Tuesday, April 24, 2012

kebangkitan khilafah islamiah




~Bismillahirrahmanirraheem~

Sejujurnya saya bukanlah orang yang sangat menggemari arena politik bersifat kepartian yang sebenarnya memeningkan kepala dan menaikkan darah.ditambah dengan media yang berat sebelah buatkan saya memilih beberapa suratkhabar untuk dibaca. sempatlah juga saya berangan untuk menceburkan diri dalam bidang kewartawanan.supaya tulisan menjadi lebih telus,dekat dan mendidik masyarakat.

Apa yang bakal saya tulis adalah berdasarkan maklumat yang seciput,tak segah tulisan Dr Maszlee Malik yang saya kira sangat mapan juga tulisan penganalisa-penganalisa lain yang saya kagumi seperti Dr Hafidzi Md Noor dalam soal Politik Dunia,juga bersandarkan jiwa anak muda yang punya hammasah dan masih belum diuji Allah dengan ujian kerjaya dan rumahtangga.ni hanyalah conteng-conteng atas kertas lukisan.bertatih-tatih buat silap untuk belajar menjadi orang yang luar biasa satu hari nanti.

Maaf juga tulisan kali ni agak berat dan panjang.

Semenjak revolusi Timur Tengah hari tu,bertitik tolak dari itu saya merasakan ada sesuatu perkara yang saya harus dan mesti belajar daripada situasi politik yang bersifat kepartian saat ini.Semenjak itu saya merasakan apa yang berlaku sekarang bukanlah perkara yang simple-mimple,tapi saya merasakan Graf Kegemilangan Islam sedang bergerak dan meningkat.

Pawn2 di papan catur sedaya upaya bertahan di posisi masing2 dan menyerang balas pawn2 yang mengganggu gugat kawasannya.Bala tentera seperti bishop,castle,rook,Queen juga semakin ligat bergerak mengalahkan pihak lawan dan mempertahankan ketua mereka.

Di Mesir ini saya merasakan dari hari ke hari islam semakin menghampiri waktu kemenangannya.Bumi Al-Quds juga semakin hampir hari kemerdekaanya begitu juga Syria dan bumi Syam keseluruhannya.

Semestinya keberadaan di Mesir buatkan saya sangat suka bercerita tentang Gerakan Islam yang mula diasakan pada tahun 1928 itu lah Ikhwan Muslimun.Kenapa?Kerana cerita-cerita yang diperdengarkan tentang mereka sangat menyalakan percikan api jihad.dan bukanlah jihad itu terbatas pada qital (baca :mata pedang)semata.kerana sememangnya islam tersebar bukan dengan cara itu pun.

Jihad mereka pada gigihnya mereka menuntut ilmu,gigihnya mereka bekejar ke sana ke mari menyampaikan kelas pengajian percuma,gigihnya mereka membentuk peribadi-peribadi muslim,gigihnya dakwah mereka sehingga ke ceruk kampung,juga kelab-kelab malam.Itu yang membuatkan saya kagum yang teramat dengan mereka kerana mereka satu ketika dahulu pernah mengalami fasa-fasa dakwah yang menggerunkan dan menyayatkan hati. Tokoh-tokoh perempuan tak terlepas daripada dibantai seperti rupanya seorang lelaki. itulah yang termaktub dalam Kisah Hari-hari Dalam Hidupku as-Syaaheedah Zainab Ghazali.

Namun Alhamdulillah al-haq juga akan menang dan terserlah kebenarannya.Dakwah mereka, idea (baca :fikrah) mereka semakin tersebar dengan luasnya tanpa tekanan rejim yang zalim.kerana sunnatullah nya islam sentiasa berada di puncak paling teratas tapi tetap di sana ada pengecualian pada graf peningkatan tu.

Maksudnya?Seperti keadaanya islam pada hari ini.Seperti keadaan ummat islam pada hari ini.Semuanya dalam keadaan lemah dan dipijak-pijak.Tapi itulah caranya bagaimana Allah mahu mengajar bahawasanya islam itu hebat hanya dapat dipikul oleh sohib (baca :orang) yang juga hebat.Macam yang tercatat di status Facebook seorang ukhti

إن الإسلام عظيم،لا يحمله إلا العظماء

Hebat yang macam mana?sudah tentu yang mengikut piawaian kaca mata islam dan piawaian Allah.

