~Bismillahirrahmanirraheem~
Sejujurnya saya bukanlah orang yang sangat menggemari arena politik bersifat kepartian yang sebenarnya memeningkan kepala dan menaikkan darah.ditambah dengan media yang berat sebelah buatkan saya memilih beberapa suratkhabar untuk dibaca. sempatlah juga saya berangan untuk menceburkan diri dalam bidang kewartawanan.supaya tulisan menjadi lebih telus,dekat dan mendidik masyarakat.
Apa yang bakal saya tulis adalah berdasarkan maklumat yang seciput,tak segah tulisan Dr Maszlee Malik yang saya kira sangat mapan juga tulisan penganalisa-penganalisa lain yang saya kagumi seperti Dr Hafidzi Md Noor dalam soal Politik Dunia,juga bersandarkan jiwa anak muda yang punya hammasah dan masih belum diuji Allah dengan ujian kerjaya dan rumahtangga.ni hanyalah conteng-conteng atas kertas lukisan.bertatih-tatih buat silap untuk belajar menjadi orang yang luar biasa satu hari nanti.
Maaf juga tulisan kali ni agak berat dan panjang.
Semenjak revolusi Timur Tengah hari tu,bertitik tolak dari itu saya merasakan ada sesuatu perkara yang saya harus dan mesti belajar daripada situasi politik yang bersifat kepartian saat ini.Semenjak itu saya merasakan apa yang berlaku sekarang bukanlah perkara yang
simple-mimple,tapi saya merasakan Graf Kegemilangan Islam sedang bergerak dan meningkat.
Pawn2 di papan catur sedaya upaya bertahan di posisi masing2 dan menyerang balas
pawn2 yang mengganggu gugat kawasannya.Bala tentera seperti
bishop,castle,rook,Queen juga semakin ligat bergerak mengalahkan pihak lawan dan mempertahankan ketua mereka.
Di Mesir ini saya merasakan dari hari ke hari islam semakin menghampiri waktu kemenangannya.Bumi Al-Quds juga semakin hampir hari kemerdekaanya begitu juga Syria dan bumi Syam keseluruhannya.
Semestinya keberadaan di Mesir buatkan saya sangat suka bercerita tentang Gerakan Islam yang mula diasakan pada tahun 1928 itu lah Ikhwan Muslimun.Kenapa?Kerana cerita-cerita yang diperdengarkan tentang mereka sangat menyalakan percikan api
jihad.dan bukanlah
jihad itu terbatas pada
qital (baca :mata pedang)semata.kerana sememangnya islam tersebar bukan dengan cara itu pun.
Jihad mereka pada gigihnya mereka menuntut ilmu,gigihnya mereka bekejar ke sana ke mari menyampaikan kelas pengajian percuma,gigihnya mereka membentuk peribadi-peribadi muslim,gigihnya
dakwah mereka sehingga ke ceruk kampung,juga kelab-kelab malam.Itu yang membuatkan saya kagum yang teramat dengan mereka kerana mereka satu ketika dahulu pernah mengalami fasa-fasa dakwah yang menggerunkan dan menyayatkan hati. Tokoh-tokoh perempuan tak terlepas daripada dibantai seperti rupanya seorang lelaki. itulah yang termaktub dalam Kisah Hari-hari Dalam Hidupku as-Syaaheedah Zainab Ghazali.
Namun Alhamdulillah
al-haq juga akan menang dan terserlah kebenarannya.
Dakwah mereka, idea (baca :fikrah) mereka semakin tersebar dengan luasnya tanpa tekanan rejim yang zalim.kerana
sunnatullah nya islam sentiasa berada di puncak paling teratas tapi tetap di sana ada pengecualian pada graf peningkatan tu.
Maksudnya?Seperti keadaanya islam pada hari ini.Seperti keadaan ummat islam pada hari ini.Semuanya dalam keadaan lemah dan dipijak-pijak.Tapi itulah caranya bagaimana Allah mahu mengajar bahawasanya islam itu hebat hanya dapat dipikul oleh
sohib (baca :orang) yang juga hebat.Macam yang tercatat di status Facebook seorang ukhti
إن الإسلام عظيم،لا يحمله إلا العظماء
Hebat yang macam mana?sudah tentu yang mengikut piawaian kaca mata islam dan piawaian Allah.
