Friday, November 26, 2010

jangan khuatir mengimpikan

Pernah kita impikan ketika bertemu dengan orang non-muslim,kita ucapkan padanya sepatah kata

يآ أهل الكتاب تعالوا إلى كلمة سواء بيننا وبينكم

Pernah kita impikan ketika berpapasan dengan saudara semuslim kita di tengah jalan,kita ucapkan sepatah kalimah yang baik sebagai pesanan mahupun peringatan

Pernah kita impikan untuk menghadiahkan senyuman dan memberikan salam pada muslim-muslim yang kita jumpa di jalanan hatta kita tidak pernah mengenalinya sebelum ini

Apa yang kita fikirkan ketika melihat non-muslim membuat kebajikan yang banyak

Pernah kita tanyakan diri apa yang telah diri buat ketika melihat jiran-jiran non-muslim kita pergi tak kembali meninggal kan dunia ini

Apa yang kita fikirkan ketika melihat sahabat-sahabat semuslim kita di luar sana ketika masing-masing mula hilang identiti islamnya

Silaplah kita sekirannya kita merasakan mereka sangat teruk,sedang apa yang cuba kita perbuat pada mereka

Hidup ketika dunia hampir ke hujug usianya,banyak dugaannya,banyak cabarannya

Al-Quran,as-Sunnah dan pemahaman Ulama’ terhadap agama ini sangat kita perlukan

Ketika kita mengejar hadaf yang kita tetapkan untuk diri sendiri
Pasti ada sesuatu perkara kecil yang kita terleka kan

Jangan takut…
Kerana itulah yang namanya manusia
Ada kelemahannya

Satu hari,Allah beri peluang bersembang-sembang dengan seorang Mak Cik
Yang jalannya tidak segagah orang muda,tak tegak berdirinya dan tak cepat langkahnya
Tapi kelihatan dibuat-buat kuat
Juga sudah kelihatan kedut-kedut di bahagian tepi matanya
Tapi,subhanalLah nur di mukanya sangat menenangkan
Barangkali beliau mendapatkan tarbiyyah madrasah malam
Barangkali beliau mendapatkan tarbiyyah kesabaran sepanjang bekerja
Pesan beliau ketika terdengar riak-riak kerisauan pada nada suara saya ketika berbual

“Nadhirah,jangan takut andai satu hari nanti engkau akan ditangkap
kami di sini sudah biasa ditangkap ahli keluarganya,satu-satu mereka ambil daripada kami
jangan takut andai satu hari nanti ada orang bercakap dengan kamu
Saya tahu kamu jumpa siapa pada hari sekian-sekian
Saya tahu apa yang kamu bincangkan pada hari sekian-sekian
mereka semua hanya mahu menjerat
jangan takut pada manusia,takutlah kamu hanya pada Allah dan kita kene sentiasa bersedia.bersedialah dengan segala persediaan”

Mak Cik ni,pelik tapi,mashaAllah seperti tahu apa yang saya sedang fikirkan
Terima Kasih saya pada Allah tak terkira yang mengilhamkan kekuatan buat saya
melalui Mak Cik ini

Tenang,Puas barangkali itu yang saya rasa
Entah bila ketemu Mak Cik ni lagi
Ya kita berkongsi rasa yang sama
Moga Allah pertemukan lagi pertemuan yang membahkan benih-benih kekuatan
Akhir perbualan yang tak dijangka pertemuannya Mak Cik hadiahkan satu senyuman
Senyuman orang yang puas dengan apa yang telah beliau lalui sepanjang hidupnya
Barangkali itu senyuman terakhir.Allah!

Sahabat,jangan takut untuk menjadi seorang da’ie…Kita Duta Kecil untuk agama Allah yang mulia & suci ini.

Moga Allah golongkan kita dalam golongan mereka yang ikhlas bekerja untuk agamaNya

Satu lagi pengalaman yang saya kira Allah mahu saya renungkan dan ambil pengajaran
Satu hari saya memanjangkan langkah ke Sayyeda Zainab
Memandangkan laluan tak sesesak seperti hari kerja biasa,saya memilih untuk menaiki METRO dari stesen Damardesh,

Sambil menunggu saya duduk di bangku yang kosong yang kebetulan di hujung sebelah kiri saya
ada seorang perempuan muda dan saya kira dia lebih muda dariada saya tapi tampak matang dan dewasa,mungkin disebabkan persekitaran hidupnya yang banyak mengajarnya.Sempat dia menghadiahkan saya senyuman.Berhajat untuk berbual tapi saya malu.Pada masa yang sama METRO pun sampai.