Apa yang membuatkan saya kagum dengan Gerakan Ikhwan Muslimun ; Hari ni mereka tampil di tengah-tengah masyarakat dengan cara politik yang bersifat kepartian.Mereka juga akan terlibat sama dalam pilihnanraya kerusi Presiden berdasarkan keputusan perbincangan bersama (baca :syura).Mereka tampil bertanding bukan untuk kuasa,bukan untuk harta tapi setelah mereka jelas bahawasnya dunia ni perlu berada dalam tangan orang yang ‘izzah dengan Islam.

Banyak kali saya dan sahabat-sahabat diingatkan,kita mahu dunia ni.tapi kenapa?supaya islam dapat diamalkan dengan sepenuhnya.supaya orang-orang bukan muslim dapat merasakan erti keadilan.supaya islam menjadi rahmatanlil3alamieen.

kalau kita biarkan dunia ini ditangan-tangan orang yang jahat,kefasadan akan berleluasa tak kira lah kefasadan berbentuk material ataupun spiritual.Seperti yang digambarkan oleh as-Syaheed Syed Qutb ketika beliau menjalankan analisa berkaitan sistem pendidikan di Amerika Syarikat.Beliau menyimpulkan tamadun US punya semua benda kecuali satu perkara ; itulah roh.

Sekali lagi saya kagum dan begitu tertarik dengan gerak kerja Ikhwan Muslimun dalam fasa-fasa kemelut pilihanraya ini,thawabit (baca : perkara tetap) mereka tetap berjalan itulah tarbiyyah dan dakwah. Berdentam dentumlah dewan Parlimen dengan suara-suara lantang Ahli Parlimen TAPI ummahaat nya (baca : ibu-ibu) tetap terus mendidik anak-anaknya,ummahaat nya tetap setia menemani suaminya menyampaikan pengisisan dan diangkut anak-anak pergi bersama.sambil memerhatikan kerja sekolah anak-anak.kerana pada mereka kejayaan anak-anak dalam pelajaran adalah salah satu sumbangan untuk islam.

Setiap kali ada perayaan-perayaan islami,cikgu-cikgu,ibu-ibu akan melatih anak-anak membuat persembahan berkisar tentang Rasulullah saw,Palestin,Syria dan persembahan-persembahan yang menghidupkan roh jihad.yang tak layu.

Di peringkat Universiti pula doktor-doktor sehabis daya akan buka minda pelajar-pelajarnya untuk think out of box,dikaitkan isu-isu semasa dengan silibus pelajaran. banyak kelas-kelas tafaqquh dan kelas persediaan murabbi berkembang seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Alhamdulillah sempat juga bersembang dengan seorang ustaz yang profession asalnya seorang Doktor Perubatan tapi berhijrah ke Bangladesh untuk tujuan dakwah meninggalkan anak-anak dan isteri sementara.Beliau sempat berkongsi dan berkata

"hurriyyah (baca :kebebasan) yang ada sekarang ni digunakan sebaiknya oleh Ikhwan Muslimun untuk membaik pulih sistem pendidikan (baca:tarbiyyah),dan pengislahan individu muslim. sebabnya anak-anak muda yang ada sekarang ni lah nanti yang akan duduk di dewan Parlimen sana nanti.kita tak nak orang yang duduk di Parlimen nanti mereka yang tak menjaga solatnya,tak menjaga lisannya,tak takut pada Allah,tak mengharapkan Allah pada setiap keputusan yang diambil.yang paling penting setiap individu terbentuk dengan jelasnya matlamat penciptaanya atas muka bumi ni.sebab kat akhirat Allah tak tanya berapa nombor keahlian engkau.engkau dari gerakan mana tapi Allah tegaskan dalam" 52:21

...setiap orang akan ditanya dengan apa yang dikerjakannya



Pemerhatian saya,mereka berada di tengah masyarakat dengan cara politik bersifat kepartian selepas dakwah mereka terpasak kukuh di hati penduduk Mesir baik di bandar mahupun ceruk kampung.Dakwah mereka mendapat sambutan kerana dakwah mereka tak bersifat statik dan kaku.Ada kalanya khidmat kepada masyarakat menjadi prioriti.