Apa yang membuatkan saya kagum dengan Gerakan Ikhwan Muslimun ; Hari ni mereka tampil di tengah-tengah masyarakat dengan cara politik yang bersifat kepartian.Mereka juga akan terlibat sama dalam pilihnanraya kerusi Presiden berdasarkan keputusan perbincangan bersama (baca :syura).Mereka tampil bertanding bukan untuk kuasa,bukan untuk harta tapi setelah mereka jelas bahawasnya dunia ni perlu berada dalam tangan orang yang
‘izzah dengan Islam.
Banyak kali saya dan sahabat-sahabat diingatkan,kita mahu dunia ni.tapi kenapa?supaya islam dapat diamalkan dengan sepenuhnya.supaya orang-orang bukan muslim dapat merasakan erti keadilan.supaya islam menjadi
rahmatanlil3alamieen.
kalau kita biarkan dunia ini ditangan-tangan orang yang jahat,
kefasadan akan berleluasa tak kira lah
kefasadan berbentuk material ataupun spiritual.Seperti yang digambarkan oleh as-Syaheed Syed Qutb ketika beliau menjalankan analisa berkaitan sistem pendidikan di Amerika Syarikat.Beliau menyimpulkan tamadun US punya semua benda kecuali satu perkara ; itulah roh.
Sekali lagi saya kagum dan begitu tertarik dengan gerak kerja Ikhwan Muslimun dalam fasa-fasa kemelut pilihanraya ini,
thawabit (baca : perkara tetap) mereka tetap berjalan itulah
tarbiyyah dan
dakwah. Berdentam dentumlah dewan Parlimen dengan suara-suara lantang Ahli Parlimen TAPI
ummahaat nya (baca : ibu-ibu) tetap terus mendidik anak-anaknya,
ummahaat nya tetap setia menemani suaminya menyampaikan pengisisan dan diangkut anak-anak pergi bersama.sambil memerhatikan kerja sekolah anak-anak.kerana pada mereka kejayaan anak-anak dalam pelajaran adalah salah satu sumbangan untuk islam.
Setiap kali ada perayaan-perayaan islami,cikgu-cikgu,ibu-ibu akan melatih anak-anak membuat persembahan berkisar tentang Rasulullah saw,Palestin,Syria dan persembahan-persembahan yang
menghidupkan roh jihad.yang tak layu.Di peringkat Universiti pula doktor-doktor sehabis daya akan buka minda pelajar-pelajarnya untuk
think out of box,dikaitkan isu-isu semasa dengan silibus pelajaran. banyak kelas-kelas
tafaqquh dan kelas persediaan murabbi berkembang seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Alhamdulillah sempat juga bersembang dengan seorang ustaz yang profession asalnya seorang Doktor Perubatan tapi berhijrah ke Bangladesh untuk tujuan dakwah meninggalkan anak-anak dan isteri sementara.Beliau sempat berkongsi dan berkata
"hurriyyah (baca :kebebasan) yang ada sekarang ni digunakan sebaiknya oleh Ikhwan Muslimun untuk membaik pulih sistem pendidikan (baca:tarbiyyah),dan pengislahan individu muslim. sebabnya anak-anak muda yang ada sekarang ni lah nanti yang akan duduk di dewan Parlimen sana nanti.kita tak nak orang yang duduk di Parlimen nanti mereka yang tak menjaga solatnya,tak menjaga lisannya,tak takut pada Allah,tak mengharapkan Allah pada setiap keputusan yang diambil.yang paling penting setiap individu terbentuk dengan jelasnya matlamat penciptaanya atas muka bumi ni.sebab kat akhirat Allah tak tanya berapa nombor keahlian engkau.engkau dari gerakan mana tapi Allah tegaskan dalam" 52:21
...setiap orang akan ditanya dengan apa yang dikerjakannya
Pemerhatian saya,mereka berada di tengah masyarakat dengan cara politik bersifat kepartian selepas
dakwah mereka terpasak kukuh di hati penduduk Mesir baik di bandar mahupun ceruk kampung.
Dakwah mereka mendapat sambutan kerana
dakwah mereka tak bersifat statik dan kaku.Ada kalanya khidmat kepada masyarakat menjadi prioriti.
