Sunday, September 19, 2010

kita mahu hebat

~Bismillahirrahmanirraheem~

Satu ketika dahulu sahabat saya pernah menulis satu posting tentang hebat.Betul bukan,siapa tak mahu jadi hebat,siapa yang tak mahu punya teman hidup yang hebat,siapa yang tak mahu punya anak yang hebat...semuanya mahu...

Tapi,jangan di lupa hebat yang adanya pada manusia,tetap manusia itu ada kekurangannya. Jadi,jangan rasa rendah diri ketika saudara merasakan saudara kurang sesuatu jika dibandingkan dengan orang lain...



==============
==============


teringat perbualan saya dengan seorang sahabat ketika walimah seorang sahabat lain di Seri Kembangan baru-baru ni


Sahabat : Seronoknya,dapat teman hidup yang hebat.
Saya : [senyum]Memanglah,siapa tak seronok.
Sahabat : Tapi kan,macam susah je dapat teman hidup yang hebat.mesti banyak kurangnya kita
Saya : Allah.Yang namanya manusia,hebat mana pun pasti ada kurangnya.pasti.
Sahabat : [diam,berfikir,senyum]



==============
==============


p/s : kayu ukur hebat itu pada tingginya nilaian Taqwa di sisi Allah,saudara-saudaraku!

Monday, September 6, 2010

Hadith Qudsi : Keluasan Ampunan Allah



~Bismillahirrahmanirraheem~

Saya teringat dialog antara adik kedua terakhir saya dengan ayah saya perihal Lail al-Qadr


adik : Malam ni malam ke berapa ye?
kami : Malam ke 20+
adik : Nanti abi tidur rumah tak?
abi : Malam ni tak.
adik : Oh,abi,abi dah dapat Lail al-Qadr


terkejut saya soalan tu diajukan :D.mungkin sebab pemikiran saya tak seperti dia ketika di usia dia begitu...

abi : (tergelak sipi-sipi).kita tak tahu adik.bukan senang nak dapat.yang penting kita penuhkan malam-malam akhir dengan banyakkan amalan.


Saya di belakang senyum-senyum dan tak terkata.Ya Allah!


==============
==============


Ya,suka atau tidak,Ramadhan pasti akan habis jua.InshaAllah,mudah-mudahan Allah menerima puasa kita,do'a kita,bangun malam kita,sujud-sujud kita.Masih belum terlambat untuk mengisi malam-malam akhir Ramadhan dengan bacaan Al-Quran, & do'a moga Allah mengampunkan khilaf-khilaf kita di masa lalu.

Suka nak kongsi mafhum Hadith ke-42

Daripada Anas r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : Allah Ta'ala berfirman : "Wahai Anak Adam!Selagimana engkau berdoa dan berharap kepadaKu,Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan tanpa Aku menghiraukannya.Wahai Anak Adam!Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu,pasti Aku akan mengampunimu.Wahai Anak Adam!Andaikata engkau datang kepadaku dengan dosamu sepenuh bumi ini,kemudian engkau menemuiKu,padahal engkau tidak menyekutukan akan Aku dengan sesuatuapapun,pasti Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula."
[Riwayat Tarmizi.Beliau menilainya Hasan Sahih]


p/s:tangan menggigil tanda tulisan ni amanah buat saya khususnya

~Selamat Beramal~

Thursday, September 2, 2010

Soal Jawab : 'Ulum Islamiyyah

Bismillah,

**Sekadar berkongsi dengan adik-adik baru mahasiswa/i ‘Ulum Islamiyyah sesi 2010/2011

**maaf,tak banyak yang dikongsikan,boleh juga bertanya pada mereka yang lain-lain.


==================
==================


S : Apa ‘Ulum Islamiyyah tu?
J : Salah satu program baru,hasil idea antara mantan Duta Malaysia di Mesir,Dato’ Zainal Abidin dan pihak tertinggi Universiti Al-Azhar.Memperoleh pengiktirafan secara rasminya daripada pihak Al-Azhar pada awal tahun 2010