Tenaga Murabbi mereka daripada yang fokusnya pada tarbiyyah aulad hinggalah soal pentadbiran negara tersusun.Ada reejal nya di setiap penjuru. Masing-masing jelas dengan matlamat perjuangan mereka.Langkah kaki yang mereka ayunkan sama.Laungan ghayah mereka sama.masing-masing mahu islam menjadi ketua.menjadi role model pada dunia. masing-masing menyumbang dalam bidang kepakaran masing-masing untuk islam.masing-masing itqan dan ihsan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Itu juga lah yang saya dapati sama keadannya di Indonesia.Saya masih ingat kekaguman saya terhadap anak-anak muda yang begitu aktif di lapangan Universiti dan sekolah-sekolah.Wakil-wakil pelajar terdiri daripada individu-individu yang jelas misi perjuangannya.yang jelas tujuan penciptaannya sebagai 'abeed dan khalifah.yang jelas misi dakwah dan tarbiyyah nya.yang sangat mementingkan pengislahan diri.Dan dalam masa yang sama pak cik2 dan mak cik2 sangat aktif dalam dewan Parlimen.

Itu juga lah yang sedang berlaku di Malaysia bumi bertuah negara saya.

Dan sebab tu lah mengapa Amerika Syarikat dan Zionis sangat takut dengan gerakan Ikhwan Muslimun. Sebab mereka berpandangan jauh.Mereka bercita-cita tinggi.Tumuhaat mereka tinggi.Mereka mendidik setiap individu agar jelas matlamat hidup sebagai ‘abeed dan khalifah seterusnya mahu membina ustaziatul ‘alam (baca : world order).

Apa yang buat saya terkesan dengan fasa-fasa pilihanraya di Mesir ini,bila mana Murshidul ‘Am gerakan tersebut mengingatkan ahli-ahlinya secara khusus juga kaum muslimun amnya dengan beberapa perkara.Antaranya :

~Percayalah dengan kemenangan dan bantuan yang Allah berikan
~Jagalah hubungan silaturrahmi sesame kamu kerana ia rahsia kekuatan
~Dengarkan pada manusia ayat-ayat Kauniyyah (ayat-ayat penciptaan alam dan sunnatullah)
~Didik dan hidupkan jiwa2 ummah untuk suka dan sayang pada al-Quran
~Didiklah jiwa2 ummah untuk rasa keterikatan dengan masjid
~Jangan lupa bangun di sepertiga malam
~Ingatkan ummah dengan hari-hari kebesaran Allah
~Ketahuilah kekuatan Allah bersamamu semua


يوصى فضيلة المرشد إخوانه فى هذه الأيام بما يلى

ثقوا بنصر الله وتأييده ..
حافظوا على أخوتكم فهى سر قوتكم ..
اعرضوا على الناس آيات الله المبثوثة فى كونه ..
أحيوا هذه الأمة بالقرآن ..
واربطوا الناس بالمسجد ..
لا تنسوا حظكم من قيام الليل ..
ذكروا الناس بأيام الله ..
اعلموا أن الله بقوته معكم


Akhir perkataan saya suka nak petik kata-kata Saidina Umar ketika mengutuskan surat kepada tenteranya yang pada ketika itu berhadapan dengan tentera Parsi

إنكم لا تُنصرون على عدوِّكم بقوة العدة والعتاد، إنما تنصرون عليه بطاعتكم لربكم ومعصيتهم له، فإن تساويتم في المعصية، كانت لهم الغلبة عليكم بقوة العدة والعتاد

"Sesungguhnya engkau semua tak kan dapat mengalahkan musuhmu dengan kekuatan bilangan dan senjata.Sesungguhnya ketaatan engkau terhadap Allah dan kemaksiatan mereka atas Tuhan menjadi sebab kemenangan engkau ke atas musuh.Sekiranya engkau berbuat maksiat pada Allah nescaya mereka akan mengalahkanmu dengan bilangan mereka dan kelengkapan senjata mereka"


Ya.kita semua dapat menyumbang kepada kebangkitan islam dengan cara terus mengislah diri menjadi lebih baik.dengan menanam rasa 'izzah terhadap islam.dengan menjadi 'abeed yang sebenarnya pada Khaliq yang menciptakan kita.kembalilah jiwa-jiwa yang tenang pada Penciptamu.