Alhamdulillah seperti yang saya jangka METRO pada hari tu tak sesesak seperti hari-hari biasa.Saya memilih untuk berdiri di tepi palang besi di hujung pintu sambil membelek helaian muka surat Al-Quran yang saya bawa.

Tiba-tiba kelibat perempuan muda tadi menjamah mata saya ketika dia menghulurkan kepingan syiling pada pak cik penyapu sampah beberapa saat sebelum pintu METRO tertutup…Ooh,ini satu pengajaran yang baik untuk saya yang sedikit tak percaya pada orang-orang susah seperti itu.

Sejurus METRO bergerak perempuan tadi berdiri di tempat duduknya sambil bercakap

‘Ya Gamaah…Hani’ra ad-du’a…Ha’ra’ awwalan ba’din kullukum hayi’ra’u ma’ana’

(“semua orang,kita akan baca do’a menaiki kenderaan,aku akan baca dulu kemudian kamu semua ikut”)

Ya semua orang mendegarkan katanya dan mengikut dia membaca do’a.Sebelum dia kembali duduk sempat dia berpesan untuk perbanyakkan istighfar dan selawat di hari yang mulia tu.

Terkedu sekali lagi.Hingga saat ini masih saya tafsirkan pengajaran yang Allah telah ilhamkan dan cuba untuk diterjemahkan melalui perbuatan.Berani kan dia.Saya admire perempuan muda tadi.Habis kecoh saya bercerita dengan sahabat-sahabat saya.

Hakikatnya banyak pengalaman-pengalaman yang memberi pengajaran di sini.Yang buat saya tak lupa pada pesan seorang guru bahasa arab saya tentang bumi Mesir ni

‘sana memang bumi anbiya,pusat tawadhuk diri,ustazah pun takut kat san, bukan takut apa,takut sebab itu bumi anbiya tanah boleh makbul doa jika bersungguh,bila kita menyampah/tak suka dengan sesuatu tu memang kita tak dapatlah dan kalau kita suka dan semangat dan usaha bagus, mesti kita dapat bila kita minta pada Allah,yg penting,bila kita dapat sesuatu kejayaan itu, ingat, itu tidak kekal lama.jauhkan dari takabur.itu lah bumi anbiya’

Saturday, September 25, 2010

Skrip Pendek : Cerita Satu



Stn Petronas,Dungun 12 September 2010 3.00pm


Perjalanan ke Terengganu dari Endau-Rompin buatkan Salina rasa tak selesa dan kekejangan di bahagian kaki.Salina meminta ayahnya untuk berhenti di mana-mana stesen minyak yang menyediakan khidmat tandas.Tak jauh selepas itu,ayahnya berhenti di satu stesen Petronas untuk mengisi tangki minyak yang hampir kosong.

Salina meluru ke pintu tandas bahagian perempuan.Tapi,kebiasaan pada hari raya,ramai juga orang menunggu giliran masuk ke tandas.Terpaksa Salina tunggu hingga akhirnya tiba gilirannya.



"Ya Allah,apa yang bau busuk (baca : hancing) sangat tandas ni.Patutlah,ada tisu dalam mangkuk tandas!"rungut Salina dalam hati.



Lalu Salina panjangkan paip air dan memasukkannya ke dalam mangkuk tandas untuk menarik keluar tisu yang dah pun mencemarkan bau wangi tandas.Seterusnya,pam air ditarik dan lantai bilik air dijirus banyak kali.



"Alhamdulillah,moga orang-orang selepas ni selesa nak gunakan tandas."




*******************************



Stn Petronas,Dungun 12 September 2010 3.05pm


Zarul dan adiknya singgah sebentar di mini market untuk membeli makanan & minuman ringan.Zarul pergi ke bahagian minuman ringan untuk mengambil setin air gas sementelah adiknya pergi ke bahagian makanan ringan untuk membeli kacang-kacang dan snack.Habis membeli,Zarul dan adiknya pergi ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran.