S : Apa perbezaan Jurusan 'Ulum Islamiyyah dengan Jurusan Syariah,Usuluddin & Lughah?
J : 1. Pelajar Jurusan 'Ulum Islamiyyah mengambil masa selama lima tahun untuk menghabiskan Ijazah dengan persediaan setahun tamhidi
2. Pelajar Jurusan ini juga,tidak ditempatkan sekali bersama pelajar-pelajar jurusan lain dan pelajar-pelajar Arab,sebaliknya ditempatkan di Hayyu Sadis


S : Tamhidi apa pula?
J : Pra-Universiti.Fokusnya pada kemahiran berbahasa Arab.Pada peringkat Tamhidi pelajar akan dimahirkan dengan kemahiran membaca artikel atau surat khabar dengan teknik tatabahasa yang betul,menulis karangan,bercakap dan mendengar perbualan,dialog dalam bahasa arab


S : Sasaran pelajar?
J : Pelbagai latar belakang.Sebahagian pelajar ditaja oleh pihak Amanah Raya Berhad,sebahagian lain ditaja oleh zakat & yayasan kerajaan negeri dan juga sendiri.


S : Kalau nak tahu lebih lanjut pasal jurusan ni macam mana?
J : Boleh pergi ke site Persatuan Mahasiswa ‘Ulum Islamiyyah


S : Tak susah ke belajar semua subjek dalam Bahasa Arab?
J : Tak ada yang mudah.InshaAllah,Optimis akan jadikan ia mudah :D


Wallahua'alam

Wednesday, August 25, 2010

psikologi

[Bismillahirrahmanirraheem]

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah


*******


psikologi?kenapa dengan psikologi?

saya terkesan bila jumpa ex-classmate saya di UIA tempoh hari...cuma ni lah hajat yang tak sempat saya langsaikan...sharing dengan si dia untuk bidang ini...

*kredit untuk ukhti syaimaa' adibah hassan

Pengajian saya di Mesir berbaki 3 tahun,InshaAllah...

Teringin nak amik psikologi...tapi entahlah,sebab saya tak berapa tahu tentang bidang ini...

p/s : Buat ukhti syaimaa' yang dikasihi sila beri saya info tambahan beserta email lecturer2 anda yang bagus2 itu pada saya ye :D

Monday, August 16, 2010

Surat Pendek : Buat Ukhtiku

Assalamu'alaikum warahmatullah ukhtiku yang disayangi,

Ku mulakan penaku dengan

~Bismillahirrahmanirraheem~

Ukhtiku sayang,
Apa khabarmu sekarang?Sudah lama ku tidak bertanya khabar.Sengaja barangkali,memekarkan rasa rindu setelah lama tidak bersua...Ukhtiku sayang bagaimana khabar imanmu hari ni?Masih ingat lagi jawapan kita bila ditanya soalan ini,kita sama-sama menjawab
[Alhamdulillah,Luar Biasa,AllahuAkbar]...pasti kau ingat tentang itu...

Ukhtiku sayang,
Semoga aku terus berada dalam doamu biarpun kita saling kejauhan masa ini.Moga inilah ruang yang Allah berikan untuk kita saling bermuhasabah tentang kehidupan kita,tarbiyyah kita,matlamat kita...

Ukhtiku sayang,
Ramadhan di Malaysia ku kira sangat istimewa buatku...dapat berkumpul bersama ahli keluarga yang lain,dapat menyediakan juadah berbuka puasa buat keluarga,dapat bermesra dengan mereka setelah lama ku tidak bersua...Aku kira Ramadhan mu di sana lebih meriah,suasananya hidup...'Alakuliyhal,di setiap tempat pasti ada keistimewaannya kan (smiley)

Ukhtiku sayang,
Alhamdulillah cuti ku kali ni mengajar aku sesuatu,setelah berjumpa ukhti-ukhti satu dunia,tentang harta yang kita cari-cari selama hari ini...Harta yang kita sebut-sebut setiap hari...Harta yang kita banding-bandingkan dengan orang lain...Harta Tarbiyyah yang sememangnya kita ingin miliki...