Tenaga Murabbi mereka daripada yang fokusnya pada
tarbiyyah aulad hinggalah soal pentadbiran negara tersusun.Ada
reejal nya di setiap penjuru. Masing-masing jelas dengan matlamat perjuangan mereka.Langkah kaki yang mereka ayunkan sama.Laungan
ghayah mereka sama.masing-masing mahu islam menjadi ketua.menjadi
role model pada dunia. masing-masing menyumbang dalam bidang kepakaran masing-masing untuk islam.masing-masing
itqan dan
ihsan dalam bidang kepakaran masing-masing.
Itu juga lah yang saya dapati sama keadannya di Indonesia.Saya masih ingat kekaguman saya terhadap anak-anak muda yang begitu aktif di lapangan Universiti dan sekolah-sekolah.Wakil-wakil pelajar terdiri daripada individu-individu yang jelas misi perjuangannya.yang jelas tujuan penciptaannya sebagai
'abeed dan
khalifah.yang jelas misi
dakwah dan
tarbiyyah nya.yang sangat mementingkan pengislahan diri.Dan dalam masa yang sama pak cik2 dan mak cik2 sangat aktif dalam dewan Parlimen.
Itu juga lah yang sedang berlaku di Malaysia bumi bertuah negara saya.
Dan sebab tu lah mengapa Amerika Syarikat dan Zionis sangat takut dengan gerakan Ikhwan Muslimun. Sebab mereka berpandangan jauh.Mereka bercita-cita tinggi.
Tumuhaat mereka tinggi.Mereka mendidik setiap individu agar jelas matlamat hidup sebagai
‘abeed dan
khalifah seterusnya mahu membina
ustaziatul ‘alam (baca :
world order).
Apa yang buat saya terkesan dengan fasa-fasa pilihanraya di Mesir ini,bila mana Murshidul ‘Am gerakan tersebut mengingatkan ahli-ahlinya secara khusus juga kaum muslimun amnya dengan beberapa perkara.Antaranya :
~Percayalah dengan kemenangan dan bantuan yang Allah berikan
~Jagalah hubungan silaturrahmi sesame kamu kerana ia rahsia kekuatan
~Dengarkan pada manusia ayat-ayat Kauniyyah (ayat-ayat penciptaan alam dan sunnatullah)
~Didik dan hidupkan jiwa2 ummah untuk suka dan sayang pada al-Quran
~Didiklah jiwa2 ummah untuk rasa keterikatan dengan masjid
~Jangan lupa bangun di sepertiga malam
~Ingatkan ummah dengan hari-hari kebesaran Allah
~Ketahuilah kekuatan Allah bersamamu semua
يوصى فضيلة المرشد إخوانه فى هذه الأيام بما يلى
ثقوا بنصر الله وتأييده ..
حافظوا على أخوتكم فهى سر قوتكم ..
اعرضوا على الناس آيات الله المبثوثة فى كونه ..
أحيوا هذه الأمة بالقرآن ..
واربطوا الناس بالمسجد ..
لا تنسوا حظكم من قيام الليل ..
ذكروا الناس بأيام الله ..
اعلموا أن الله بقوته معكم
Akhir perkataan saya suka nak petik kata-kata Saidina Umar ketika mengutuskan surat kepada tenteranya yang pada ketika itu berhadapan dengan tentera Parsi
إنكم لا تُنصرون على عدوِّكم بقوة العدة والعتاد، إنما تنصرون عليه بطاعتكم لربكم ومعصيتهم له، فإن تساويتم في المعصية، كانت لهم الغلبة عليكم بقوة العدة والعتاد
"Sesungguhnya engkau semua tak kan dapat mengalahkan musuhmu dengan kekuatan bilangan dan senjata.Sesungguhnya ketaatan engkau terhadap Allah dan kemaksiatan mereka atas Tuhan menjadi sebab kemenangan engkau ke atas musuh.Sekiranya engkau berbuat maksiat pada Allah nescaya mereka akan mengalahkanmu dengan bilangan mereka dan kelengkapan senjata mereka"Ya.kita semua dapat menyumbang kepada kebangkitan islam dengan cara terus
mengislah diri menjadi lebih baik.dengan
menanam rasa 'izzah terhadap islam.dengan menjadi
'abeed yang sebenarnya pada Khaliq yang menciptakan kita.kembalilah jiwa-jiwa yang tenang pada Penciptamu.