Tiba-tiba mereka ternampak seorang budak lelaki berumur dalam lingkunga 5-6 tahun mengambil aiskrim dan terus beredar keluar meninggalkan kawannya di kaunter tanpa membuat bayaran.



"Eh,peliknya adik ni.pulak tu tak de siapa perasan ye..." bisik Zarul dengan adiknya lalu mengekori adik lelaki tadi.




"Dik..." sapa Zarul




"Adik dah bayar aiskrim tu?" tanya Zarul sambil melemparkan senyuman




"Erk..." adik tersebut seakan-akan terkejut




"Jom,abang belanja adik ye." pelawa Zarul memancing adik lelaki tersebut.



Adik lelaki itu terus mengekori belakang Zarul,pergi membuat bayaran di kaunter tanpa ada yang mengesyaki.



"Lain kali jangan buat macam ni lagi ye dik.Tak baik." pesan Zarul sebelum meninggalkan adik lelaki tersebut




"Baik abang.Terima kasih belanja saya ye" balasnya sambil tersenyum manis

Thursday, September 23, 2010

titik kelemahan

~Bismillahirrahmanirraheem~


Allah sentiasa tahu kelemahan hambanya :)
dan setiap kali itu peluang kita untuk berubah juga masih banyak kan.


Saya masih lagi boros ketika menguruskan duit biasiswa saya,selagi tu Allah akan uji itu,

Saya masih lagi tak mahu bercakap di khalayak ramai ketika diundang & diberi peluang,selagi itu Allah datangkan peluang sebanyak-banyaknya

Saya masih lagi beralasan itu dan ini ketika...

Saya masih lagi...

Dan ketika ini saya teringat tinta yang pernah ditulis oleh almarhum Ust Rahmat Abdullah (nanti kalau jumpa sumber sebenar saya lampirkan di sini)


"Di ketika kita merasa lemah,di situlah Allah memberikan ujian sehingga kita berjaya melepasinya.Ujian itu di TITIK KELEMAHAN kita"


p/s:saya tak terasa nak balik Mesir lagi

Sunday, September 19, 2010

kita mahu hebat

~Bismillahirrahmanirraheem~

Satu ketika dahulu sahabat saya pernah menulis satu posting tentang hebat.Betul bukan,siapa tak mahu jadi hebat,siapa yang tak mahu punya teman hidup yang hebat,siapa yang tak mahu punya anak yang hebat...semuanya mahu...

Tapi,jangan di lupa hebat yang adanya pada manusia,tetap manusia itu ada kekurangannya. Jadi,jangan rasa rendah diri ketika saudara merasakan saudara kurang sesuatu jika dibandingkan dengan orang lain...



==============
==============


teringat perbualan saya dengan seorang sahabat ketika walimah seorang sahabat lain di Seri Kembangan baru-baru ni


Sahabat : Seronoknya,dapat teman hidup yang hebat.
Saya : [senyum]Memanglah,siapa tak seronok.
Sahabat : Tapi kan,macam susah je dapat teman hidup yang hebat.mesti banyak kurangnya kita
Saya : Allah.Yang namanya manusia,hebat mana pun pasti ada kurangnya.pasti.
Sahabat : [diam,berfikir,senyum]



==============
==============


p/s : kayu ukur hebat itu pada tingginya nilaian Taqwa di sisi Allah,saudara-saudaraku!

Monday, September 6, 2010

Hadith Qudsi : Keluasan Ampunan Allah



~Bismillahirrahmanirraheem~

Saya teringat dialog antara adik kedua terakhir saya dengan ayah saya perihal Lail al-Qadr


adik : Malam ni malam ke berapa ye?
kami : Malam ke 20+
adik : Nanti abi tidur rumah tak?
abi : Malam ni tak.
adik : Oh,abi,abi dah dapat Lail al-Qadr


terkejut saya soalan tu diajukan :D.mungkin sebab pemikiran saya tak seperti dia ketika di usia dia begitu...

abi : (tergelak sipi-sipi).kita tak tahu adik.bukan senang nak dapat.yang penting kita penuhkan malam-malam akhir dengan banyakkan amalan.