Monday, April 23, 2012

Fasa-fasa Kehidupan

~Bismillahirrahmanirraheem~

Lepak tarbawi (baca : bulatan gembira) kami yang sekejap tapi benar-benar membuatkan diri termuhasabah sendiri.Alhamdulillah aku belajar sesuatu.di situ bukanlah semata-mata untuk melambakkan ilmu dan maklumat.tapi dilambakkan dengan kasih sayang,saling berbalas senyuman,cukup dengan melihat satu persatu wajah buat hati gundah kembali tenang,saling berbalas genggaman tangan,saling berbalas pelukan,saling bertanya khabar,saling memandang,saling berbalas renungan mata,saling mendengar butir-butir yang keluar dari mulut setiap seorang.

Malam itu juga air mata tak tertahan lagi.Betapa bertuahnya Allah memilih untuk aku merasai nikmat sentuhan tarbiyyah dan dakwah.betapa sangat bersyukur dengan nikmat islam dan iman,nikmat dapat faham kata-kata Allah.nikmat berada dalam keluarga yang disatukan kerana Allah atas jalan dakwah dan tarbiyyah.Allah

Beberapa bulan yang lepas ummi kepada murabbi ku menemui Allah,beberapa minggu lepas ummi kepada ukhti ku juga menemui Allah,beberapa hari lepas sekali lagi aku dikejutkan dengan pemergian seorang mak cik yang begitu dekat sekali dengan ku.Ya mereka semua sudah melepasi fasa kesusahan kat dunia ni.dah tak dengar hiruk pikuk dunia yang melelahkan.mereka sedang menikmati nikmat-nikmat syurga di sana.

Ya Allah luaskanlah kubur mereka.terangilah kubur mereka dengan cahayamu.jadikanlah kubur mereka tempat mereka berehat.jadikanlah kubur mereka salah satu pintu dari taman-taman syurgamu.

Aku masih ingat masa sekolah menengah,perbualan aku bersama ummi dan abi akan berkisar tentang perkahwinan anak-anak kawan-kawan mereka.Tapi sekarang fasanya lain.Semakin meningkat usiaku perbincangan kami bertukar menjadi seputar kematian,perancangan untuk hidup di syurga nanti,persiapan untuk kematian.banyak kali aku diingatkan menerusi pesanan ringkas untuk memanfaatkan masa mudaku.

Memori bersama arwah mak cik Napisah berlegar-legar dalam kepala.Orangnya lembut,sangat lembut.suaranya gemersik sangat bila dengar.Suka tersenyum.Bila bercakap penuh dengan
hammasah.Nampak ketegasan disebalik kelembutan.Yang memang saya tak boleh lupa bulatan gembira waktu kecik-kecik.Arwah mak cik tunjukkan cara-cara nak masak laksa penang,lepas tu habis kecoh dapur mak cik dengan perangai kami yang rata-rata usianya 9 tahun.lepas tu mak cik buat sharing sikit.

Saat mendengarkan berita pemergiannya,aku terdetik bagaimana agaknya pengakhiranku.

Ya Allah,persaksikanlah,mereka-mereka yang sudah menemuiMu sudah pun menjalankan kewajipannya sebagai hambaMu atas dunia ni.Mereka-mereka sudah pun mendidik anak-anak mereka dengan sebaik-baik didikan.Rehatkanlah mereka-mereka di pembaringan mereka.Pelihara jasad mereka hingga hari perhitunganMu nanti.

Dan kita juga sedang melalui fasa-fasa itu.Fasa kanak-kanak yang hanya tahu bermain,menangis,makan,dll. Fasa remaja,dewasa,tua seterusnya kembali ke perkampungan abadi.mahligai di syurga yang kita idamkan...

Benarlah ayat Allah dalam surah ar-Rum : 54



"Allah lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah,kemudian Dia menjadikan kamu selepas lemah menjadi kuat,kemudian Dia menjadikan kamu setelah kuat itu lemah kembali dan beruban.Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki.Dan Dia Maha Mengetahui Maha Kuasa"

Sunday, April 22, 2012

Diari : amanat untuk saya





~Bismillahirrahmanirraheem~

Dari petang tadi sudah tak keruan.Duduk mula tak betul.Mula pening2 bukan lalat.Berat macam ada batu menghempap.Sambil ulang dengar recording Usul Feqh kepala menerawang tempat lain.haish tak boleh macam tu.

Ingat lagi ummi pesan waktu saya mengadu tak pandai urus masa sambil gelak nipis

"nurul dah besar.takkan nak kene marah pula suruh belajar.time belajar,belajar.time dakwah dan tarbiyyah fikirlah.kene fokus."


Amanat dari adik di sana petang tadi saya mahu simpan di sini.supaya kalau hilang daripada memory phone saya,sekurang-kurangnya saya ada simpan di sini buat ingatan

~semoga akhawat Dirasat pulang sebagai ulama'.We have to aim high for ourselves!~

~kita mahu lahirkan kader dakwah yang huffaz,fasih berbahasa Arab,mantap thaqafah islamiyyah,so we have to work harder.tugas kita sangat besar!~

~refleksi diri : adakah selama ni kita betul2 fikir tentang dakwah secara serius dan secara pandangan jauh~

~semua orang berhak merasa tarbiyyah.kerja kita terlalu banyak!~

~dalam kesibukan dakwah & tarbiyyah tugas kita menjadi ulama' dan memfaqihkan kader2 yang lain~

~Doktor yang mengajar ana pointer time Degree 3.88 which is he got Mumtaz.tu dengan dakwah beliau yang berjalan 24jam.Beliau talaqqi Tafsir 16 tahun dan PHD dalam bidang tersebut.Doktor tu pesan nak sampai ke puncak kejayaan perlu melalui tangga-tangganya.So let us start now step by step dengan iman yang membara~

~cukup2lah selama ni otak kita fikir benda2 kecil.Now it's time to you think big & far!~

~cari pelapis yang kita yakin dakwah akan terus2 hidup dengan mereka.binalah kader2 yang lebih hebat~

~jangan lupa mukmin tu sentiasa tenang dalam apa jua situasi.saling mendoakan ye.berpimpin tangan ke syurga!~

Bismillahitawakkalna3alalLah.
mohon doanya daripada semua

Tuesday, April 3, 2012

untuk kamu my sweetheart

~Bismillahirrahmanirraheem~

Sengaja
posting ni ditulis untuk kamu.Maaf,tak banyak yang dapat dibantu.Aku kelu bila kamu meluahkan.Aku percaya pelukan lebih nikmat berbanding kata-kata.Sebab tu aku hanya mendiamkan diri tak membalas

My Sweetheart,

Agar saja kamu tahu kamu selalu diingati dan dirindui ^_____^

Nikmat untuk berjumpa,bersembang,bergelak tawa,berpelukan lebih nikmat dibanding dengan ketukan2 jari di papan
keyboard.sebab tu cukuplah kalau aku dapat tengok muka kamu sahaja.heh!

Aku tahu senyuman itu banyak maknanya.
Aku pernah mengintai dalam diam apa yang kamu sembunyikan.
Hanya saja kamu tak perasan orang keliling dalam diam mengintai kamu :`))

Semoga kamu terus kuat ukhti!
Percayalah Allah sedang mahu meninggikan darjat kamu di sisiNya
Percayalah kamu sedang ditawarkan Jannah yang tak ternilai harganya!
Semoga kekuatan kamu tu nanti dapat dikongsikan ketika aku memerlukannya
Hidup kita kan macam putaran roda.sekejap di atas sekejap di bawah
Semoga Allah terus mencampakkan kesabaran pada kamu ukhti
*pelukan aku untuk kamu*

I Miss U so much!

p/s:sengaja tak nak bagi tau kenapa aku lewat tidur.sebab nanti kamu suruh aku tinggalkan skrin komputer.sekarang nak bagi tau.aku nak mengulang al-Quran untuk esok hari.heh ^^

Saturday, March 31, 2012

untuk hambaNya

~Bismillahirrahmanirraheem~

surah an-Nasr menjadi pilihan hati untuk ditadabbur juga teringat juga kisah Sulhu (perjanjian) Hudaibiyyah

bagaimana kerinduan Rasulullah saw dan sahabat-sahabat -ridhwanullahi3alaiheem- yang membuak-buak untuk menziarahi baitullahilharam,menjenguk kampung halaman mereka yang lama ditinggalkan,tapi dihalang kafir quraisy.dengan lapang dada kembali semula ke Madinah