Ukhtiku sayang,
Setelah kita melalui proses ini hari demi hari,kita merasakan proses ini terlalu rumit, memedihkan,menyeksakan,merimaskan...kita lelah di tengah-tengah kadang-kadang,hampir tersungkur jatuh tak mahu bangkit,hampir kita menyalahkan proses yang terlalu panjang...tapi ukhtiku,kita lupa itulah sunnatullahnya yang nama tarbiyyah...

Ukhtiku sayang,
Kasihnya Allah pada kita,jelasnya imej kita pada pandangan Allah,bukan dilihat pada tahapan kelajuan kita mendaki tangga-tangga tarbiyyah.Dia juga Maha Mengetahui kudrat kita... Tahapan Ikhlas dan Iman kitalah yang menjadi kayu ukur betapa kasihnya Allah pada kita...

Ukhtiku sayang,
Tarbiyyah ini bukanlah warisan turun-temurun.Ianya anugerah terindah buat mereka yang menghargainya.Teruskan langkahmu biarpun nanti pasti banyak halangan yang kita temui...Bertahanlah ukhtiku!...agar kelak keluargamu yang bakal dibina juga akan merasai suasana itu...

Ukhtiku sayang,
Besar harapanku untuk bersama-samamu,kita cari gali erti tarbiyyah itu sebelum bermulanya kita ke anak tangga BeitulMuslim...besar harapanku untuk kita membina suasana Rumah Islam yang kita inginkan.Kiranya aku tersalah nanti,jangan kau diamkan seorang diri,jangan dipendamkan menjadi bara api yang membakar hatimu...nanti kebencianmu padaku takkan tertanggung lagi...semoga cuti kali ini memberi kita peluang mencari idea-idea baru untuk kita olah di sana nanti...

Ukhtiku sayang,
Moga kita mampu konsisten dengan amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan...InshaAllah. Yakin kita pada Allah harus tegar,harus solid...InshaAllah Kheir...Hingga ketemu lagi ukhti,dengan hammasah yang baru dan membara...Moga perancangan tarbiyyah dan dakwah kita berkembang nanti...

Akhir Kalam,
Laa Tansaani Fi Du'aik (jangan lupa aku dalam doamu)

Salam Sayang,
ukhtimu



Saturday, August 14, 2010

santai : jalan-jalan taman




~Bismillahirrahmanirraheem~

Bual I

[Boleh Saya tahu langit tu yang mana ye?]
-Cuba awak dongak ke atas,nampak tak warna biru...tu lah langit...

[Ye ke?Saya rasa bukan...]

=======

Bual II

[Seharian kerja,mesti awak penat kan?]
-Memang pun...dengan sesaknya jalan,lori besar-besar angkut pasir,kerja kat pejabat yang bertimbun,kene pula itu tak kene ini tak kene

[Wah,mesti sangat penat!...Sorry lah saya tak pernah rasa lagi...]
-tak pe,nanti awak rasa juga satu hari nanti...

[Kita nak share something,sanggup nak dengar lagi tak?heh]
-hah,apa dia,telinga ni tak penat lagi...

[Bila-bila awak free hujung minggu,awak keluarlah,jalan-jalan kat taman,tak pun air terjun...tengok awan yang putih kebiruan...pokok-pokok yang hijau...awak dengarlah suara burung yang sayup-sayup berkicau...mesti awak dapat rasa dia sedang berzikir kat Allah.Awak cubalah ye!]
-ye ke?tengoklah kalau saya rajin

[pergilah...awak tak rugi...awak akan nampak kehebatan Allah...lepas tu saya gerenti awak akan semangat pergi kerja tiap-tiap hari...Meh saya bagi awak beberapa ayat Al-Quran...nanti bila-bila awak check ya...]

...yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan yang Maha Pengasih.Maka lihatlah sekali lagi,adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?Kemudian ulangi pandanganmu sekali lagi,nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih...
(67:3-4)

Thursday, August 12, 2010