Saya di belakang senyum-senyum dan tak terkata.Ya Allah!


==============
==============


Ya,suka atau tidak,Ramadhan pasti akan habis jua.InshaAllah,mudah-mudahan Allah menerima puasa kita,do'a kita,bangun malam kita,sujud-sujud kita.Masih belum terlambat untuk mengisi malam-malam akhir Ramadhan dengan bacaan Al-Quran, & do'a moga Allah mengampunkan khilaf-khilaf kita di masa lalu.

Suka nak kongsi mafhum Hadith ke-42

Daripada Anas r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : Allah Ta'ala berfirman : "Wahai Anak Adam!Selagimana engkau berdoa dan berharap kepadaKu,Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan tanpa Aku menghiraukannya.Wahai Anak Adam!Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu,pasti Aku akan mengampunimu.Wahai Anak Adam!Andaikata engkau datang kepadaku dengan dosamu sepenuh bumi ini,kemudian engkau menemuiKu,padahal engkau tidak menyekutukan akan Aku dengan sesuatuapapun,pasti Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula."
[Riwayat Tarmizi.Beliau menilainya Hasan Sahih]


p/s:tangan menggigil tanda tulisan ni amanah buat saya khususnya

~Selamat Beramal~

Thursday, September 2, 2010

Soal Jawab : 'Ulum Islamiyyah

Bismillah,

**Sekadar berkongsi dengan adik-adik baru mahasiswa/i ‘Ulum Islamiyyah sesi 2010/2011

**maaf,tak banyak yang dikongsikan,boleh juga bertanya pada mereka yang lain-lain.


==================
==================


S : Apa ‘Ulum Islamiyyah tu?
J : Salah satu program baru,hasil idea antara mantan Duta Malaysia di Mesir,Dato’ Zainal Abidin dan pihak tertinggi Universiti Al-Azhar.Memperoleh pengiktirafan secara rasminya daripada pihak Al-Azhar pada awal tahun 2010


S : Apa perbezaan Jurusan 'Ulum Islamiyyah dengan Jurusan Syariah,Usuluddin & Lughah?
J : 1. Pelajar Jurusan 'Ulum Islamiyyah mengambil masa selama lima tahun untuk menghabiskan Ijazah dengan persediaan setahun tamhidi
2. Pelajar Jurusan ini juga,tidak ditempatkan sekali bersama pelajar-pelajar jurusan lain dan pelajar-pelajar Arab,sebaliknya ditempatkan di Hayyu Sadis


S : Tamhidi apa pula?
J : Pra-Universiti.Fokusnya pada kemahiran berbahasa Arab.Pada peringkat Tamhidi pelajar akan dimahirkan dengan kemahiran membaca artikel atau surat khabar dengan teknik tatabahasa yang betul,menulis karangan,bercakap dan mendengar perbualan,dialog dalam bahasa arab


S : Sasaran pelajar?
J : Pelbagai latar belakang.Sebahagian pelajar ditaja oleh pihak Amanah Raya Berhad,sebahagian lain ditaja oleh zakat & yayasan kerajaan negeri dan juga sendiri.


S : Kalau nak tahu lebih lanjut pasal jurusan ni macam mana?
J : Boleh pergi ke site Persatuan Mahasiswa ‘Ulum Islamiyyah


S : Tak susah ke belajar semua subjek dalam Bahasa Arab?
J : Tak ada yang mudah.InshaAllah,Optimis akan jadikan ia mudah :D


Wallahua'alam

Wednesday, August 25, 2010

psikologi

[Bismillahirrahmanirraheem]

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah


*******


psikologi?kenapa dengan psikologi?

saya terkesan bila jumpa ex-classmate saya di UIA tempoh hari...cuma ni lah hajat yang tak sempat saya langsaikan...sharing dengan si dia untuk bidang ini...

*kredit untuk ukhti syaimaa' adibah hassan

Pengajian saya di Mesir berbaki 3 tahun,InshaAllah...

Teringin nak amik psikologi...tapi entahlah,sebab saya tak berapa tahu tentang bidang ini...

p/s : Buat ukhti syaimaa' yang dikasihi sila beri saya info tambahan beserta email lecturer2 anda yang bagus2 itu pada saya ye :D