Namun dengan kesabaran Rasulullah saw dan sahabat-sahabat -ridhwanullahi3alaiheem- yang diseksa fizikal dan spiritual nya selama berbelas-belas tahun Allah anugerahkan fathul Makkah (baca : kemenangan islam)

Tapi itu semua setelah melalui beberapa siri tragis dalam kehidupan
Allah sudah janji kan dunia dan bumi ini untuk hambanya seperti dalam surah (24:55)
Tak mau kah kita jadi golongan tu?



p/s : esok birthday seseorang di sana ^^
p/s1 : jom baca do'a supaya ditemukan dengan Ramadhan dan Leil al-Qadr...Salafussoleh (baca : sahabat2 Rasulullah saw dan org2 soleh terdahulu) akan rindu dan berdo'a 6 bulan sebelum Ramadhan untuk berjumpa dengannya dan 6 bulan selepas Ramadhan mereka berdo'a agar diterima amalan2 mereka semasa Ramadhan
p/s2 : esok ada exam.do'akan ^^

Monday, March 12, 2012

~Fastabequul Khayraat~

*kredit : Doodle Dakwah

Bismillah.MashaAllah

dalam usaha memenangi hati-hati adeq-adeq (baca : mad3u) pasti ada cara-caranya dan cabaran-cabarannya

kat sini juga syaitan saja nak main usik mengusik dengan hati kita

waktu tu,ingat saja ayat-ayat Allah dalam surah al-hujuraat...keseluruhannya berkisar tentang sulukiyyat (baca : akhlak & tatasusila) sebagai seorang muslim yang perlu kita hiaskan dan biasakan

selalu pesan kat diri,mende-mende yang kita buat ni semuanya Fastabequul Khayraat (baca : lumba-lumba buat kebaikan)

dan selalu-selalu perbaharui niat kita supaya tujuan kita tak lari jauh.semuanya kerana Allah


Sunday, March 4, 2012

اللهم ألف بين قلوبنا

Ummi pernah pesan esok bila dah ada suami kene pandai cakap dan luahkan apa yang terpendam dalam hati.kalau tak buat macam tu akan lain jadinya.dan salah satu sebab kadar penceraian di Malaysia sangat tinggi ialah masalah komunikasi.itu juga lah yang diingatkan oleh seorang ukhti kepadaku.

Alhamdulillah,itu juga lah yang sedang aku pratikkan sekarang bersama sahabat-sahabat aku,ukhti-ukhti aku yang sama2 meneguk kesegaran minuman tarbiyyah dan dakwah.akhirnya kita dapat sama-sama akui akan kekurangan kita yang tak lepas buat salah.

Sebab tu lah dalam sesi bulatan gembira kita banyak sekali ditekankan konsep berlapang dada,sabar,ikhlas,berbaik sangka dan untuk mempraktikkannya di medan sebenar sangat pedih!Allah!

JazakunNalLahukhairalJaza' pada sahabat-sahabat dan ukhti-ukthi yang menunjukkan kelemahan aku.Jangan serik,jangan segan untuk membetulkan segala khilafku.BaarakalLahu fee 3umreekum wa fee a3maaleekum


Ya Allah,
pertautkan lah hati-hati aku dan mereka dengan kasih sayangMu
jadikanlah amal aku selari dengan apa yang aku perkatakan
jadikanlah kesibukan aku hanya untuk keredhaanMu
lindungilah 'aib aku daripada orang ramai
jadikanlah 'aib aku yang tersingkap sebagai penghapus dosa-dosa lampauku
jadikanlah 'aib aku yang tersingkap sebab untuk urusan hisab ku dipermudahkan di akhirat kelak
ampunilah aku dan dosa mereka semua
ampunilah aku dan dosa mereka semua
ampunilah aku dan dosa mereka semua

p/s :jangan lupa qunut nazilah setiap 5 waktu solat.kaedahnya sama macam baca do'a qunut waktu Subuh.di baca kuat oleh imam dan di aminkan oleh makmum pada semua solat waktu hatta solat zohor dan asar.

~Selamat Beramal semuanya lillahita3alaa!~