Monday, April 23, 2012

Fasa-fasa Kehidupan

~Bismillahirrahmanirraheem~

Lepak tarbawi (baca : bulatan gembira) kami yang sekejap tapi benar-benar membuatkan diri termuhasabah sendiri.Alhamdulillah aku belajar sesuatu.di situ bukanlah semata-mata untuk melambakkan ilmu dan maklumat.tapi dilambakkan dengan kasih sayang,saling berbalas senyuman,cukup dengan melihat satu persatu wajah buat hati gundah kembali tenang,saling berbalas genggaman tangan,saling berbalas pelukan,saling bertanya khabar,saling memandang,saling berbalas renungan mata,saling mendengar butir-butir yang keluar dari mulut setiap seorang.

Malam itu juga air mata tak tertahan lagi.Betapa bertuahnya Allah memilih untuk aku merasai nikmat sentuhan tarbiyyah dan dakwah.betapa sangat bersyukur dengan nikmat islam dan iman,nikmat dapat faham kata-kata Allah.nikmat berada dalam keluarga yang disatukan kerana Allah atas jalan dakwah dan tarbiyyah.Allah

Beberapa bulan yang lepas ummi kepada murabbi ku menemui Allah,beberapa minggu lepas ummi kepada ukhti ku juga menemui Allah,beberapa hari lepas sekali lagi aku dikejutkan dengan pemergian seorang mak cik yang begitu dekat sekali dengan ku.Ya mereka semua sudah melepasi fasa kesusahan kat dunia ni.dah tak dengar hiruk pikuk dunia yang melelahkan.mereka sedang menikmati nikmat-nikmat syurga di sana.

Ya Allah luaskanlah kubur mereka.terangilah kubur mereka dengan cahayamu.jadikanlah kubur mereka tempat mereka berehat.jadikanlah kubur mereka salah satu pintu dari taman-taman syurgamu.

Aku masih ingat masa sekolah menengah,perbualan aku bersama ummi dan abi akan berkisar tentang perkahwinan anak-anak kawan-kawan mereka.Tapi sekarang fasanya lain.Semakin meningkat usiaku perbincangan kami bertukar menjadi seputar kematian,perancangan untuk hidup di syurga nanti,persiapan untuk kematian.banyak kali aku diingatkan menerusi pesanan ringkas untuk memanfaatkan masa mudaku.

Memori bersama arwah mak cik Napisah berlegar-legar dalam kepala.Orangnya lembut,sangat lembut.suaranya gemersik sangat bila dengar.Suka tersenyum.Bila bercakap penuh dengan
hammasah.Nampak ketegasan disebalik kelembutan.Yang memang saya tak boleh lupa bulatan gembira waktu kecik-kecik.Arwah mak cik tunjukkan cara-cara nak masak laksa penang,lepas tu habis kecoh dapur mak cik dengan perangai kami yang rata-rata usianya 9 tahun.lepas tu mak cik buat sharing sikit.

Saat mendengarkan berita pemergiannya,aku terdetik bagaimana agaknya pengakhiranku.

Ya Allah,persaksikanlah,mereka-mereka yang sudah menemuiMu sudah pun menjalankan kewajipannya sebagai hambaMu atas dunia ni.Mereka-mereka sudah pun mendidik anak-anak mereka dengan sebaik-baik didikan.Rehatkanlah mereka-mereka di pembaringan mereka.Pelihara jasad mereka hingga hari perhitunganMu nanti.

Dan kita juga sedang melalui fasa-fasa itu.Fasa kanak-kanak yang hanya tahu bermain,menangis,makan,dll. Fasa remaja,dewasa,tua seterusnya kembali ke perkampungan abadi.mahligai di syurga yang kita idamkan...

Benarlah ayat Allah dalam surah ar-Rum : 54



"Allah lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah,kemudian Dia menjadikan kamu selepas lemah menjadi kuat,kemudian Dia menjadikan kamu setelah kuat itu lemah kembali dan beruban.Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki.Dan Dia Maha Mengetahui Maha Kuasa"

No comments: