa lah yang abi nak cakap malam ni.ke ada orang yang kene marah sebab main kat luar sampai Maghrib.
Rupanya malam tu abi tak marah pun.Abi ceritakan keadaan semua manusia kat akhirat nanti macam mana
“Allah sebut dalam surah ‘abasa.Maka apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala kedua),pada hari itu manusia lari saudaranya,dan dari ibu dan bapaknya dan dari isteri dan anak-anaknya.Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya”
“esok kat padang mahsyar,Rumaisaa',Aliah,Nusaibah,Salman,Abi,Ummi dah tak kenal siapa-siapa dah.Kita semua sibuk dengan urusan kita.semua sibuk memikirkan amalan masing-masing”
“Habis tu kita tak jumpa lah ea abi kat hari akhirat nanti.Sedihnnya”
sayu suara Rumaisaa' ketika tu.tertunduk Rumaisaa' seketika dek nak menyembunyikan air matanya dari tumpah.Tapi abi bijak membaca keadaan.abi senyum je.ummi pun sempat ketawa kecil.
“InshaAllah.kalau kita buat baik selalu, Allah akan kumpulkan kita kat syurga.Kita pun kena do’a lah supaya kita semua dapat masuk syurga sama-sama dan berkumpul lagi”
Itu kisah 10 tahun yang lepas.Kenangan yang Rumaisaa' masih simpan dan teringat-ingat sehingga hari ni.
Banyak lagi babak-babak Rumaisaa' bersama ummi dan abi yang tak dapat Rumaisaa' lupa kan. Masa Rumaisaa' kat asrama ada satu hari tu telefon ummi dan abi.Masa tu Rumaisaa' hanya mampu menangis tak mampu nak cakap apa-apa.ummi pun pujuk Rumaisaa'
"Nanti hujung minggu ummi dengan abi datang ziarah Rumaisaa'.Jangan tension-tension.Masalah kecil jek.Manja juga Rumaisaa' ni rupanya"
Hujung minggu tu ummi dengan abi bawa Rumaisaa' pergi jalan-jalan,makan tengah hari di luar dan masa tu hanya kami bertiga sahaja sebab ummi dengan abi nak bagi privasi untuk Rumaisaa'
Sebelum ummi dengan abi balik semula ke rumah,sempat lagi abi sembang-sembang kat bangku kayu bawah pokok rambutan
“Malaysia ni nampak je aman Rumaisaa'.Tapi tak mustahil untuk kena perang juga macam kat Palestin.Cuba Rumaisaa' bayangkan kalau Malaysia perang.Agak-agak Rumaisaa' buat ape?takut tak?ni abi nak pesan siap-siap.Jangan takut Rumaisaa'.Kita semua akhirnya akan mati.akan jumpa Allah.tapi mesti kita nak pilih cara mati yang terbaik kan.Jadi Rumaisaa' selalu lah niat mati syahid ”
Bila Rumaisaa' tingkatan 4,Rumaisaa' tak sekolah asrama dah.sebab ummi dengan abi dah beli rumah dekat dengan sekolah Rumaisaa'.Waktu petang lepas balik sekolah biasanya abi rajin ajak Rumaisaa' dengan adik-adik keluar jogging.kadang-kadang kat taman reakrasi kadang-kadang kat sekitar taman perumahan je.Bila nampak David mencangkul kat depan rumah dia atau pun Cik Kristina abi selalu cakap
“kesian mereka Rumaisaa'.mereka baik tapi sayang tak nak terima islam.nanti kat akhirat semua kebaikan mereka sia-sia.Allah tak nak terima.Siapa yang salah.Kita lah Rumaisaa'.Sebab tak usaha nak terangkan islam kat mereka.Nanti bila Rumaisaa' dah besar,Rumaisaa' kene cerita islam kat mereka ni.Kene dakwah kat mereka.Fikir macam mana cara nak ceritakan islam kat mereka semua ni.Nanti boleh masuk syurga sama-sama.kalau tak kesian mereka kat kubur nanti kene siksa”
Memori Rumaisaa' teringat pesan ummi,ketika Rumaisaa' dalam kereta menemani ummi yang ketika itu ada perkongsian pengalaman bersama pelajar-pelajar IPT dan waktu tu Rumaisaa' ceritakan kat ummi perihal perjumpaannya dengan Ustazah Salmiah
“Ummi,tadi ustazah Salmiah jumpa.Ustazah cakap Rumaisaa' dipilih untuk pergi kursus kepimpinan pembimbing rakan sebaya”
Ummi senyap je mula-mula,fokus pada pemanduannya.Tak lama lepas tu ummi cuma pesan
“Alhamdulillah.Cuma Rumaisaa' kene ingat satu je,perjalanan Rumaisaa' masih jauh lagi.sangat jauh.Rumaisaa' masih muda.kene belajar maintain untuk berada atas jalan dakwah dan tarbiyyah ni"
**************
"weeyh,Rumaisaa'!termenung ea.jauhnya laa hai termenung mak cik sorang ni" sergah Nadiah dari belakangnya
"Nadiah ni.terkejut ruru laa" balas Rumaisaa' sambil melemparkan bantal kura-kuranya ke arah Nadiah
Alhamdulillah Rumaisaa' bersyukur sangat sedari kecil abi dan ummi tak berhenti-henti meniupkan semangat juang dan sayangkan islam.Tinggal Rumaisaa' saja sama ada nak berjuang atau pun tak.
~Terima Kasih ummi dan abi.Moga kita sama-sama dikumpulkan dalam JannahNya nanti~
p/s : moga kita dikumpulkan bersama-sama ahli keluarga kita dan org yg kita sayangi di Jannah nanti.masih tak percaya?tengok lah ayat Allah kat bawah ni banyak2 kali :D
iaitu syurga2 ‘Adnan,mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya,pasangan-pasangannya dan anak cucunya sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu(13:23)
Dan orang2 yg beriman beserta anak cucu mereka yg mengikuti mereka dalam keimanan,Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga),dan Kami tak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka.Setiap orang terikat dengan apa yg dikerjakannya(52:21)